Pages

Monday, November 7, 2016

BANJIR LAGI DI PULAU PINANG, DAP TAK SALAH, GUAN ENG PERSALAHKAN KERAJAAN GERAKAN!!!



Lapan tahun DAP memerintah Pulau Pinang dengan Lim Guan Eng menjadi Ketua Menterinya. Salah satu janjinya itu untuk menangani masalah banjir dengan CAT, ternyata bertukar menjadi belang temberang yang bukan sahaja tidak diselesaikan, bahkan semakin diterukkan. 

Pagi tadi berlaku beberapa banjir kilat dan tanah runtuh di beberapa kawasan sekitar pulau. Penduduk Teluk Bahang terperangkap apabila sebahagian besar jalan utama yang menghubungkan kawasan mereka dengan pusat bandar, terputus akibat tanah runtuh.

Menurut saksi, kejadian tanah runtuh tersebut berlaku lebih kurang pukul 5:30 pagi tadi dan pihak berkuasa termasuklah anggota-anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat berada di tempat kejadian. 

Selain daripada tertimbus dek tanah runtuh, kesan-kesan retakan pada permukaan jalan raya juga dapat dilihat dengan jelas. 

Polis telah menutup jalan tersebut bagi semua lalulintas dan kenderaan diarahkan meninggalkan kawasan tersebut. 


Teluk Bahang merupakan sebuah kawasan yang diketahui tidak terlibat dengan mana-mana banjir sebelum ini. Bagaimanapun, pada Julai lalu, kawasan tersebut telah mengalami banjir yang sangat teruk. (RUJUK SINI)

Awal tahun ini, akhbar The Star turut membuat liputan tentang pembersihan hutan 
secara besar-besaran . (RUJUK SINI)

Sebelum kejadian banjir ini, Chow Kon Yeow mengakui bahawa terdapat pembersihan tanah tetapi berkata, 'ia hanyalah berskala kecil' sekalipun imej satelit Google Map menunjukkan, kawasan puncak bukit yang dibersihkan itu jauh lebih besar berbanding pekan Teluk Bahang yang terletak di kaki bukit. (RUJUK SINI)

Ironinya, Teluk Bahang terletak jauh dari kawasan Sungai Pinang di mana Kerajaan DAP Pulau Pinang cuba bertai-chi untuk menyalahkan Kerajaan Persekutuan minggu lepas apabila kawasan tersebut dilanda banjir. 


Kerajaan DAP Pulau Pinang cuba menyalahkan Kerajaan Persekutuan kerana tidak memberikan RM350 juta untuk projek mitigasi banjir walaupun Kerajaan Pulau Pinang hanya baru-baru ini menyelesaikan penempatan penduduk di sepanjang tebing sungai. Lebih tepat lagi pada April tahun ini. Penempatan penduduk merupakan syarat yang dipersetujui dengan Kerajaan Pusat bertahun-tahun dahulu sebelum sebarang peruntukan diserahkan. 

Sekaligus hanya melayakkan peruntukan tersebut diperolehi pada bajet tahun 2018 bukan tahun 2017 apatah lagi 2016!!!

Sementara kita menunggu tai-chi baru dan tuduhan ke atas Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Gerakan Pulau Pinang yang dijatuhkan oleh DAP 8 tahun lalu. 

Lebih menarik lagi, fakta bahawa banyak projek pembersihan puncak bukit diluluskan oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang dan pembangunan berlebihan telah menyebabkan banjir kilat, sebenarnya lebih menyerlahkan sikap tidak bertanggungjawab DAP. 

Adakah pemimpin DAP sekali lagi akan menyalahkan feng-shui apabila taktik menyalahkan GERAKAN-BN sudah tidak laku, sama seperti dalam kes rasuah dan salahguna kuasa Guan Eng yang membeli hartanah pada harga di bawah pasaran?


2 comments:

  1. Cakap besar...masalah tak selesai.

    ReplyDelete
  2. bila laut ditambak, laluan air dari pulau terhalang dan ianya akan bertakung di pulau. akhirnya golongan tertentu dapat faedah hasil tambakan laut sementara golongan di bawah (yang tak mampu membeli harta di kawasan tinggi) yang akan dapat kesusahan.

    ReplyDelete