Memang benar Mahathir seorang penyalahguna kuasa....
Memang benar Mahathir menyalahgunakan undang-undang untuk kepentingan diri dan kroninya....
Memang benar Mahathir memenjarakan ramai orang di bawah Akta ISA demi menyelamatkan diri dan kedudukannya...
Tapi semua itui seharusnya dilupakan kerana Mahathir sudah meminta maaf!
Bukan kata admin, tapi Zaid Ibrahim yang mengatakannya. (RUJUK SINI)
Semudah itu... semudah ABC... buat salah, buat kezaliman, dan semuanya boleh diakhiri dengan satu ayat sahaja, "Saya minta maaf."
Zaid merujuk kepada 'serangan' yang dibuat oleh Shaari Sungip, ADUN Hulu Kelang ke atas Mahathir. Shaari mendesak Mahathir membuat pengakuan dan permohonan maaf secara terbuka atas kesalahan-kesalahan silamnya selaku Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun sebelum mula memperkatakan tentang kerjasama antara pakatan pembangkang bagi menghadapi PRU-14 akan datang.
Nurul Nuha menolak penyelesaian cara mudah Zaid Ibrahim yang meminta agar Mahathir tidak lagi diserang atau didesak memandangkan dia sudah pun meminta maaf terutama dalam perbuatannya meluluskan undang-undang yang mengenepikan kuasa DYMM Yang Di-Pertuan Agong untuk kelulusan suatu akta.
Sebaliknya, menurut anak perempuan kedua Anwar Ibrahim itu, setelah apa yang dilakukan oleh Mahathir ke atas Anwar Ibrahim dan keluarganya, sebelum kedua-dua parti berasaskan keluarga (Cap Bunga dan PKR) bekerjasama, perlu didahului dengan permohonan maaf dan pengakuan secara terbuka oleh Mahathir terutama perbuatannya ke atas Anwar Ibrahim. (RUJUK SINI)
Bhgn ini saya kurang setuju sbb paknya mmg d dapati salah merasuah dan meliwat. Pak nuar sepatut minta maaf kpd rakyat dgn idea dia buat demo terpekik terlolong yg dia d fitnah. Tetapi d dapati bersalah dari mahkamah. Lepas tu boleh goyang atas stage tragedi d sabah. Penyelamat hilang suami hilang anak dia boleh beriaksi atas stage. Muka dah buruk perangai pon hodoh. Tak reti nak jaga maruah sendiri ini kan nak jaga maruah agama bangsa dan negara. Munafiq serupa la dgn tun m.
ReplyDelete