Pages

Thursday, September 22, 2016

ISU PROJEK IC SABAH MUNCUL SEMULA, CUMA KALI INI, LIM KIT SIANG DAH TUTUP MULUT SEBAB DAH 'UNTUNG'!!!



Panjang ceritanya kalau Lim Kit Siang kembali memperkatakan tentang pemberian kad pengenalan biru terutama sekali di Sabah. Akarnya akan berselirat kerana di kalangan kakitangan awam yang terlibat dalam proses pemberian kad pengenalan itu kepada warga asing, masih ada lagi yang berkhidmat. 

Walaupun mungkin untuk mendapatkan penjelasan daripada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir tentang isu berkenaan memandangkan ia berlaku secara berleluasa pada zaman pentadbirannya, sebagaimana yang disebut-sebut oleh Lim Kit Siang sebelum dia berbaik-baik dengan Mahathir, tetapi ia sudah pasti akan amat menjejaskan kerana ia melibatkan banyak pihak, banyak prosedur dan protokol yang telah dilanggar tetapi yang lebih penting, banyak amanah yang telah dirogol dan dijarah. 

Setakat ini, tiada sebarang usaha ke arah memastikan mereka yang memegang kad pengenalan Malaysia atau Mykad, benar-benar tulen. Malah semakin banyak pula tandatanya yang timbul ekoran wujudnya warga asing yang memegang kad pengenalan Malaysia dengan statusnya sebagai Melayu atau Bumiputera walaupun sekali imbas kita tahu, mereka langsung tidak mempunyai titisan darah Melayu atau boleh bertutur dalam Bahasa Melayu.

Itu belum lagi ditambah dengan ketakutan dan penentangan keras DAP ? PKR terhadap penggunaan mesin biometrik untuk proses pengundian dalam pilihanraya yang diuruskan oleh Suruhanjaya Pilihanraya. Sebaliknya mereka berkeras untuk menggunakan dakwat kekal bagi mengelakkan pengesanan dan pengesahan status kewarganegaraan pemilih yang berdaftar diketahui. 

Lim Kit Siang pernah membangkitkan tentang isu Projek IC yang melibatkan pemberian kad pengenalan kepada warga asing pada zaman Mahathir. Tetapi Lim Kit Siang langsung tidak berani menyentuh tentang pemilikan kad pengenalan Malaysia oleh warga asing, sama ada palsu atau tulen yang jelas berpihak kepada DAP dalam bentuk pengundi.

Maka sewajarnya kita bertanya, apa sudah jadi dengan perjuangan Lim Kit Siang dan DAP dalam memerangi pemegang kad-kad pengenalan Malaysia di kalangan warga asing? Bagaimana pula dengan pemegang status PR dan Kad Pengenalan Merah atau permit kerja yang kemudian bertukar menjadi MYKAD dan sekarang ini dikatakan merupakan INDUSTRI YANG PALING MENGUNTUNGKAN?

Mengapa masih dan berterusan menentang penggunaan mesin biometrik dalam proses pengundian pilihanraya di negara ini kalau benar puak-puak seperti Lim Kit Siang dan DAP memperjuangkan Malaysia untuk rakyat Malaysia, bukannya warga asing yang boleh mengundi untuk parti mereka?


2 comments:

  1. Apa susah. Spr buat biometric. Siapa protes tak nak undi jangan undi. Lepas tu Kira je jumlah undi pakai biometric. Yang menang jadi MP atau adun. Mesti ada yg gigit jari. Habis cerita.

    ReplyDelete
  2. Laksanakn je, buat ape dgr Sgt ckp Dapigs. Heran aku

    ReplyDelete