Biarpun jumlah pelajar universiti yang datang ke demonstrasi jalanan semalam bolehlah dibilang dengan jari berbanding kehadiran orang yang tidak ada kena-mengena dengan universiti tetapi menggunakan pelajar-pelajar universiti, tetapi fenomena yang berlaku, sebenarnya bukanlah sesuatu yang asing di seluruh dunia.
Gerakan pelajar secara tidak rasminya adalah gerakan blok ketiga yang sepatutnya tidak berpihak kepada mana-mana parti politik. Atau dalam bahasa yang lebih mudah, non-partisan. Bagaimanapun, teori kekal sebagai teori. Orang politik bijak memanipulasi keadaan dan suasana. Dan kerana itulah, di seluruh dunia, gerakan pelajar merupakan gerakan anti kerajaan yang bertunjangkan pembangkang. Pembangkang menggunakan gerakan pelajar dalam usaha meraih kelompok sokongan daripada pengundi-pengundi muda yang semakin bertambah.
Namun di Malaysia ada sesuatu yang sangat ketara kalau kita perhatikan secara tuntas.
Pujian yang diberikan oleh DAP kepada gerakan pelajar dalam #TANGKAPMO1 sebenarnya mengandungi muslihat yang jauh lebih besar. Gerakan tersebut diketuai oleh Sekolah Demokrasi yang diwujudkan oleh DAP dan mengkaderkan pelajar-pelajar Melayu yang tidak cemerlang dalam bidang akademik. Pencarian pengaruh juga di kalangan pelajar-pelajar berbangsa Melayu-Bumiputera walaupun tenaga pengajarnya adalah Cina totok DAP.
Dalam bahasa Cina totok, dalam fikiran Cina totok, dalam amalan Cina totok, dalam tuntutan Cina totok dan segala-galanya Cina totok, mengapa dalam hal ini, boleh pula pelajar-pelajar Melayu dipuji Cina totok?
Apakah kerana mereka Melayu yang menentang kerajaan, sekaligus memberikan keuntungan kepada DAP untuk jangka panjang, maka mereka dipuji walaupun pujian yang sama tidak pernah dihantar kepada pelajar-pelajar Melayu cemerlang yang diiktiraf dunia seperti Siti Aishah Kamaruzzaman, yang merupakan ketujuh terbaik dunia sebagai graduan ACCA (Association of Chartered and Certified Accountant), yang turut mendapat tawaran biasiswa daripada Binder Dijker Otte (BDO) dari Amerika Syarikat (AS).
Binder Dijker Otte merupakan firma perakaunan kelima terbesar di dunia.
Mungkin untuk menyedapkan hati, kita boleh katakan, DAP memilih pelajar-pelajar universiti Melayu dari kalangan yang lemah akademik mereka, yang tidak berminat dengan pelajaran tetapi sangat berminat untuk turut serta dalam politik, yang gilakan glamour dan perhatian serta mendapat pujian daripada golongan anti-establishment manakala golongan pelajar Melayu cemerlang, tidak diganggu dan dikacau agar kecemerlangan mereka diteruskan.
Justeru, timbul pula pertanyaan, mengapa hanya pelajar-pelajar Melayu-Bumiputera? Mana perginya pelajar-pelajar Cina? Di IPT manakah pelajar-pelajar berbangsa Cina mengaktifkan pergerakan mereka kerana setakat ini, mereka tidak wujud di IPTA mahupun IPTS tempatan termasuklah di Era New College milik DAP di Kajang pun!
Sedangkan pada masa yang sama, DAP mampu menghasilkan barisan pelapis kepimpinan dari kalangan Cina chaunivis yang apabila kita perhatikan pula, pemikiran mereka langsung tidak selari dengan Perlembagaan Persekutuan, bahkan mereka lebih cenderung untuk memerangi Perlembagaan seperti Hew Kuan Yau.
Gerakan pelajar di Malaysia masih tidak dapat membezakan antara ketulenan perjuangan mereka dengan campurtangan politik seperti yang ditunjukkan dalam demontrasi jalanan terbaharu semalam. Membenarkan campurtangan golongan politikus mahupun NGO yang sudah terang bersuluh hala dan kecenderungan mereka, menjadikan perjuangan gerakan pelajar itu tidak ubah seperti boneka yang mengatasnamakan pelajar-pelajar universiti sedangkan pada masa yang sama, ia sebenarnya tidak lebih daripada sekadar satu helah untuk meruntuhkan dan melemahkan struktur masyarakat pada masa hadapan.
