Dan mereka pun menjadi sangat angkuh!
Keganasan Baju Kuning atau BERSIH sememangnya menimbulkan rasa meluat, jelak dan menyampah yang amat sangat. Walaupun sebahagian besar orang Melayu tidak menunjukkan reaksi secara berlebihan sepertimana Melayu yang menyokong DAP dan PKR, tetapi semakin lama, semakin ramai yang tidak dapat menyimpan lagi perasaan marah tersebut.
Hakikatnya, polis sekadar cuba mengelakkan masalah yang lebih besar sekiranya Baju Merah bertempur dengan Baju Kuning yang rata-ratanya adalah orang Melayu itu sendiri walaupun di belakang Baju Kuning adalah pemimpin-pemimpin DAP dan Yahudi.
Lazimnya, apabila suatu provokasi dimulakan, maka akan berlakulah tindak balas yang lebih keras.
Dan di sebalik PERLU DAN WAJIBNYA MARIA CHIN membuat laporan polis tentang gambar edit yang tersiar di media sosial, menggambarkan dia dikerat tengkuk atau disembelih oleh DAESH, sesuatu yang lain perlu juga diambil kira.
Mengapa dalam isu yang terang-terang dan nyata seperti serangan ke atas anggota polis, selain momokan penghinaan kematian ke atas Najib Abdul Razak, Abdul Hadi Awang dan Rosmah Mansor, langsung tidak mendapat reaksi yang sama daripada Maria Chin?
Kalau sudah menghasut rakyat untuk memberontak dan melakukan keganasan, mengapa pula takut kalau dia sendiri yang dijadikan sebagai bahan 'gurauan gasar' seperti itu?
Sama seperti Hishamuddin Rais yang kalau berucap, dialah yang paling berani, paling handal, paling hebat tetapi apabila berhadapan dengan situasi sebenar, walaupun sekadar digertak dan dikepung, dia menjadi begitu gelabah dan berkemungkinan besar juga terkencing-kencing dalam seluar.
Majoriti rakyat Malaysia tidak menyokong keganasan. Malah kumpulan-kumpulan pengganas yang menggunakan nama agama seperti DAESH atau ISIS atau IS adalah satu default dalam sebuah masyarakat bertamadun yang dipercayai lahir daripada kumpulan musuh Islam tetapi menggunakan nama Islam dan keganasan untuk mengotorkan imej agama ini dan umatnya. Namun provokasi demi provokasi yang dilakukan oleh pihak-pihak seperti Maria Chin, sudah pastinya akan melahirkan lebih ramai pengganas termasuklah mereka yang membuat gambar edit tersebut!!!
Sesuatu yang menimbulkan isu bolehlah diarak. Contohnya perarakan "black lives matter" yakni ada isu yang halal diarak. Apakah berarak atas dasar suka-suka dan berulang-ulang kali atas isu yang sama akan dibiaqpikan begitu saja?
ReplyDeleteDalam konteks demokrasi, apakah maknanya berarak setiap kali adanya PRU seolah-olah kemenangan di PP, Selangor dan Kelantan adalah kemenangan tidak suci? Bayangkan kalau Republikan berarak cuma kerana berasakan pemilihan presiden di"rigged" oleh pihak lawan?
Lebih meluat ialah kalau dibayangkan Beersih akan jadi acara rutin dan kekal sampai bila-bila. Apakah ia boleh dikategorikan sebagai kebebasan bersuara atau kebebasan untuk menentukan calon pilihan menempah kejayaan menerusi protes jalanan?
Banyak perkara yg tersirat dlm Bersih yg perlu diteliti terutama umat Islam. Lebih baik jauhi mereka.
ReplyDeletehanya ilusi gambar dah terketar2..hingga baru sedar ada pihak berkuasa untuk mengadu..kalau tidak polis akan dianggap "anjing" dan sebagainya..tapi diri sendiri tak sedar rakyat yang tak suka huru-hara sedang memerhati tingkah laku kau..bara kemarahan tak mungkin hanya disimpan tanpa apa2 tidakan..
ReplyDeleteMahkamah tidak adil dalam isu Bersih ini. Dah tentu2 Bersih selama ini mempamirkan adegan barbarik dan ganas tapi sebaliknya kerajaan dan polis yg mahu menjaga keamanan dipersalahkan. Adakah hakim berkenaan mengamalkan rasuah atau perkauman atau pro Bersih/pembangkang? Layakkah individu sedemikian menjawat jawatan hakim? Kerana itulah, Bersih naik tocang dan menjadi semakin selesa dan rajin berdemonstrasi. Ia seolah2 menjadi NGO yg akan berdemonstrasi asalkan dapat bayaran. Tersangatlah bosannya dengan kerenah ini.
ReplyDeleteOrg2 melayu adalah binatang ternakan wahabi Al Saud.
ReplyDelete