Sapa plak yg perkotak-katikkan jasa Tun M? Yang memperkotak-katik tu Ezam, dulu kata ada berkotak-kotak, la ni dah jadi ayam katik.
Kami tak lupa jasa Tun M bina KLCC yg mana sekarang berguna untuk rakyat marhain macam kami. Dapat melepak tengok air pancut pun dah besar tuah rasanya. Nak beli barang situ tak mampu. Najib plak buat UTC je dia mampu. Last-last UTC tu setakat jadi tempat orang kampung berurusan. Tak ada peniaga Cina jual barang branded kat situ. Dengan KR1M, Klinik 1M dan macam-macam lagi pembinaan yg tak dapat menandingi kepopularan KLCC Tun M. KLCC Tun sudah seumpama kiblat baru buat kami.
Kami tak lupa jasa Tun M buat highway PLUS yang memudahkan kami pegi ke mana-mana dengan kadar tol yg boleh dinaikkan 10% setiap tahun. Walaupun Tun bina highway guna dana kerajaan tetapi Tun tak lupakan kawan-kawan untuk diberi konsesi kutip tol. Terlalu besar jasa Tun. Kami janji kami akan bayar tol hingga tahun 2030 sepertimana Tun persetujui dalam perjanjian yg Tun dah OSAkan.
Kami tak lupa jasa Tun menerangi hidup kami dengan cahaya elektrik. Keperihatinan Tun menswastakan perkhidmatan IPP kepada kawan-kawan telah menyelamatkan satu negara dari bergelap. Kami berbangga dan kebanggan kami itu kami tunjukkan dengan kemampuan kami membayar bil elektrik yg tinggi setiap bulan.
Kami tak lupa jasa Tun bina kereta Proton. Selama 30 tahun ini Proton semakin maju walaupun masih mengharap bantuan kerajaan. Apalah sangat duit kerajaan dihabiskan pada Proton berbanding produk kebanggaan rakyat Malaysia. Kami sanggup beli mahal berbanding harga yg lebih murah dijual di luar negara dengan spesifikasi yg lebih dari tempatan.
Kami tak lupa jasa Tun dalam Mamimco, BBMB, Forex, MAS, PKFZ dan macam-macam lagi. Banyak lagi jasa-jasa Tun M yg tak mampu kami senaraikan kat sini. Apa saja jasa yg Tun dah buat, semuanya ada keuntungan besar untuk rakan-rakan Tun. Rakan-rakan Tun gembira, kami lebih-lebih lagi gembira.
Hanya maut sahaja yg dapat memisahkan kami dari memperingati jasa-jasa Tun M. Terima kasih Tun M, terima kasih juga rakan-rakan Tun M..
wahh ni betul mengagumi dan memperingati jasa2 tun dr mahathir, dulu rakyat tak nampak betapa besar jasanya pada negara, hanya kroni2 sahaja yang tahu semua ni, sekarang semua dah diketahui umum, sayangnya selepas 22 tahun bermadu kasih, sepah di buang juga akhirnya.
ReplyDeleteHai tak faham ayat perli ke?
Deletesedih tengok umno members sekarang, kita tidak mempertikai umno cuma pemimpin unmo yang kita pertikai, itu sahaja tapi yang sedih apakah member umno tak faham apa yang berlaku di negara atau buat2 tak faham.itu saja kami pertikai.
ReplyDeleteKami juga tak pernah lupa hutang 1mdb dan 2.6bilion
ReplyDeletePasti masih ada barua tun dlm kerjaan dan parti memerintah dan pebangkang..
ReplyDeleteMereka adalah virus
kalau nak carut, carutlah sewaktu dia masih hidup kalau dah mampus takda guna lg.. 1mdb takda isu itu adalah isu madey nak serang najib.. Tan seng giaw pun dah ckp tiada penyelewengan.. 2.6 bill derma dr org arab nak bantu najib setelah semua taikon2 cina keling peliharaan madey sekat bantuan kpd najib.. Dapigs terima dana berbillion2 dr yahudi knp tak bising..
ReplyDeleteTun berjasa tpi tak semestinya yg berjasa tak buat salah. Najib jg berjasa dan tak semestinya dia tak buat salah. Madey dn Najib sama2 ada buat salah. Tpi yg sama2 buat salah jgn pula menyalahkan satu sama lain. Nanti ramai akan tahu apa kesalahan yg telah dibuat.
ReplyDelete