Pages

Tuesday, October 4, 2016

APA PASAL MARIA CHIN KALUT SANGAT APABILA JAMAL SERAH DOKUMEN KAITAN BERSIH DENGAN IS KEPADA POLIS?



Maria Chin telah memberi amaran kepada Jamal Mohd Yunos agar meminta maaf kepadanya dalam tempoh 48 jam serta menarik kembali laporan polis serta berikrar tidak akan mengulangi 'fitnahnya' seandainya tidak mahu diheret ke mahkamah kerana menfitnah dirinya dan BERSIH 2.0.

Siang tadi, ketua Baju Merah, Jamal Mohd Yunos menyerahkan bukti-bukti kepada Ibu Pejabat Polis Bukit Aman yang mendakwa BERSIH 2.0 mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas Islamic State (IS).

Sebelum menyerahkan bukti-bukti tersebut, Jamal terlebih dahulu membuat laporan polis di IPD Dang Wangi. Dia diiringi oleh konvoi bermotosikal. Selain itu, Jamal juga mendakwa, maklumat tersebut diberitahu kepadanya oleh Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.

Rafizi bagaimanapun menafikan dakwaan Jamal. Malah Rafizi pula mendakwa, dia tidak pernah mengenali, bercakap, berjumpa apatah lagi mempunyai sebarang hubungan dengan Jamal yang membolehkan dia menyerahkan bahan bukti tersebut. Malah Jamal Mohd Yunos dilabelkan oleh Rafizi Ramli sebagai BADUT UMNO. (RUJUK SINI)

Dakwaan yang dibuat oleh Jamal, ternyata membuatkan Maria Chin dan DAP meloncat-loncat. Maria Chin dalam usahanya untuk mempertahankan diri, telah mempergunakan undang-undang. Surat tuntutan (LOD) telah dihantar kepada Jamal menerusi firma guaman. Selain menuntut Jamal memohon maaf dan menghentikan 'fitnahnya', Maria Chin turut meminta gantirugi.

"Sekiranya kami tidak menerima permohonan maaf daripada Jamal dalam tempoh 48 jam, kami akan mengambil tindakan undang-undang ke atasnya," kata peguam Melissa Sasidaran yang mewakili Maria Chin.

Pada 28 September, Jamal mendakwa dia telah menerima maklumat daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai. Bagaimanapun, dia enggan mendedahkan bukti-bukti tersebut sebaliknya menyerahkan kepada polis. 

Selain itu, Jamal mendakwa BERSIH 2.0 mempunyai rancangan untuk merampas beberapa lokasi strategik ketika BERSIH 5.0 berlangsung pada 19 November nanti seperti lapangan terbang, sepertimana yang berlaku ketika protes jalanan di Thailand.

Selain itu, menurut Jamal lagi, BERSIH 2.0 mendapat khidmat nasihat dan tunjuk ajar daripada Thailand dan Taiwan untuk memastikan BERSIH 5.0 nanti akan berjaya menumbangkan kerajaan sebelum Pilihanraya Umum. 

Minggu lepas, BERSIH 2.0 telah melakukan penjelajahan di Kota Bharu, Lumut, Arau, Johor Bharu, Sandakan, Miri sebelum berakhir di Kuala Lumpur pada 19 November. Bagaimanapun, Baju Merah yang dipimpin oleh Jamal Mohd Yunos berjaya menggagalkan beberapa perarakan BERSIH 2.0 termasuklah di Teluk Intan dan Pulau Pinang. 

Sementara itu, pemimpin agung DAP, Lim Kit Siang menyelar polis dan Ketua Polis Negara kerana tidak mengambil tindakan terhadap Jamal dan Baju Merah selain tidak melindungi BERSIH yang melakukan perarakan. 

Lim Kit Siang merujuk kepada kejadian di Teluk Intan apabila angkatan BERSIH telah dihentikan oleh Baju Merah ketika sedang berarak sekaligus menimbulkan rasa tidak puas hati DAP dan Lim Kit Siang sendiri kerana tindakan tersebut merupakan kegagalan DAP untuk menunjukkan kuasa. 

Beralasan kononnya, Ketua Polis Negara dan PDRM tidak menghiraukan sikap samseng yang ditunjukkan oleh Baju Merah, Lim Kit Siang cuba pula memberikan gambaran bahawa BERSIH adalah sebuah NGO sah yang memperjuangkan hak asasi masyarakat, sedangkan Baju Merah pula hanyalah sebuah kumpulan samseng dan kongsi gelap.

"Bagaimana sekiranya para penyokong BERSIH 5.0 bertindak secara provokatif dan ganas seperti Baju Merah di Teluk Intan?" tanya Lim Kit Siang. 

Sekaligus Lim Kit Siang seolah-olah memberi amaran dan gambaran bahawa kejadian 13 Mei 1969 akan berulang sekiranya para penyokong DAP yang berarak dan menghina orang Melayu terutama di Kampung Bharu akan bertindak ganas sekiranya perarakan mereka disaingi oleh perarakan orang Melayu pula.

Mengapa hanya Baju Merah yang perlu disekat? Mengapa Baju Kuning dan perarakan BERSIH 5.0 yang ditaja oleh BERSIH 2.0 yang ditaja pula oleh DAP, perlu dibiarkan?

Apa lebihnya DAP dalam hal ini sehingga perlu mereka dibebaskan daripada sebarang tindakan dan taklukan undang-undang negara?


4 comments:

  1. Siapa kacau siapa ni? Bukan ke mat tongkol ni yang kacau majlis orang.? Rakyat boleh menilai siapa benar siapa salah..jadi tak perlulah admin menegakkan benang yg basah

    ReplyDelete
  2. Bersih yg tak bersih.

    ReplyDelete
  3. Itu lah pasalnya jangan dimulakan baik kuning atau merah tak lsma lagi akan ada yang hitam dan berdarah baru lah puas hati semua rakyat malaysia.jika ada yang mulakan inilah yang akan terjadi.

    ReplyDelete
  4. Tahun demi tahun golongan ni menyusahkan rakyat dengan berlonggok di jalanraya ..inikah dinamakan jaga hak asasi ..kepala hotak dia..dia buat boleh orang lain buat tak boleh..kalau bersih sangat kenapa kes Guan Eng tu senyap jee..buat lah kat penang tu..kami tetapu menyokong apa yang dilakukan oleh baju merah biar cina bangsat tu tau langit tinggi ke rendah..

    ReplyDelete