Di Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang semakin tersepit apabila satu demi satu penjalangannya didedahkan dan disiarkan oleh media, mengambil langkah-langkah perlu bertujuan menutup mulut dengan menghantar surat-surat saman kepada mana-mana akhbar cetak atau dalam talian agar penjalangannya terus tertutup.
Pada masa yang sama, cuba menimbulkan persepsi bahawa semua tuduhan tersebut hanyalah fitnah ke atasnya semata-mata.
Dan seperti biasa, Lim Guan Eng tidak akan mempertahannya dari sudut fakta, tetapi dia akan mencari-cari ruang teknikal untuk menang sebagaimana dalam kes-kes samannya yang lain.
Di Selangor pula, Azmin Ali mengambil langkah bertentangan.
Kalau di Pulau Pinang, Lim Guan Eng setiap hari dan setiap masa akan buat sidang media, di Selangor pula, Azmin Ali menjahit mulut serapat-rapatnya. Semua isu yang ditimbulkan, tidak akan dijawab atau diberikan reaksi.
Antaranya termasuklah Pintu Gerbang Kota Darul Ehsan yang dibuat 'renovasi' yang menelan belanja lebih RM10 juta tetapi hasil yang diberikan pula, tidak jauh berbeza daripada ketika Pintu Gerbang Kota Darul Ehsan yang terletak di Lebuhraya Persekutuan itu tidak 'dibuat sebarang baik pulih'.
Ramai yang mempersoalkan tentang perbelanjaan yang tinggi hanya untuk cat dan sedikit mekap pada bahagian atas pintu gerbang berkenaan.
Pendedahan tersebut turut melibatkan seorang warganegara Singapura yang memperolehi komisyen lumayan daripada projek berkenaan selain adik-beradik Sivarasa Rasiah yang menduduki beberapa kerusi penting dalam GLC Selangor.
Bayangkan jika projek itu bernilai RM300 juta maka 1.5 % itu membawa nilai berapa ? Jika ini benar maka kesian kepada pejuang - pejuang PKR yang melarat berkorban apa sahaja namun ketika pemimpin kartel menuai jutaan yang melarat selama ini terus terbuai lagu perjuangan semata - mata.
Turut ditemui dalam dokumen lain yang diperolehi dalam set yang sama tersebut ialah nama warga Singapura , Sabri Bin Buang telah dinamakan sebagai penerima komisyen sebanyak 4% - 5%. Ia jauh lebih tinggi dari nilai peratus komisyen atas nama Naveen.
Siapakah dia ? Jika menyebut Singapura maka dua pemimpin kanan PKR Selangor iaitu Azmin dan Zuraidah datang dari Singapura harus tampil menjawab.... (Pendedahan sepenuhnya BACA DI SINI)
Satu demi satu pendedahan tentang penyelewengan di Selangor dibuat dan didedahkan, tetapi setiap kali itulah, Azmin Ali akan tutup mulut dan tidak langsung memperkatakannya, bahkan para pemimpin PKR dan DAP Selangor lain juga tidak berani membuka mulut, bagi meminimakan kekantoian mereka.
Adakah kali ini juga, Azmin Ali akan terus membisu?
sepupu sepapat LKY...mana nak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.
ReplyDeleteyang hairannya macam mana Tun M yang tidak pernah menyaman orang, satu perjuangan politik yang bertentangan, boleh berkawan dengan sepupu sepapat LKY di PP ini? pelik bin ajaib...
KOKOK BERDERAI-DERAI, EKOR BERGELUMANG TAHI.
ReplyDeleteAnak perempuan kepada Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, Sri Rahayu Tajuddin, adalah pengerusi Intan Sekitar – syarikat usahasama yang memenangi bidaan Prasarana dalam projek yang bernilai kira-kira RM1.1 bilion.
Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor ketika majlis pelancaran projek pembangunan berorientasikan transit pertama di Kuala Lumpur, memberi penghormatan kepada orang yang mengajarnya ‘politik jahat’.
“Saya kenal Ayu dari kecil. Saya masih ahli perniagaan, bapa dia pun ahli perniagaan, katanya pada ucapannya semasa majlis pecah tanah Latitud8, projek pembangunan untuk Kumpulan Prasarana.
“Yang sebenarnya bapa dia yang ajar saya politik. Politik jahat pun dia yang ajar,” kata Tengku Adnan secara berseloroh merujuk kepada Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.
Anak perempuannya, Sri Rahayu Tajuddin, adalah pengerusi Intan Sekitar – syarikat usahasama yang memenangi bidaan Prasarana untuk melaksanakan projek yang bernilai kira-kira RM1.1 bilion itu.
Masing2 ada kepentingan diri. Cari kekayaan utk perut sndiri dan kroni. Masa depan rakyat cakap bukan main baik...talam dua muka.
ReplyDelete