Pages

Wednesday, November 16, 2016

HARI INI DALAM SEJARAH, ADUN PAS, DAP, PKR DAN UMNO KEDAH 'BERPAKAT' PERLEKEHKAN MUKHRIZ MAHATHIR DI SIDANG DUN!!!



Hari ini, dalam sidang DUN Kedah ketika perbahasan berhubung bajet Kedah 2017 dilangsungkan, Mukhriz cuba menunjuk pandai yang berakhir dengan dia dimalukan. Tidak sahaja oleh Exco dan Kerajaan Negeri Kedah, bahkan oleh Ketua Pembangkang Kedah, Amiruddin Hamzah (ADUN Anak Bukit - PAS).

Antara perkara yang dibangkitkan oleh Mukhriz untuk menunjukkan dia hebat ialah isu bonus dan kontrak pemain-pemain pasukan bolasepak Kedah. Pembohongan yang dibuat oleh Mukhriz telah dipatahkan oleh Exco yang juga merupakan Setiausaha Kehormat KFA, Aminuddin Omar yang menjelaskan kontrak-kontrak baru telah pun ditawarkan kepada para pemain Kedah sejurus selepas perlawanan akhir TM Piala Malaysia di Shah Alam sebelum ini. 6 orang pemain bolasepak pasukan Kedah yang cuba 'dibela' oleh Mukhriz pula, sebenarnya sedang bercuti dan akan menandatangani kontrak selepas cuti mereka selesai.... TERUSKAN BACAAN DI BULETIN 247


No comments:

Post a Comment