Pages

Friday, September 30, 2016

PEGUAM MAHATHIR CUBA PUTAR BELIT KONONNYA YANG DI-PERTUAN AGONG BOLEH LUCUT JAWATAN PERDANA MENTERI!!!



Peguam Mahathir, Hanif Khatri Abdulla tetap bertegas, Yang Di-Pertuan Agong tetap boleh memecat Perdana Menteri sekalipun lebih banyak pihak yang menegaskan, perbuatan Mahathir yang mengehadkan kuasa Yang Di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu semasa berkuasa dahulu menyebabkan kedudukan Perdana Menteri hanya terletak di tangan Parlimen dan perwakilan partinya sahaja.

Hanif Khatri merujuk kepada kenyataan Nazri Aziz bahawa Perdana Menteri boleh dipecat menerusi undi tidak percaya di Parlimen. Katanya, Nazri 'buta' kerana tidak dapat melihat kegagalan Parlimen mengadakan undi tidak percaya kepada Najib Abdul Razak.

Masa berkuasa dan takut jatuh kuasa, Mahathir mengurangkan kuasa Yang Di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu. Dikatakan itu lebih baik untuk rakyat dan rakyat pun percaya terutama menerusi pelbagai propaganda jahat termasuklah seorang raja dituduh membunuh caddy walaupun ianya sekadar satu cerita atau khabar-khabar angin yang bertujuan memperolehi sokongan rakyat bagi tujuan pemindaan perlembagaan.

Sehingga sekarang, cerita raja membunuh caddy itu terus terpakai dan dituturkan termasuklah di kalangan mereka yang berpangkat tinggi dalam kerajaan. Begitulah kuatnya kesan propaganda zaman Mahathir yang hanya disanggah dengan Harakah dan ceramah-ceramah mikro PAS dari kalangan pemimpin PAS yang telah dicop lebih awal sebagai PENYESAT UMAT dan pengancam keselamatan negara. Manakala medium-medium lain, semuanya disekat dan Kementerian Dalam Negeri berkuasa penuh menyekat mana-mana penerbitan yang dianggap memudaratkan kuasa Perdana Menteri, termasuklah menggantung permit penerbitan atau pun mendenda dengan kadar tinggi dan menghukum penjara mana-mana penerbitan yang melanggar 'peraturan' tersebut.

Tetapi selepas tidak lagi berkuasa, Mahathir mahu kuasa Yang Di-Pertuan Agong dikembalikan agar kehendaknya dituruti.

Ni apa jenis negarawan nih?

Apakah semua hujah-hujahnya dahulu sudah tidak terpakai lagi?

Kuasa Raja-raja Melayu telah dilucutkan sewenang-wenangnyacmelalui pindaan Perlembagaan 1983 (kuasa meluluskan undang-undang). Siapa yang mansuh Perkara 66 Fasal (4) dalam Perlembagaan Malaysia? 

Pada asalnya Fasal (4) digantikan oleh Akta A584, Seksyen 2, berkuat kuasa dari 20 Januari 1984. Fasal yang asal berbunyi seperti yang berikut: “Fasal (4) : Yang di-Pertuan Agong hendaklah menyatakan perkenannya terhadap sesuatu Rang Undang-Undang dengan menyebabkan Rang Undang-Undang itu dicapkan dengan Mohor Besar, dan selepas memperkenankan Rang Undang-Undang itu, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menyebabkan Rang Undang-Undang itu disiarkan sebagai undang-undang.” 

Fasal 66 (5) : Peruntukan asal berbunyi, “Rang Undang-undang akan dikuatkuasakan apabila Yang di-Pertuan Agong menandatanganinya.” 

Sekarang? Yang Dipertuan Agong ada kuasa mutlak lagi atau tidak?

Mengapa Hanif Khatri buat-buat buta tentang pindaan tersebut? Baru jadi peguam atau baru dapat kerakyatan Malaysia?


3 comments:

  1. Dia ni Hindu kah asalnya. Muka macham Hindu.

    ReplyDelete
  2. Madey taubat lah..dah kaya raya..beramal sebelum tuhan jemput kamu..selama mana kamu nak junjung langit..dah 91 hampir nak masuk kubur dah.

    ReplyDelete
  3. Satu perkara yg kalau betulpun bahwa KDYMM Agong berkuasa memecat PM aadalah merupakann suatu perara yang tidak munkin dilakukan kecuali Terpaksa atas sebab2 terpaksa dan mengikut kebijaksanaan baginda, setelah diperkenan oleh majlis Raja2 dan akan dilakukan dengan penuh kejaksaan dan kebijaksanaan, mengambilkira ianya adalah sesuatu perkara yang amat penting dalam konsep kenegaraan Malaysia.
    Malah oleh itu semestinyalah perkenan semua Raja2 (juga TYT Yang diPertuan Neger???) akan diambil kira, dan sekiranya terdapat salah seorang dari mereka tidak bersetuju maka secara logiknya KDYMM Agong tidak akan menguatkusakan hal sebegini penting.
    Jadi tak perlulah mengelabah dengan isu sebegini, dan saya amat yakin kebijaksanaan Duli2 Yang Maha Mulia Raja2 mengatasi kebodohan propaganda satu dua mamak yang ingin mencetuskan suasana krisis perlembagaan sebagaimana satu mamak tu pernah buat satu masa dulu.


    ReplyDelete