Pages

Tuesday, August 30, 2016

MAAF, PARTI MAHATHIR TIDAK BERMINAT DENGAN BUMIPUTERA, MEREKA CUMA NAK GUNAKAN LABEL PRIBUMI UNTUK DAPAT SOKONGAN SAHAJA!!!



PRIBUMI atau nama lainnya, BERSATU nampaknya langsung tidak berminat dengan keputusan Kerajaan Negeri Selangor menghapuskan diskaun 10% untuk Bumiputera bagi pembelian unit pangsapuri berservis, SOHO dan SOVO.

Walaupun Melayu-Bumiputera merupakan golongan sasaran untuk menjadi penyokong parti tersebut, tetapi nampaknya, tiada seorang pun pemimpin-pemimpinnya yang sebelum ini cukup lantang bercakap tentang MENYELAMATKAN MALAYSIA, berani bersuara, memberika komen terhadap tindakan Kerajaan Pakatan Harapan di Selangor yang diketuai oleh DAP.

Mahathir yang merupakan dalang tua dalam Parti Cap Bunga juga, nampaknya tidak berminat dengan keputusan Kerajaan Negeri Selangor. Muhyiddin Yassin masih lagi mendendangkan cerita-cerita dongeng HEARSAYnya bagi mendapatkan sokongan dan pengaruh. Manakala Mukhriz... maaf, Mukhriz hilang lagi!

Begitu juga dengan skandal rasuah melibatkan bapa Wakil Rakyat DAP Pulau Pinang. Biarpun saksi-saksi telah berkumpul dan bapa Lim Siew Khim sendiri bersetuju untuk membayar kembali wang-wang daripada golongan miskin yang dikutipnya sebagai 'penebus dosa', nampaknya isu yang terus menjadi tunjang kepada Parti Cap Bunga hanyalah membabitkan HEARSAY 1MDB dan Najib Abdul Razak.

Adakah ia merupakan 'barter-trade' antara Parti Cap Bunga dengan DAP dalam usaha Mahathir mahukan sokongan daripada Lim Kit Siang dan angkatannya bagi menewaskan Najib Abdul Razak dan Barisan Nasional?

Adakah ianya merupakan persetujuan dan perjanjian antara Mahathir dengan Azmin Ali sehinggakan DAP yang menjadi tulang belakang Azmin Ali dan PKR Selangor, begitu berani melakukan sesuatu yang pada logiknya sudah tentu akan mendapat tentangan menyeluruh daripada orang Melayu tanpa mengira parti apa pun.

Ini adalah kerana berdasarkan pemilikan dan potensi pemilikan hartanah bernilai lebih RM500,000, kebiasaannya orang Melayu boleh dikategorikan sebagai miskin bandar. Mereka tidak mampu membeli apatah lagi memiliki tetapi mereka hanya mampu memandang. Dan akhirnya, mereka akan beramai-ramai keluar dari kawasan tersebut apabila masing-masing sudah tidak mampu untuk menyewa mahupun memiliki rumah sendiri.

Tidak sedikit kawasan yang dahulunya bermajoritikan Melayu, kini bermajoritikan Cina di Selangor seperti Bukit Lanjan mahupun Kota Damansara sendiri. Malah Shah Alam dan Bandar Baru Bangi yang dahulunya merupakan kawasan petempatan Melayu, kini sudah bertukar menjadi kawasan bercampur yang dalam tempoh beberapa tahun akan datang bakal menyaksikan perubahan komposisi kaum yang lebih besar dan berpihak kepada bukan Melayu.

Apakah Mahathir dan PRIBUMI masih lagi meneruskan agenda lama iaitu memastikan orang Melayu berada di bawah tekanan dan paras kemiskinan agar sokongan kepada parti semakin kuat dan tidak berubah?

Justeru dengan memomok-momokkan isu 1MDB yang mereka sendiri tidak mampu menghadirkan bukti, Mahathir dan para penyokongnya berasakan itu jauh lebih penting berbanding isu-isu Melayu-Pribumi yang dijadikan sebagai cop mohor parti yang baru ditubuhkan itu?

Agak aneh juga kerana di sebalik laungan kononnya PRIBUMI sangat kuat dan mendapat sokongan daripada orang Melayu di serata ceruk Malaysia, DAP tidak langsung berasa gerun dan gentar untuk mengumumkan penghapusan salah satu keistimewaan Melayu-Bumiputera.


