Keji sangatlah UMNO dan Barisan Nasional kerana mempolitikkan bekalan air di Selangor. Para pemimpin Pakatan seperti Elizabeth Wong dan Tony Pua, beria-ia menuduh UMNO sebagai puncanya, manakala para penyokong mereka jauh lebih maju dalam membuat tuduhan, kononnya ada orang UMNO yang menutup kepala paip besar di loji-loji air Syabas.
Tidak cukup dengan tuduhan dan fitnah, demonstrasi pun dianjurkan oleh Pakatan. Para penyokong mereka pun sangat beriya-iya dan begitu mempercayai bahawa UMNO sebenarnya yang telah menggunakan air sebagai bahan politik yang sangat keji.
Segala jawapan daripada Syabas, langsung tidak diambil kira. Malah penjelasan yang diberikan berhubung masalah pembekalan air, terutama sekali membabitkan bekalan air mentah yang tidak cukup malah terlalu tercemar, diketawakan dan diejek-ejek dengan pelbagai politik retorik.
Kini, Syabas merupakan salah satu entiti Kerajaan Negeri Selangor dengan Azmin Ali, Menteri Besar Selangor adalah salah seorang penamanya.
Masalah bekalan air meruncing di Selangor kerana pencemaran yang dipercayai berlaku dari kawasan industri, yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri di bawah pentadbiran Azmin Ali.
Lebih sejuta pengguna air terjejas kerana pencemaran tersebut dan penutupan loji-loji Syabas daripada beroperasi. Elizabeth Wong yang suatu ketika dahulu bercakap besar kononnya, di bawah Kerajaan Pakatan, Syabas akan bebas daripada kelemahan, kini menjadi jurucakap yang membela pencemaran tersebut.
Malah Noh Omar yang menghentam kegagalan Kerajaan Pakatan Rakyat dituduh cuba mempolitikkan isu air di Selangor. 'Nasihat' diberikan kepada Noh Omar agar tidak mempolitikkan isu air.
Hairan juga, masa mereka mempolitikkan isu air sebelum Disember 2014, tidak pula mereka ingat. Malahan misteri ke mana hilangnya peruntukan air berjumlah lebih RM7 bilion daripada RM9.6 bilion juga nampaknya langsung tidak disentuh.
Kalau kena kat batang hidung sendiri, semuanya jangan dipolitikkan. Kalau kena kat orang lain, tahi berkelampung atas air pun, jadi bahan politik yang paling asyik!!!
Noh Omar! Apa jadi dengan usahawan ikan bakar yang yb tonjolkan dulu tu? Berapa juta dah hangus?
ReplyDeletekalau seorg pekerja boleh claim mileage, yg terjejas akibat paip kering kat rumah, boleh claim tak duit makan kat luar, bayaran dobi dan bayaran beli air kat tempat cuci kereta untuk mandi pada kerajaan negeri? boleh tak admin? 3 hari tu. dah la hujung bulan pulak.
ReplyDeleteMeh ramai2 kita saman Syabas...biar mereka tahu peritnya hidup tanpa air...tapi bagi saya elok kita mengadu jer kat Allah betapa zalimnya pemimpin di Selangor ni...tiadacair ni bukan sekali dua tapi sejak pembangkang memerintah dah bnyak kali..so tunggulah.. Kami rakyat yang teraniaya ni mohon Allah bantu kami...so...pembangkang kau tunggu jerlah....
ReplyDeleteCube le klaimm..org2 slngor kene tnya latipa koya
ReplyDeleteParti cap itek kuat makan dedak. Mulanya taikun dedak masuk pembangkang maka itek-itek pun semakin gembol-gembol pulang petang.
ReplyDelete