Sokongan diberikan kepada anti kerajaan dan anti Najib, kononnya demi menegakkan hak rakyat dan menyelamatkan negara.
PAS dipecahkan dan diwujudkan dengan satu sokongan serta bantuan daripada segenap segi diberikan kepada PAN untuk memastikan kekuatan mereka tidak terjejas.
Kembang hidung mereka, mudah kerja mereka apabila segala tumpuan diberikan kepada sasaran lain. Bermaharajalelalah mereka melaksanakan objektif mereka yang sudah terpendam sekian lama, apatah lagi sekarang ini apa-apa sahaja tindakan mereka, akan disokong kerana mereka adalah pihak bersama dalam puak yang disokong walaupun sebelum ini dilabelkan sebagai rasis dan chauvinis.
Semalam, Ketua Wanita UMNO Malaysia, Shahrizat Abdul Jalil menyeru orang Melayu dan Bumiputera Pulau Pinang agar tidak berhijrah keluar dari Pulau Pinang walaupun pada masa yang sama, mereka diasak dengan ketiadaan kediaman apabila hampir keseluruhan harga rumah kediaman di Pulau Pinang, bukan untuk orang Melayu atau lebih tepat lagi bukan untuk warga tempatan, tetapi warga asing yang akan dijadikan warga tempatan.
Hari ini pula, Exco Pelaburan Industri dan Perdagangan, IKS dan Pengangkutan, Teng Chang Kim pula mengisytiharkan bahawa diskaun 10 peratus untuk Bumiputera bagi pembelian apartment berservis, Soho dan Sovo di negeri itu, telah dihapuskan.
Namun untuk melindungi taktik jahat penghapusan kaum ialah, Teng Chang Kim menggula-gulakan pengumumannya kononnya pemilikan ekuiti 30 peratus Bumiputera, akan disokong oleh Kerajaan Negeri Selangor.
Semalam, Noh Omar mendedahkan tentang perilaku jahat Kerajaan Negeri Selangor yang enggan membenarkan karnival gotong-royong diadakan di kompleks PPRT di Lembah Subang. Kononnya Kementerian tiada hak untuk menganjurkan gotong royong kerana tidak mendapat kebenaran daripada kerajaan Negeri. Malah macai PKR-DAP yang tinggal di flat tersebut, turut membaling objek bagi menimbulkan provokasi.
Kata Noh Omar, Kerajaan Negeri Selangor tak tahu malu. Tanah, tanah persekutuan walaupun di Selangor. Kos pembinaan dan projek PPRT adalah kos yang ditanggung serta projek Persekutuan, manakala Kerajaan Negeri diberikan hak mengurus sahaja, tetapi lagak Kerajaan Negeri seolah-olah mereka adalah pemilik.
Sementara itu, menurut Teng lagi, bawah garis panduan baru, harga jualan pangsapuri perkhidmatan ditetapkan antara RM250,000 hingga RM270,000 seunit serta RM230,000 seunit bagi SOHO dan Sovo.
Mereka perolehi tanah dengan harga murah menerusi 'bantuan' para pegawai dan pembesar negeri. Mereka membina kediaman dan premis tetapi dengan harga yang meroket tinggi dengan pelbagai alasan. Baik Kerajaan Negeri mahupun Kerajaan Persekutuan, tidak mampu menahan, melarang atau menahan kenaikan tersebut kerana persatuan-persatuan yang dianggotai oleh pemaju-pemaju hartanah tersebut, cukup pandai berselindung di sebalik pelbagai akta dan 'hadiah'.
30% caj pembangunan dikenakan oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada pemaju semenjak beberapa tahun lalu, menghalalkan kenaikan meroket harga rumah dan premis.
Tapi tak mengapalah... kenaikan harga rumah itu merupakan satu KESALAHAN NAJIB, satu KELEMAHAN NAJIB, dan satu PENYELEWENGAN NAJIB...
Sekurang-kurangnya itulah yang dipercayai dan hujah yang mampu diberikan oleh para penentang Najib sekarang ini...
Tahniah!!!
Assmin x mampu nak halang sbb kuasa ditangan kaum Cina... tahniah rakyat Selangor... aljuboori perosak bangsa ... skg masa buat hal masing2.....
ReplyDeleteKuota 30% yang tidak mampu dicapai selama 22 tahun akan dapat dicapai oleh kerajaan proksi Dap di Selangor dalam tempoh terdekat? Apakah ianya retorik atau Chan Kim sengaja sindir seseorang (Tun M) kot?
ReplyDeleteMelayu di Selangor dah macam pendatang, sikit sikit dah ditarik keistimewaannya. Ngeri dibuatnya. Sedangkan Melayu semakin berpecah. Suara Melayu tak menggerunkan lagi. Suara Melayu konon didengari tapi tak di peduli. Lama lama tanah orang Melayu pun tinggal kenangan. MB Melayu, apa nasib bangsa mu ?
ReplyDeletePadan muka melayu selangor Dan pulau pinang... Syabas Dan teruskan berdemo..
ReplyDeleteHidup anak siswa melayu... Tuihhhh..
Dah susah baru cari UMNO. Mana PKR, PAS, PAN dan Bersatu? Dia orang sibuk buat fitnah dan bohong. Last2 kena tendang keluar.
ReplyDeletemelayu sekarang lain melayu pra kemerdekaan dulu lain....
ReplyDeleteasal kenyang dah ok dah
Pan tak berkokok ke pasal ni. Masih jaga dedak dap lgi agaknya.
ReplyDelete