Pages

Tuesday, November 1, 2016

HIPOKRASI TAHAP GABAN.... CAMPURTANGAN GEORGE SOROS DIHALALKAN BAHKAN DITAGIH SEBAB NAK JATUHKAN NAJIB DAN UMNO-BN!!!



George Soros...

Nama yang pertama kali diperkenalkan dan dijaja-jaja oleh Mahathir Mohamad, yang pada waktu itu merupakan Perdana Menteri Malaysia dan Malaysia bukan sahaja sedang berhadapan dengan kejatuhan nilai Ringgit yang sangat teruk sehingga hampir tiada nilai, pasaran saham merudum sehingga urusniaga digantung, Indeks merosot sangat teruk dan saham-saham blue-chip bertukar menjadi saham-saham tidak berkualiti berharga rendah. Malah perbankan mengalami unjuran negatif manakala syarikat-syarikat multinasional milik kroni dan anak Mahathir terpaksa disuntik dengan wang rakyat terutama daripada Petronas, KWSP, Tabung Haji dan sebagainya untuk terus hidup.

Bagi memastikan syarikat-syarikat kroni yang banyak beroperasi di luar negara, Mahathir memutuskan untuk mengikat nilai Ringgit dengan US Dollar pada nilai USD1.00 = RM3.80.

Ekonomi mikro terpaksa disempitkan dan disukarkan. Rakyat diarahkan untuk mengikat perut dengan kadar faedah yang sangat tinggi tanpa diberi sebarang pilihan atau bantuan untuk menstimulasikan ekonomi dan kecairan. Syarikat-syarikat IKS banyak gulung tikar dan hutang pun menimbun-nimbun sehingga beberapa berita pembunuhan diri kerana kecewa dengan pengurusan ekonomi dan kewangan negara turut bertukar menjadi berita-berita sensasi.

Semua itu berlaku antara tahun 1998 sehingga awal 1999.

Berbanding menyalahkan fundamental dalam negeri, Mahathir sebaliknya menyalahkan George Soros dan melabelkan George Soros sebagai PENYANGAK MATAWANG.

Namun selepas keadaan agak reda dan ramai yang sudah mulai lupa, Mahathir bertemu dengan George Soros, mereka bersalaman dengan erat, berbual dengan mesra dan merakamkan gambar sambil tersengih-sengih lebar.

Amaran George Soros ketika kemuncak pertelingkahannya dengan Mahathir, 'SEE YOU AT 5' yang merujuk kepada nilai Ringgit berbanding US Dollar, terus dilupakan, malah cuba dilabelkan oleh para pentaksub Mahathir sekarang sebagai SATU DONGENGAN.

Kini nama George Soros muncul lagi selepas beberapa tahun dahulu, pendedahan dibuat oleh pelbagai pihak dalam portal serta media sosial yang mengaitkan George Soros dengan usaha-usaha menghancurkan negara ini menerusi pembiayaan ke atas entiti-entiti politik, separuh politik yang menyamar sebagai NGO mahupun entiti yang memperjuangkan hak asasi, selain portal berita seperti Malaysiakini dan sebagainya.

Pendedahan terbaharu dibuat oleh DC Leaks yang turut mendedahkan tentang skandal kewangan Hillary Clinton dalam kempen presidensi Amerika Syarikat yang sedang berlangsung. Setakat ini, golongan yang cukup kuat menyalak tentang dana asing yang diderma ke akaun peribadi Najib, langsung tidak bersuara. Tiada langsung kritikan, kutukan, bahkan menyebutnya pun mereka tidak bernafsu.

Campurtangan asing melibatkan George Soros meneruskan Yayasan miliknya membabitkan BERSIH dan Malaysiakini, khususnya tidak dianggap sebagai sesuatu yang penting berbanding RM2.6 bilion yang melibatkan Najib Abdul Razak.

Memandangkan George Soros membiayai usaha-usaha menggulingkan Najib Abdul Razak sekaligus memberikan kelebihan kepada DAP yang mewakili golongan minoriti, maka lelaki yang pernah dilabelkan sebagai PENYANGAK MATAWANG itu dilihat sebagai penyelamat.


Dan di sebalik cakap-cakap kononnya BERSIH dan DAP mendesak agar pilihanraya di negara ini diadakan secara adil dan saksama selain penentangan ke atas derma politik yang diterima oleh Najib Abdul Razak, pembiayaan oleh George Soros pula diterima dan cuba disorokkan, bahkan cuba untuk tidak dihiraukan walaupun telah didedahkan oleh DC Leaks.

Hipokrasi seperti ini barangkali boleh diterima selagi mana ia dilihat boleh menumbangkan kerajaan.

Barangkali elok juga UMNO dan BN mendapatkan pembiayaan daripada George Soros atau individu sejenisnya untuk menumbangkan Azmin Ali dan PKR di Selangor serta Lim Guan Eng dan DAP di Pulau Pinang.


2 comments:

  1. DAPIGS KAPIR CILAKA YG ANTI ISLAM!

    ReplyDelete
  2. Tapi sekarang Najib dapat naungan Cina . Najib jual harga diri cam bapa dia bersalam dgn MAO TZE TONG atas desakan HENRY KISSINGER . Pepatah melayu berbunyi bapa borek anak rintih. Begitulah kalau Razak bunuh org 2 awam pada tahun 1969, anaknya juga membunuh ramai juga. Bapa dia tak nampak cam pencuri tapi bagaimana Mohd Noah Ada berjuta juta. Kira curi pakai proksi. Hanya Tunku sahajalah yg menjadi seorg budiman. Selepas Tunku Malaysia dah tak tentu arah. Sekarang hampir jatuh dlm gaung buaya2 cina. Kerana muslihat org2 Melayulah Negara Akan binasa kerana terlalu tamak.

    ReplyDelete