Dengar janji-janji dan ikrar, macamlah langit dah jatuh dan menggulung bumi.
Hakikatnya, pi balik pi balik tang tu jugak!
KPDNKK menerusi menterinya berkata, sedang memantau operasi kredit oleh lintah-lintah darat yang terkenal dengan gelaran Ah Long yang berselindung di sebalik nama koperasi. Dan menurut menterinya juga, sudah 12 koperasi yang ditutup manakala 11 koperasi lagi dalam siasatan.
Kita tidak perlu meragui kenyataan yang dibuat oleh Hamzah Zainuddin (RUJUK SINI) namun realiti yang sedang dihadapi oleh keseluruhan rakyat Malaysia yang kemudian menyalahkan kerajaan yang memerintah, benar-benar membuatkan kita berasa jengkel.
KPDNKK nak pantau koperasi yang bertukar menjadi ah long?
Bagaimana pula dengan kenaikan harga barangan yang luar biasa yang sedang menjadi fenomena di seluruh negara sekarang ini? Apakah KPDNKK sudah menyelesaikan permasalahan tersebut? Apakah pemantauan yang dilakukan oleh KPDNKK sudah cukup untuk memastikan kestabilan harga?
Sebagai contoh harga ayam di Pasar Chow Kit... RM9 sekilo. Alasan apa yang digunakan untuk kenaikan harga tersebut yang perlu diserap oleh pengguna?
Bagaimana dengan harga daging tempatan RM32 sekilo?
Apakah kewajaran untuk harga demikian atau menteri atau orang di KPDNKK berkata, tak mampu beli harga daging tempatan, beli sahaja daging kotak yang berharga RM16 sekilo?
Bagaimana pula dengan kedai-kedai dan premis-premis perniagaan rakyat asing di seluruh Lembah Kelang yang menaikkan harga sesuka hati dan tidak ada langsung sebarang tindakan daripada KPDNKK apatah lagi daripada PBT walaupun alasan yang diberikan ialah mereka hanya pekerja, memandangkan permit dan lesen adalah pemilik tempatan walhal, mereka menyewa dan memajak permit serta lesen tersebut?
Apakah alasan yang diberikan adalah kuasa pasaran walhal sebenarnya adalah kerja-kerja kartel yang bermaharajalela kerana tiada sebarang tindakan dikenakan ke atas mereka oleh KPDNKK?
Sekarang, menteri KPDNKK kata nak pantau operasi kredit oleh koperasi-koperasi padahal ianya adalah ah long?
Dah habis kerja pantau harga barangan makanan dan keperluan harian di pasaran ke?
Bukan semua orang ada tenaga buat kerja..chakap senang lidah tak bertulang..
ReplyDeleteKo krajaan pon takut ker??
ReplyDeleteAyam mahal ko import dr luar smue..
Bior terlungkup bisnes dorg smue.
Kkdg ni dorg wt keje mende pon ak xtau lerrr
Apa kata bhai lu kaitkn atau reka yg ahlong ni semua kroni tun m dan parti bersatu mndpt dana dari diaorg...sah2 bisnes ahlong ni terlungkup sbb rakyat skrg benci sngt dgn tun m yg kejam selama 22 tahun beliau mnjd pm...dgn kehebatan blogger spti lu rakyat sedar wlupun slps berpuluoh tahun dn bersyukur kerana najib lh malaysia maju dan rakyat mewaht dgn brim...
ReplyDelete