15 comments:

  1. Hahaha...kahkahkah...Ini mmng lawak bhai tp aku respek cara lu sbgi blogger cari mkn dgn bermain dgn kata2 utk cuba psiko pihak lawan, atas pagar dn juga ahli Untuk Mohd Najib Only(umno) dgn mncari dn letak kesalahan kpd seorg yg dh tua lg lemah Dan nyanyuk...
    Hahaha apalah sngt kesan situa tu dgn parti cap bunga brbanding parti cap keris/dacing..bknkh lebih berbaloi klu lu hebahkn atau war2kn apa yg Najib buat..apa yg najib arahkn kpd cina2 dap yg mmng celaka dan haramjadah tu...
    Tk perlu kot bermain dgn perang saraf sbb generasi pra merdeka mnkin terima tnpa brfikir.. tp generasi skrg dh mmpu berfikir bhai..rasanya rakyat ternanti2 tindakan pemimpin tersuci lg agung utk bani melayu khafilah najib utk mngangkat martabat melayu..klu najib pun tk buat apa tk perlu point finger pd org lain dgn ketidakmampuan tuan lu...
    Bhai knp nk kaitkn kebiadapan dap dgn situa tu.. dap bkn mnjd cina chauvinist slps situa tu Keluar umno pun..dap ttp dap selagi diaorg tk perintah malaysia ni..inilh masanya umno tunjuk apa makna dan apa itu umno..bkn setakat pemimpin mkn2 dihotel mewah dgn kereta maha mahal hrganya utk buktikn melayu dh hebat..
    Apakah najib dan pemimpin umno hnya nmpk hebat dgn perjuangan bangsa melayu setahun sekali di persidangan umno di PWTC dgn usul2 yg perghhh dasat gila demi bangsa...habis persidangan maka bermula lh..satu utk nko satu utk aku..dua untuk nko sepuluh utk aku...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kau fikir semasa time tun m macam mana? tak da 10 utk keluarga dia 1/8 utk keluarga aku?

      Delete
  2. apabila parti cap bunga perlukan parti cap ayam, parti cap bunga tak boleh buat sesuka hati tetapi parti cap ayam boleh buat apa saja. hal ini harus disedari oleh orang kebanyakan kerana perbezaan darjat antara parti cap bunga dan parti cap ayam bakal memberi kesan jangka pendek dan kesan jangka panjang pada mereka. alang-alang berpolitik, orang kebanyakan harus sampai tahap ketelitian dan kecurigaan yang tinggi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setan komunis mcm kau mmg kerjanya mecurigakan manusia..

      Delete
  3. dulu guna nama malay, NEP tiris sana dan sini. kini guna nama kumpulan lebih besar (bumiputra) untuk dapat mandat lebih agar dapat tebuk lubang lebih besar? muahahaha

    ReplyDelete
  4. blogger temberang..meroyan je lebih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kau tu komunis meroyan kau lagi dasyat tikam bangsa sendiri dari belakang. cowardsss

      Delete
  5. jangan gusar! kaum melayu masih punya tanah melayu.

    Melayu jawa, melayu kemboja, melayu vietnam, melayu bangladesh, melayu siam, melayu cina, melayu india, melayu arab, melayu indon, melayu asli...........

    ReplyDelete
  6. tak ada objection, itu tanda setuju la tu !!!!!

    ReplyDelete
  7. melayu menang bolasepak, cina menang kuasa negeri

    ReplyDelete
  8. Kerajaan negeri Selangor tgh sibuk agih pengundi cina yg ramai di KL ke luar bandar. Di kl DAP sentiasa menang besar dgn majoriti lebih 10 ribu. BN Selangor pula masih tidur. Harapan kuasai Selangor makin tipis. Jgn salahkan Melayu sbb mereka x mampu berbuat apa-apa.

    ReplyDelete
  9. Org melayu tak ada sensitiviti mcm org cina. Klu kpentingan org cina diusik mereka brsatu menentang tanpa kira parti. Tpi melayu klu kpntingan terusik masih becakaran atas kpntingan parti dn mncari sokongan politik.

    ReplyDelete
  10. Melayu majoriti perlu tinggalkan Pakatan dan kembali menyokong UMNO dan BN. Penyangak2 dalam UMNO sudah keluar join Pakatan dan Pribumi yg pentingkan peribadi dan kroni. Yg tinggal adalah mereka2 yg berjiwa rakyat dan peduli rakyat.

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah, ada juga warga cina yang punya tokoh memerdekakan orang melayu dari keistimewaan-keistimewaan,, dari terus tidur. Ciri-ciri ini melayakkan DAP memimipin negara, bertindak berani, tegas, dan diikuti orang ramai. Umpama lagaknya seorang Raja menitahkan kepada hamba-hambanya. Syabas DAP

    ReplyDelete
  12. Pangsapuri kondo bukan ditujukan kepada golongan miskin. Dengan harga bermula 220 ribu - 280 ribu ringgit tak mampu di miliki golongan miskin. Jelas harga kondo khas untuk golongan ber uang. DAP bermain emosi dengan meletakkan perkataan miskin untuk menguasai pemikiran kerajaan selangor. Dengan emosi menguasai jiwa orang melayu,, mereka melepaskan hak mereka sendiri kepada kaum cina.

    ReplyDelete