Masalah peribadinya nampaknya terlalu membelenggu bekas Timbalan Perdana Menteri dan sekarang merupakan Presiden Cap Bunga itu.
Sedar bahawa dia kurang sokongan di dalam Cap Bunga untuk dirinya berbanding Mukhriz dan Mahathir, Muhyiddin dilihat cuba mengorak langkah secara lebih drastik dengan merapatkan diri dengan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.
Dalam keadaan sekarang, PAS dilihat mempunyai banyak kelebihan dalam penentuan kerusi yang akan ditandingi pada PRU akan datang.
Peluang Muhyiddin untuk berada sepentas dengan Abdul Hadi Awang di Marang, seperti membuka bab baru kepadanya. Malangnya, Abdul Hadi Awang bukanlah ahli politik amatur atau yang tergila-gilakan sensasi seperti puak-puak PKR mahupun Cap Bunga.
Di atas pentas yang penting itu di mana Muhyiddin Yassin terpaksa mengenakan ketayap putih agar dilihat setara dengan para pemimpin gred 2 PAS, Muhyiddin terpaksa melagukan dendangan lama yang telah ditinggalkan oleh PAS iaitu bercerita buruk tentang Najib Abdul Razak dengan hanya bermodalkan HEARSAY.
"Saya dengar Ghani Patail..."
"Saya dengar ada RM42 juta dalam akaun Najib..."
"Saya dengar..."
"Saya dengar...."
Dan Muhyiddin pula berucap di hadapan orang-orang PAS yang sudah lali dan mangli dengan hujahan-hujahan sebegitu kerana aktif di dalam PAS, terutama pada zaman Mahathir sebagai Perdana Menteri dahulu, itulah hujahnya. Malah Muhyiddin Yassin dengan kekayaan anak lelakinya menerusi pelbagai projek Ali Baba termasuklah BESTARI.NET juga telah lama diperkatakan oleh PAS tanpa dijawab walau sepatah pun oleh Muhyiddin.
Akhirnya apa yang berlaku ialah, di tengah-tengah kerancakan Muhyiddin Yassin berucap, ramai ahli-ahli PAS yang mendengar, mencebik dan menjuihkan bibir. Malah ada yang menuntut Muhyiddin menerangkan tentang masalah di Kementerian Pelajaran yang pernah diterajuinya dan kucar kacir semasa dia menjadi Menteri Pelajaran.
Bodoh sangatkah PAS?
Langkah Muhyiddin Yassin benar-benar sumbang di atas pentas PAS. Seperti meludah ke langit dan kemudian kahak menumpuk ke mukanya sendiri.
Bila terdesak mulalah cari Pas.
ReplyDeleteMemang pas pandai tp tak cerdik dlm perhitungan politik
ReplyDelete