Memang benar, tidak semestinya menjadi pelajar universiti yang menikmati segala kemudahan daripada pentadbiran, polisi dan dasar kerajaan, membuatkan mereka bungkam mulut dan lidah. Tetapi amat jauh daripada kebenaran seandainya mereka membenarkan diri mereka sebagai alat pembangkang untuk menentang kerajaan dalam kesemua isu hanya semata-mata kerana mereka berasakan mereka masih muda dan terpengaruh dengan idealisme anti-establishment.
Gerakan pelajar seharusnya menjadi rakan kerajaan yang kritikal, yang mengkritik apa yang mereka rasakan tidak benar dan tidak betul tetapi pada masa yang sama menyokong dan memperkasakan seperti saranan Mustafa Mohamed yang menyeru para pelajar universiti untuk menjadikan IPT di Malaysia menerusi gagasan 'Soaring Upwards' yang berhasrat menjadikan universiti-universiti kita setanding dan setaraf Oxford dan Cambridge dalam tempoh 20 tahun akan datang.
Kesian...pljr melayu tu tak sedar mereka diperkudakan oleh parti politik yg punya agenda busuk.
ReplyDeleteDalam konteks global, apabila sesuatu kumpulan hilang segala-galanya waima Dr Zakir Naik boleh dituduh dengan bermacam-macam pertuduhan seolah-olah kebebasan yang dilaung-laungkan hanyalah retorik semata-mata.
ReplyDeleteDalam konteks lokal, ambillah apa yang berlaku di serata dunia itu: iaitu bahawasanya tiada pihak yang akan memberikan satu puak itu ruang untuk bersuara seluas-luas dan sebebas bebasnya sebagai iktibar.
Mereka mahu kebebasan mengkritik sebagaimana chiku Bard berharap pembangangang akan memberikan ruang sedemikian apabila berkuasa. Kini chiku BarD baru sedar apa yang diimpi-impikan tidak semuanya jadi kenyataan. Terkini, chiku BarD dibuang dan disuruh main jauh-jauh.
ReplyDeleteKesimpulannya:
apa diharap padi seberang
entah jadi entahkan tidak
apa diharap janji pembangkang
entahkan sungguh entahkan tidak
MUKTAMAR AHLI SUNNAH WAL JEMAAH ( AWASJ) DI CHECHENYA BRRJAYA MRNYATUKAN AWASJ SELURUH DUNIA.... NNPKNYA PANJI PANJI HITAM AKHIR ZAMAN SUDAH MUNCUL BANGSA YANG LAYAK MEMEGANG PANJI PANJI HITAM BUKAN BERASAL DARI KHORASAN IANYA BRRHAMPIRAN KHORASAN... DUNIA AKHIR ZAMAN UNTUK KEMUNCULAN DAJJAL DAN AL MAHDI HAMPIR PASTI... CHECHENYA BANGSA YG BERPERANG DENGAN PAKSI DAJJAL KOMUNIS RUSSIA BERABAD LAMANYA SEDANG MENYUSUN MASYARAKAT EKONOMI DAN PEMERINTAHAN ISLAM TELAH MUNCUL...
ReplyDeleteLoya baca kebodohan golongan yg malas belajar. Panji hitamlah.. Demonstrasilah...Semoga Allah beri hidayat dan rahmat kpd umat ini.
DeleteOrg2 melayu masih buta dan pekak yg dap ada strategy. Budak2 student ni ngekor sj. Tentu ada penasihat kpd students ni...siapa dia?
ReplyDeleteStudents cina mana pegi? And the malay students gets the arse blame.
Pelajar2 melayu yg berdemontrasi MO1 di KL memang terdiri dari budak bodoh dan di perbodohkan lagi oleh DAP. Pelajar2 Cina tak ambil bahagian pun, diaorang sebok study dan buat business. Budak2 Melayu ni ingat diaorang boleh senang2 dapat kerja dg parti politik... sorry la. Tak ade syarikat yg nak ambil diaorang ni berkerja. Asyik ponteng kerja nanti sebab sebok berpolitik. Booodooohhh betul.
ReplyDeletePelajar yg pegang perkataan SIAPA MO1 tu memang bodoh..kalau nak tahu SIAPA pi tanya DOJ..banggang..
DeleteWhy not pihak universiti masukkan rekod tangkaan atau rekod terlibat dgn demonstrasi jln jika budak2 ni kena tangkap ngan polis.. bagi tahu kat majikan yg dia org nk mintak keja nnti..
ReplyDelete