Namun, perancangan-Nya jauh lebih hebat daripada apa yang mampu dijangka oleh manusia. Mahathir yang memerlukan sokongan daripada sesuatu atau seseorang yang lebih berpengaruh - atau dilihat sangat berpengaruh - telah merendahkan egonya ke tahap paling rendah dalam sejarah kerjaya politiknya apabila menanti Anwar Ibrahim di mahkamah ketika Anwar Ibrahim mencabar Akta Majlis Keselamatan Negara.
Orang PKR yang bertahun-tahun mencemuh Mahathir, tersentak dan terdiam. Orang UMNO mencemuh kedua-duanya. Manakala orang-orang Cap Bunga bersorak sorai sambil bertanya, apa akan berlaku kepada UMNO sekiranya dua orang gergasi bekas UMNO bergabung kembali sambil mengejek-ngejek ketakutan yang mereka sangkakan wujud di dalam UMNO.
MCA, MIC, GERAKAN sekadar jadi pemerhati. DAP pula dalam diam-diam menjadi tukang sorak dan batu api di belakang sambil berpura-pura naif. Parti-parti politik di Sabah dan Sarawak seperti acuh tidak acuh dengan perkembangan semasa walaupun pada masa yang sama, Shafie Apdal dilihat bertungkus-lumus cuba menyebarluaskan pengaruhnya di Sabah.
Hari ini pula, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri mengumumkan kelulusan ROS terhadap penubuhan parti Cap Bunga dengan syaratnya, tidak boleh menggunakan nama BERSATU melainkan PBPM.
Kepantasan kelulusan untuk parti Cap Bunga pimpinan Muhyiddin dan dipengerusikan oleh Mahathir itu, seolah-olah menunjukkan Kerajaan yang ditunjangi oleh UMNO sudah tidak sabar-sabar untuk berlawan secara terang-terang dengan barisan kepimpinan Mahathir.
Mahathir menggerakkan inisiatif kerjasama dengan Anwar Ibrahim secara teratur. Perlu faham, untuk kembali mendapatkan kepercayaan Anwar Ibrahim yang mempunyai pengaruh besar, bukannya boleh terjah atau menggunakan kuasa undang-undang sepertimana yang kerap dilakukan oleh Mahathir sepanjang dia berkuasa selama 22 tahun dahulu.
Seperti yang diperkatakan, Mahathir telah mencipta sekelompok penyokong yang berstatus billionaire yang tidak mungkin akan berpindah kesetiaan dan sokongan kepada Najib atau Anwar walau apa cara sekalipun. Mereka inilah yang akan bekerja untuk Mahathir walaupun Mahathir mungkin cuba menganyam awan di langit sebagai selendang untuk menutup kepala Tun Siti Hasmah dengan menggunakan kekuatan kewangan mereka yang telah disedut oleh Mahathir dari khazanah perbendaharaan negara sepanjang tempoh dia berkuasa. Pengikut-pengikut berstatus kecil lain, hanyalah sekadar mangkuk tambah yang lebih dikuasai sentimen dan emosi atau ketaksuban membuta tuli.
Gabungan kelompok kecil penyokong Mahathir berstatus billionaire itu dengan kelompok kecil penyokong Anwar Ibrahim yang tidak kurang hebatnya berstatus billionaire juga, ditambah pula dengan penyokong kedua-duanya yang berada di dalam Perkhidmatan Awam termasuklah dalam bidang kehakiman dan perundangan, dilihat lebih berkeupayaan berbanding gerakan secara bersendirian dalam usaha menggulingkan Najib dan UMNO-BN.
Bermula dengan arahan kerjasama antara peguamnya dengan para peguam Anwar Ibrahim, Mahathir secara rasminya mengumumkan kerjasama antaranya dan Anwar Ibrahim. Peguamnya, Haniff Khatri Abdulla berkata, dia telah diarahkan oleh Mahathir dan sebaik-baik menerima arahan, dia telah mengusahakan pertemuan dengan Latheefa Koya, N.Surendran dan Eric Paulsen pada minggu hadapan untuk menyusun gerak kerja seterusnya.
Perkembangan seterusnya dinanti terutama sekali sejauh mana keakraban antara Mahathir dan Anwar Ibrahim akan bertahan.
Orang UMNO bukan mencemuh.....orang UMNO buat tak tau saja...tak angkat POT..
ReplyDeleteOrg umno sdh bergegar teloq..
ReplyDeleteKah kah kah kedua2nya kaki pembohong, penipu, putar alam, pembelit, musuh dalam selumut negara kerana sanggup bersekongkol dengan negara asing. Rakyat dah tak percaya mereka lagi.
ReplyDeleteKah,kah,kah..ni lagi lawak antarabangsa..dh tu nak raya kat sapa?
DeleteCaya kat najib?
Yang samun ratus juta duit rakyat tu sapa?
Yang mula2 tak ngaku duit dalam acc,ckp nk saman sampai hari ni tak saman.
Yang kata bila GST diperkenalkan harga barang akan turun?
Yang ni ke bang,rakyat nk caya?
Oklah bang,aku caya..terbaiek!
Hahaha....flyingkick blogger prepaid dedak sudah seram..
ReplyDeleteAkhirnya 2 barua pengkhianat negara dan melacurkan kesucian islam dan akidah islam bergabung ... dengan aliran Pluralisma Murtad PKR dan Bersatu yg bersekongkol dengan DAP evanglista komunis Syiah Libralis LGBT dan GAY
ReplyDeleteKedua dua barua pengkhianat dan pelacur agama dengan sloogan Islam Madani dan Islamic Fundmentalis State bergabung demi kroni anak beranak dan tuan penjajah yahudi Roth child Soros NED..IRF ..Sis In Islam COMONGO (Marina kitty dan G25) ..... kesemua musuh Islam di Malaysia sudah bersatu dan menampakkan wajah yg cukup hodoh kali ini...
lu fikir la sendiri...
Dah tu najib penyelamat agama,bamgsa dan Negara?
DeleteSekurangnya 2 barua ni tak songlap duit rakyat sampai ratus juta..tak ada main silap mata duit ilang tak dikesan,tak ada pulak main sgin payment tutup mata bayar puluhan juta kat company dummy..
2 barua ni pun tak perfect..tapi way better dari najib..
Lu patut buka mata fikir sendiri
Dah bersekongkol dgn komunis skrg jilat si lgbt ni pulak. Apa punya kepala dan hati hitam tun m. Makin tua makin menjadi2. Keluarga sendiri pon tak boleh d tunjukajar. Ingat boleh lepas akhirat tidak memimpin keluarga d rumah tuh.
ReplyDelete