Pages

Saturday, October 8, 2016

KANTOI BODOH, DAP CUBA BERLAGAK SEBAGAI PEMERIKSA AKAUN PULAK DAH... CUBA AMBILALIH TUGAS JABATAN AUDIT NEGARA!!!



Dua hari sudah, dua orang Ahli Parlimen DAP iaitu Yeo Bee Yin dan Ong Kian Ming menerima jemputan Dato' Rizal Mansor melawat Tadika Permata. Ketika sidang media dan sesi soal jawab, Ong Kian Ming terkantoi bodoh apabila dia bertanyakan soalan, bagaimana Facebooker lebih mengetahui tentang PERMATA terutama sekali nisbah kemasukan pelajar-pelajar dari SJKC ke Tadika PERMATA.

Jawapan yang diberikan amat mudah iaitu butiran tentang nisbah tersebut terdapat di laman sesawang PERMATA.

Ternyata Ong Kian Ming yang merupakan Ahli Parlimen Serdang, tidak pernah membuat semakan dan pemeriksaan tetapi menghentam secara melulu hanya kerana hasad dengki dan busuk hati terhadap usaha-usaha kerajaan meningkatkan mutu pendidikan asas kanak-kanak awal pra-sekolah.


Dalam sidang media tersebut, bagi mengelakkan dimalukan dan dikantoikan, wakil-wakil DAP itu bercakap lunak dan memuji PERMATA kononnya program tersebut memberikan manfaat kepada masyarakat. Lebih lunak lagi ialah, kononnya colour-blind dan tidak mengira warna kulit.

Tetapi apabila berada dalam kumpulan mereka sendiri, lain pula cakapnya.


Suara DAP, Roketkini mengambil kesempatan untuk melakukan penipuan dan putarbelit yang amat dahsyat bagi mengelakkan mendapat malu besar di kalangan ahli-ahli mereka yang tidak akan membaca selain daripada Roketkini apabila mengetahui perkara sebenar.

Sesi yang dihadiri oleh kedua-dua orang Ahli Parlimen DAP itu sebenarnya adalah sesi penerangan program dan kejayaan PERMATA yang dibuat oleh pengurusan PERMATA. Turut dibentangkan ialah perbelanjaan program PERMATA termasuklah jumlah perbelanjaan dan bagaimana perbelanjaan tersebut diagihkan.

Namun, dasar bodoh sombong yang sukar memahami Bahasa Kebangsaan yang digunakan dalam sesi semalam, Roketkini telah menukarkan sesi penerangan tersebut kepada sesi pengauditan akaun. Sedangkan kerja-kerja pengauditan membabitkan akaun agensi persekutuan seperti PERMATA, diteliti penuh oleh Jabatan Audit Negara yang juga dimasukkan ke dalam Laporan Ketua Audit Negara pada setiap tahun.


Semenjak bila pula, DAP bertukar menjadi juruaudit? Dan sejak bila pula PERMATA mengaudit dirinya sendiri?

Terkantoi apabila tuduhan-tuduhan yang dilemparkan kepada Program PERMATA, bukan sahaja meleset, bahkan mereka sendiri hanya berpandukan kepada maklumat syok sendiri, DAP cuba menjadikan masalah audit pula sebagai isu utama. DAP menerusi Roketkini cuba menyalahkan PERMATA kononnya tidak menyerahkan akaun untuk diaudit oleh DAP bagi memastikan ketelusan dan kejujuran serta tiada kepincangan pengurusan dan kewangan program yang berada di bawah Jabatan Perdana Menteri itu.


Macamlah DAP pandai sangat buat kerja audit. Atau kerana terlebih pandai itulah, pengiraan undi dalam CEC DAP dahulu dipertikaikan oleh penyokong sendiri sehingga Setiausaha Agung yang melantik dirinya sendiri dengan sokongan bapa serta konco-konconya terpaksa menggunakan alasan, kesalahan Excel bagi membela diri.

Terlebih pandai audit itulah juga yang menyebabkan Setiausaha Agung DAP kini berhadapan dengan dua tuduhan rasuah dan salahguna kuasa dalam pembelian hartanah di bawah harga pasaran selain kegagalan DAP menjelaskan tentang pembayaran lebih RM300 juta hanya untuk kertas laporan terowong dasar laut yang belum dibina sehingga sekarang, sekalipun pembayaran telah pun dibuat.

Rakyat memerlukan pembangkang yang boleh menegur dan mengkritik kerajaan secara sihat serta membina, bukannya pembangkang yang main hentam keromo dan menjadikan setiap isu sebagai isu politik.

Tetapi DAP boleh bezakan pembangkang dengan subversif atau tidak?


3 comments:

  1. Dap tak bodoh, cuma yg mangkok hayun ialah pentaksub mrk yg mengundi dap

    ReplyDelete
  2. keturunan cina bukit memang macam tu...apa nak heran..?? dia je yg betul...Malaysia ni penuh dgn keturunan cina bukit...

    ReplyDelete
  3. Sekarang DAP bila nak serah akaun parti untuk diauditkan...?? Kiraan undi pemilihan parti pun tak betoi... Nk audit kewangan agensi kerajaan... tau malu ka? lawmaker DAP bodoh pasai peraturan... Mana ada jabatan kerajaan dlm dunia diaudit oleh NGO..?? Cina mana tau undang2 negara org lain..

    ReplyDelete