Pages

Saturday, August 13, 2016

PERKHIDMATAN TEKSI DI LEMBAH KELANG SANGAT TERUK, SEKARANG TAUKEH TEKSI PULA UGUT NAK SOKONG BERSATU KALAU UBER DAN GRABCAR DIHALALKAN!!!



Wahhh!!!

Hebat sungguh!!!

Pemilik syarikat teksi pun dah main ugut-ugut kerajaan kononnya kalau tak dihapuskan Uber dan Grab yang dikatakan menjadi persaingan kuat perkhidmatan teksi Kuala Lumpur, maka seluruh pemandu teksi di bawah naungannya akan menyokong parti Mahathir-Mukhriz-Muhyiddin.

"Kami akan memastikan sekiranya Uber dihalalkan pada hujung tahun ini, kami akan memberikan sokongan 100 peratus kepada parti baru, Bersatu," kata Shamsubahrin Ismail pemilik Big Blue Service yang pernah berhadapan dengan isu penipuan membabitkan suami Shahrizat Abdul Jalil.

Menurutnya lagi, mereka akan memberikan sokongan kepada Presiden pro-tem parti tersebut, Muhyiddin Yassin dan berharap Muhyiddin akan 'menyokong serta melakukan transformasi untuk industri teksi.

Apa masalahnya kalau pemilik-pemilik konsesi teksi untuk menyokong Mahathir dan Muhyiddin sekiranya mereka lebih selesa dengan tradisi kapitalisme kroni yang membenarkan hanya beberapa syarikat teksi beroperasi dan tidak membenarkan persaingan seperti Uber dan GrabCar.

Kerajaan sebenarnya lebih bertanggungjawab untuk mengekalkan harga murah dan perkhidmatan yang lebih baik teksi kepada masyarakat awam. Hanya persaingan di kalangan pemegang permit teksi yang mampu mewujudkan keadaan tersebut berbanding penyerahan permit secara besar-besaran seperti yang dilakukan oleh pentadbiran Mahathir.

Apatah lagi, bukan sedikit rungutan tentang kegagalan pihak syarikat teksi bersaiz besar dan pemegang konsesi untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pengguna, kerajaan seharusnya memberikan lebih banyak permit kepada pemandu-pemandu teksi individu.

Pelbagai desakan telah didengar sebelum ini daripada pemandu-pemandu teksi. Dan tidak kurang juga pelbagai cerita-cerita buruk tentang negara ini dari mulut pemandu-pemandu teksi yang berasakan politik boleh memberikan mereka makanan. Namun pada masa yang sama, pentadbiran Najib pula terus membantu untuk mengurangkan masalah kewangan pemandu-pemandu teksi.

Namun bantuan-bantuan yang tidak pernah wujud dalam pentadbiran-pentadbiran sebelum ini, langsung tidak dihargai. Malahan semakin teruk pula perangai dan sikap kebanyakan pemandu teksi di Lembah Kelang yang bukan sahaja menyusahkan pengguna tempatan, sebaliknya menjadi terkenal di peringkat antarabangsa sebagai perkhidmatan teksi terburuk di dunia.

Shamsulbahrin sepatutnya mengisytiharkan syarikatnya sebagai sebuah NGO pro-Mahathir kalau tidak pun menukar syarikatnya menjadi sebuah parti politik.

Dan pada masa yang sama, kerajaan terutama sekali SPAD yang dilihat ramai sebagai sebuah suruhanjaya 'membuang duit', perlu lebih bertegas dalam menguatkuasakan undang-undang ke atas pemandu-pemandu teksi yang berasakan mereka sangat kebal terutama sekali dari syarikat Big Blue Service milik Shamsulbahrin.

Seharusnya Shamsulbahrin mengajar pemandu-pemandu teksi di bawah naungannya, mengapa pengguna tidak berminat menggunakan teksi-teksi di Lembah Kelang terutamanya, sebaliknya lebih berminat menggunakan perkhidmatan Uber dan GrabCar yang semakin mendapat sambutan.

Kalau dari Bukit Bintang ke Pandan Indah pun terutama pada waktu puncak, tambang boleh mencecah hampir RM50 tanpa menggunakan meter, tentu sekali pelanggan lebih memikirkan keselesaan jiwa dan perasaan mereka.

Begitu juga dengan teksi-teksi yang menjadi pak pacak di stesen-stesen LRT yang menggunakan sistem RM6 satu kepala walaupun jaraknya tidak sampai sepelaung, sudah cukup untuk menggambarkan mengapa perkhidmatan teksi di Lembah Kelang perlu diajar agar bersaing kalau mereka mahu hidup, bukannya memaksa kerajaan untuk menghapuskan persaingan agar mereka boleh terus bermaharajalela!!!


