Ketika kebanyakan orang yang hanya membaca tajuk berita menyalahkan Najib dan kepimpinan negara ekoran kejatuhan pasaran serta matawang selepas kemenangan Donald Trump sebagai Presiden baru Amerika Syarikat, Nik Abduh pula meminta agar rakyat Malaysia tidak membuat sebarang spekulasi tidak berasas yang boleh memburukkan lagi keadaan.
Sebaliknya, Ketua Pemuda PAS itu berkata, keyakinan dan kepercayaan penuh perlu diberikan kepada Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti (SC) dalam menguruskan ketidaktentuan pasaran kewangan. (RUJUK SINI)
Kenyataan Nik Abduh itu sudah tentu tidak disenangi oleh kebanyakan individu yang sentiasa menyalahkan kepimpinan dan pengurusan Najib Abdul Razak termasuklah pasaran tukaran wang dunia selain pasaran saham.
Gabenor Bank Negara telah mengarahkan bank-bank dalam negara untuk mengambil 'langkah-langkah sementara bagi menenangkan pasaran.'
"Situasi ini terhasil daripada keadaan spekulatif... Bank Negara bertanggungjawab untuk campurtangan," kata Muhammad Ibrahim dalam satu sidang media. (RUJUK SINI)
Menggambarkan keadaan matawang Malaysia dalam keadaan tidak stabil selain pasaran saham yang menjunam kerana ketidakpercayaan terhadap Kerajaan Najib Abdul Razak, merupakan intipati yang cuba dilakukan oleh pembangkang di Malaysia.
Ironinya, rakyat Malaysia yang suka menyibuk dan menunjuk pandai dalam serba-serbi keadaan, kurang membaca dan membuat rujukan, melainkan hanya percaya dengan apa yang diperdengarkan kepada mereka dari mulut pemimpin-pemimpin kesayangan mereka, terutama sekali Dr. Mahathir.
Justeru, tidak mustahil, kalau nasihat yang diberikan oleh Nik Abduh kepada Mahathir agar bekas Perdana Menteri itu lebih menumpukan kepada ibadah, membuatkan para pengikutnya kepanasan dan menuduh Nik Abduh muflis ilmu berbanding Mahathir, kenyataannya ini pula sudah pasti akan membuatkan mereka mencari alasan untuk menghina Ketua Pemuda PAS itu.
Dia ni cuma duduk di tikar sembahyang seharian.
ReplyDeleteSemua kerja nak serah kepada orang lain atau kepada ALLAH.
Kerja dia cuma berdoa, semoga di dimasukkan ke SYURGA.
Otak dia lain takda, kecuali NAK MASUK SYURGA.
Dalam hidup dia takda FARDU KIFAYAH - perjuangan
menentang kebatilan.
Sebab itu dia suruh Tun Det duduk di tikar sermbahyang,
jangan berjuang membuat FARDU KIFAYAH.
Adakah ALLAH akan pilih orang macam Nik Abduh ni untuk
memenuhi SYURGA.........????
Nauzubillah.............sungguh menggerunkan.
Muncul dah pentaksub Tun.... klu nik Abduh sokong Tun... dia punya lagu jadi lain.... dia akan kata nik anduh tidak terpinggir dari wacana duniawi....bla..bla..bla..
DeleteKalau jahil tu simpan. Jangan tunjuk kat org. Buruk benor nampaknya.
DeleteSekurang dia berdoa nak msk syurga. Bapok minah ni berdoa dan cita2 nak masok neraka? Tulisannya serupa dgn hatinya. Burok lagi hodoh
DeleteCik.minah perut kembung ke meroyan tak tentu arah ni...
ReplyDeleteNik Abduh memang bijak apabila menyatakan ketidaktentuan mata wang rujuk kepada BNM kerana ia adalah sumber mutlak yg mengetahui kedudukan sebenar. Pembangkang yg sedang tercari2 modal nak serang Najib cuba nak masuk daun lah tu...bangang...
ReplyDeleteMasyaAllah.. Cik minah...kamu tak kesian ke dengan Atok tua Mahadey.. Betul lah nik abduh cakap orang mcm atok terlajak tua sepatutnya dah tak ingat dunia dah ingat mati jer...Rasulullah pun berpesan orang yang cerdik di kalangan kamu ialah yang banyak mengingati mati...
ReplyDeleteApa yg gerun Chik Minah ooi? Nik Abduh tu dusok atas tikar sembahyang dari suboh sampai Isha kah? Kalau tak setuju jangan sampai kata "otak dia nak masok shurga saja".Kalau Chik Minah tak minat masok shurga tak pe la itu hak Chik Minah. Kita ucapkan selamat maju jaya.
ReplyDeleteNik Abduh tu ahli parlimen jgk. Dia tahu jgk pasal prkembangan ekonomi bukan setakat soal solat je. Dia tak kata pun dia bijak ekonomi atau dia wajib masuk syurga. Dia beri pandangan sebagai ahli parlimen yg jga rakyat negara ini. Tak payah nak melenting la...
ReplyDeleteCik Minah ni konfem otak senget...Nauzubillah.....sungguh menggerunkan puak2 yg bertopeng islam camni....
ReplyDeleteMaafkanlah dia. Dia kurang cerdik. Kalau tak percaya cuba tanya dia pasal 1MDB. Gerenti dia tak tahu apa.
ReplyDeleteOrang berilmu tahu mana maklumat betul atau salah.Jangan hanya kutip dari fb.Budak pt3 pu pandai tulis.
ReplyDeleteNik Abduh semakin berwibawa dan matang menangani isu2 semasa wp dia berpeluang menghentam kerajaan.Pemimpin sejati berani meno
ngkah arus