Pages

Tuesday, October 18, 2016

JAWAPAN NIK ABDUH KEPADA HUSAM MUSA, KENAPA SURUHAN AGAR ISTIQOMAH TIDAK DIPATUHI, TAPI BERSIH SURUHAN DAP, DIIMANI!!!



Husam Musa telah cuba menipu dan memperdayakan ahli-ahli PAS agar meramaikan demonstrasi BERSIH 5.0 yang akan berlangsung pada November ini. Ini adalah kerana DAP dan 'agensi-agensi'nya bukan sahaja gagal bahkan menyekat peserta-peserta dari golongan muda Cina untuk menyertai demonstrasi tersebut dengan pelbagai alasan termasuklah keselamatan dan kehadiran Baju Merah.

Kata Husam Musa, Almarhum Nik Abdul Aziz telah menyeru ahli-ahli PAS agar menyertai BERSIH. Dia pula adalah orang yang paling rapat dengan Nik Abdul Aziz walaupun dua tahun sebelum meninggal dunia, Husam Musa sukar untuk menemui bekas Mursyidul Am PAS itu.

Bermodalkan dia adalah 'orang paling rapat' dengan Almarhum Nik Abdul Aziz, Husam Musa cuba memperdayakan ahli-ahli PAS.

Hari ini, salah seorang anak lelaki Almarhum, Nik Mohamad Abduh yang juga Ketua Pemuda PAS menjawab pembohongan Husam Musa.

"Itu arahan parti masa itu. Bukan arahan peribadi Allahyarham. Dia Mursyidul Am yang memutuskan sesuatu atas sifatnya sebagai ketua Majlis Syura Ulamak.
“Kalau nak pakai arahan yang boleh berubah-ubah sifatnya itu daripada orang yang sudah mati, itu perangai penyembah kubur namanya,” jelas Nik Abduh lagi. (BACA DI SINI)

Nik Abduh turut mempersoalkan Husam Musa, mengapa arahan yang bersifat peribadi dan jamaie (parti) yang tidak berubah daripada Almarhum bapanya iaitu agar ahli-ahli PAS istiqomah dengan perjuangan Islam dan tidak menentangnya, tidak dipatuhi oleh Husam Musa. Bahkan Husam Musa pula melebihkan DAP yang jelas menentang Islam dan apa-apa sahaja yang berkaitan dengan Islam, termasuklah umat dan undang-undangnya. 

Sebenarnya, Husam Musa juga tidak boleh dipersalahkan. Malah, air liur DAP yang menitik-nitik bagaikan anjing kepanasan dengan lidah terjelir-jelir juga tidak boleh dipersalahkan. 



Perhatikan apa yang berlaku di Ijtimak Tarbawi Dewan Pemuda PAS Malaysia di Pernu, Telok Mas, Melaka selama 3 hari berturut-turut. Puluhan ribu anak muda tidak berganjak daripada kuliah tafsir Surah Al-Kahfi yang dimulakan oleh Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang.

Tidakkah jumlah yang hadir itu, sudah cukup untuk menggiurkan. Dan bayangkanlah kalau mereka digerakkan oleh kepimpinan PAS untuk menyertai BERSIH 5.0.

Itulah sebabnya Husam Musa bersungguh-sungguh benar cuba memperdayakan mereka dengan menggunakan nama Almarhum Nik Abdul Aziz. Apatah lagi Nik Abdul Aziz sudah tidak mampu menjawab dari kuburnya!


6 comments:

  1. huh masih berfikiran dlm perigi buta.

    kepatuhan dan istiqomah hanya kepada kebenaran perjuangan menentang kezaliman pemerintah... bukan kepada parti.

    parti berimej dan mengaku perjuang islam saja tidak cukup... bila dlm masa sama menyokong pemerintah zalim.

    kpd penyokong pas, berhentilah nostalgia kepada warna, lambing dan slogan yg berbunyi islam. berhentilah nostalgia sebb dh lama bersama pas, mcm penyokong kerak umnu yg menyokong kerana nostalgia. kerana asas nostalgia inilah yg menghalang abu talib menerima islam dpd Nabi saw.

    perjuangan adalah progresif dan berubah2 dr sudut wadah dan pendekatan..tp tidak berubah dpd segi prinsip membela kebenaran.

    malangnya pas berubah dpd segi prinsip.. malah akhlak pemimpin juga sudah lebih biru dpd biru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebenaran ikut Quran Dan hadith's bero, mai sini tunjuk hadith's mane benar lawan pemerintah Islam walaupun dia buat maksiat?

      Lu pun buat maksiat bro, lg mau bising.

      Delete
  2. Betul ker mandatori untuk mukmin ikut serta aktiviti yang dicanang-canangkan oleh kufrak sebagai berfaedah walhal akal mengatakan ianya tidak pun berfaedah. Makanya timbul pertanyaan ini: sampai bila ummat akan jadi "pengguna" dan bukan "pengeluar"?

    ReplyDelete
  3. Husam dah jadi agen kafir harbi, semua orang tahu tu. Yg penting PAS kena teguh prinsip dan pendirian. Jangan lari dari Islam....berpegang teguhlah kepada tali Allah....

    ReplyDelete
  4. Bila kambing dah tergoda dengan habuan dari Dogs And Pigs....maka gereja dijadikan kiblat.
    Bahaya laknatullah macam si kambing ni.

    ReplyDelete
  5. Perjuangan progresif sampai gadai dasar Islam utk dpt kuasa ni bukan jalan sebenar. Husam tak perlu angkuh dgn kejahilannya.Lgi pun bnyak kerja dan projeknya gagal semasa jdi exco dulu.

    ReplyDelete