12 comments:

  1. Biaq pi lah depa nak sokong sapa-sapa pun. Selama nie pun golongan depa juga yang hentam, sabotaj dan buruk2 kerajaan dan penyokong pembangkang, walaupun selama ini mereka diberi banyak faedah dari permit sehingga pelbagai subsidi. Biaq depa belajaq sikit jangan tekan pengguna.....

    ReplyDelete
  2. zaman monopoli akan berkahir...

    ReplyDelete
  3. Aku sokong supaya pemandu teksi ini di ajar sikit. Bayangkan perjalanan tak sampai 3 kilometer charge sampai RM20... Dekat meter tunjuk lain, lepas tu mintak tambah sebab jalan jem dan pelbagai alasan... Cilaka punya teksi...Selalunya kami yg sekali sekala turun KL.. Kena tipu je... Lepas tu siap salahkan kerajaan itu ini... Haram jadah.. Macam la kita ni bodoh...

    ReplyDelete
  4. Sokong uber dan grabcar, sdh lama dah , sikap pemandu2 teksi yg mejengkelkn dan cekik darah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang benar sesetengahnya menjengkelkan. Tapi kita juga harus ingat, kemungkinan itu ada sebagai strategi perniagaan. Bilamana lumpuhnya semua syarikat teksi sediada, maka pada masa tersebut, kita mungkin akan melihat kepada kemungkinan harga grabcar & uber yang terlalu tinggi. Ini dipanggil strategi. Melumpuhkan untuk mengawal pasaran. Mahu atau tidak nanti, pengguna akan 'terpaksa' menerima sebab tiada pilihan. Pada masa itu, baru padan dengan muka.

      Delete
  5. Jangka masa panjang rakyat akan sokong kerajaan sekiranya ada perkhidmatan alternatif selain dari teksi yang mecekik darah dimana tambangnya adalah murah dan perkidmatannya selesa.

    ReplyDelete
  6. hehe muka
    takde rezki
    lantaq pi la

    ReplyDelete
  7. Kalau satu ada dua syarikat kroni pegang permit teksi itu bermakna pemandu pemandu kena pajak teksi berkenaan dan itu dengan sendirinya akan meningkatkan kos operasi. Impaknya sudah tentu perkhidmatan teksi tidak lagi kompetitif dan hendak tak hendak beban tambahan dipindahkan pada pengguna. Rungutan pengguna bukanlah saja saja tetapi reaksi kepada perkhidmatan yang mahal walhal semua itu boleh dielak dan diatasi. Dalam konteks politik, apabila ada rungutan dari dua pihak yang mempunyai kekuatan undi, pihak mana yang harus didengari adalah bergantung kepada undi mana lebih lebat. Dalam konteks isu, kalau tiada situasi menang-menang, rasa-rasanya kerajaan harus meletakkan kepentingan pengguna jauh di atas penyedia perkhidmatan.

    ReplyDelete
  8. Yer..bayangkan.dari ioi putrajaya ke bandar kajang rm 25 kalau uber ke grab car baru 17 ringgit...bukan jauh pun jem pun tak...cuma malas bw kereta susahh parking bila cuti...

    ReplyDelete
  9. Saya sokong teksi yang ikut meter, tak pilih tempat yang nak kita tuju dan bersih. Ada satu lagi yang tak membebel cerita bukan-bukan. Ada satu lagi, boleh pulak ambil awek indon buat peneman duduk sebelah pemandu. Ada satu lagi, buat-buat lambat 40km/jam. Ada satu lagi, bau minyak atar, gantung tasbih, tapi maki hamun pemandu lain dan usha awek. Ada satu lagi, bonet kotor, nak letak luggage pun tak lalu. Ada satu lagi, teksi buruk dan nak roboh pun masih operasi lagi.Adoyaiii...berapa banyak satu lagi laaa....

    terima kasih uber

    Nurul Ain - Sg. Buloh

    ReplyDelete
  10. hanya 10% je pemandu teksi yg sokong najib.. yg lain2 tu semua dok hentam kjaan.. dah bg subsidi pun masih tak sedar diri lg.. yg pastinya semenjak uber n grab ada dah jarang nmpk pemandu teksi kat kelab dangdut..

    ReplyDelete
  11. Tarik balik permit, biar depa tahu jangan tunjuk besar kepala. Jenis pembangkang, kaki hasut. Kebanyakan dari pemandu2 ni sentiasa saja ada rungutan memburukan kerajaan.

    Ada di antara kakitangan SPAD hanya pandai bermuka-muka, dengan pemandu teksi satu cerita kepada bos lain pula cerita. Mana nak elok perkhidmatan teksi negara.

    Dah pandai main ugut2, tarik balik permit. Bila dah tak bawa teksi macam mana nak buruk kan kerajaan kepada penumpang. Kerajaan pun satu guna teloq yang ada. Biar depa ramai2 main dam aji bawah pokok ketapang kat Simpang Tiga Rumpun Banboo.

    Bila dapur dah tak berasap, baru tahu mulut bini jalang pun lari.

    ReplyDelete