Pages

Friday, October 28, 2016

ARAB SPRING BERMULA, PEMILIK MOTOSIKAL RODA TIGA BAKAR DIRI, ADAKAH MALAYSIA SPRING DIMULAKAN OLEH PEMILIK HONDA STREAM PENJUAL ROKOK SELUDUP?



Akhirnya 'kehilangan' Mohd Shukri yang terjun ke dalam laut dari Jambatan Kedua Pulau Pinang bagi mengelakkan hukuman penjara kerana menjual rokok seludup, diselesaikan menerusi penemuan mayatnya oleh nelayan pagi tadi selepas dua hari pencarian dilakukan. 

Mayatnya ditemui terapung satu batu nautika dari Batu Maung, tempat dia dipercayai terjun. 

Komander Operasi APMM, PBK II Mazli A. Mutalib berkata, mayat Shukri akan dihantar ke Hospital Sungai Bakap untuk bedah siasat.

Menurut Mazli, pasukan penyelamat telah membuat pencarian menerusi udara dan laut selepas Shukri meninggalkan motosikalnya di KM11 jambatan tersebut menghala ke pulau dan dipercayai terjun ke laut.

Shukri menjadi 'selebriti bunuh diri' apabila selain meninggalkan nombor kad pengenalan dan pengenalan dirinya, dia turut memuatnaik nota di Facebook yang mengecam pihak berkuasa kerana mengambil tindakan undang-undang ke atasnya kerana menjual rokok seludup. 

Tindakannya itu dipercayai didorong oleh tindakan Jabatan Kastam mengheretnya ke mahkamah kerana menjual rokok seludup bernilai RM360, kesalahan yang membolehkan dia dihumban ke penjara. Shukri dikatakan telah ditangkap pada 2012 atas kesalahan yang sama, dan sekali lagi pada Februari lalu.

Nota bunuh dirinya menjadi viral di Facebook, menyebabkan isterinya turut memuatnaikan memohon agar Shukri tidak dikecam walaupun perbuatannya itu salah dari segi agama. 

10 comments:

  1. Jual roko seludup didakwa. Penyeludupnya bagaimana pula? Adakah tindakan diambil?

    ReplyDelete
  2. jika guna hukum Islam pun...salah tetap salah... nak kata pihak berkuasa menguatkuasa hukum Islam itu zalimkah...???

    ReplyDelete
  3. Penyeludup Kalo pangkat Dato memang payah nak tangkap. Macam belut.

    ReplyDelete
  4. momokan atau sekadar hearsay kita di sosial media boleh membunuh org, dahsyat....
    apakah kita sebahagian darinya...

    ReplyDelete
  5. Apa alasan pun, bunuh diri adalah kesalahan paling besar dalam Islam. Ikut fiqh, tak ada tempat lain di akhirat melainkan api neraka jahanam! Mohon Allah jauhkan kita dari neraka.

    ReplyDelete
  6. Intipati kutbah jumaat 28.10.16 Masjid Taman Pekaka, Sungai Dua, Pulau Pinang.

    1. Hukum bunuh diri adalah haram.
    2. Bunuh diri antara dosa yang paling besar.
    3. Pembunuh diri akan masuk neraka selamanya.
    4. Tidak boleh bunuh diri walaupun berada dalam kesakitan yang amat sangat.

    ReplyDelete
  7. org kpg aku ni...dia bukanlah jahat sgt, siang malam tungkus lumus bekerja, dr menjual gas kecil2lan sampai boleh buka kedai runcit sendiri. mmg perniagaan runcitnya merosot skt lepas ada kedai runcit milik org acheh yg beroperasi tak jauh dr tempatnya berniaga di buka. org pun musykil bagaimana org acheh ni boleh berniaga 24 jam, siap ada pekerja shif, menjadi persoalan mrk ni bekerja utk bangsa apa kat kpg tu?

    ReplyDelete
  8. Siapa mrk yang bekerja utk bangsa org Acheh, penguat kuasa atau sia pa?

    ReplyDelete
  9. Siapa yg rajin dan tekun mencari rezki akan terima habuan yg besar.

    ReplyDelete