Pages

Thursday, November 17, 2016

KECOH HARI INI APABILA JUMLAH STRAIGHT A UNTUK UPSR 2016 MEROSOT TERUK BERBANDING 2015!!!



Perubahan format pendidikan dan peperiksaan bagi UPSR tahun ini, menyaksikan zaman mudahnya pelajar-pelajar memperolehi A telah berlalu. Malahan mencungkil kelemahan yang sebelum ini diselindungi menerusi penggredan rendah semata-mata untuk menunjukkan betapa cemerlangnya keputusan peperiksaan dalam sistem pelajaran di negara ini.

Paling ketara ialah penurunan daripada 440,000 orang pelajar UPSR tahun ini, hanya 4,866 orang sahaja yang memperolehi A untuk semua matapelajaran, berbanding pada tahun 2015 dengan jumlah pelajar adalah 443,000 orang dengan jumlah yang memperolehi semua A untuk setiap matapelajaran adalah 38,344 orang.

Maka melalaklah ibu bapa yang menanam harapan tinggi agar anak-anak dapat straight A seperti tahun-tahun sebelumnya.

Penjelasan yang diberikan oleh Menteri Pelajaran, Mahdzir Khalid, calon-calon UPSR tahun ini adalah KOHORT pertama yang mengikuti Kurikulum Standard Sekolah (KSSR) dan melengkapi pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Pada masa yang sama, pembelajaran murid juga lebih menjurus kepada membudayakan unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), di mana mereka diasah berfikir secara kreatif.

Format instrumen atau kelulusan juga berbeza pada tahun ini apabila kelulusan bagi A contohnya, dinaikkan daripada 76 markah kepada 86 markah.

Satu pukulan keras kepada masyarakat pendidik khususnya guru-guru yang terlalu banyak bising menghentam kerajaan dan majikan mereka, selain ibu bapa yang selama ini memandang mudah dan seringkali berfikiran sama seperti pembangkang yang memperlekehkan mutu pendidikan negara yang kononnya tidak setaraf dengan sekolah-sekolah jenis kebangsaan khususnya aliran vernakular Cina.

Peningkatan mutu dan kualiti ini rupa-rupanya lebih menyakitkan mereka berbanding kata-kata dan tuduhan mereka sendiri.

Sekarang, sebahagian besar ibu bapa sibuk mempersalahkan kerajaan, mempersalahkan kementerian, malahan mempersalahkan guru-guru yang kata mereka tidak menjalankan tugas dengan baik.

Syabas kepada Kementerian Pelajaran yang kini menyedari bahawa penurunan gred bagi membolehkan ramai pelajar yang mencatatkan kelulusan cemerlang hanya untuk tujuan membangga-bangga diri, telah menamatkan tradisi tersebut, sebaliknya beralih kepada peningkatan mutu pendidikan.

Cuma diharapkan, Kementerian juga mengembalikan WAJIB LULUS Bahasa Melayu, Matematik, Bahasa Inggeris dan Sains bagi membolehkan pelajar menyambung pelajaran ke Tingkatan Empat, bagi PT3 selain memperbanyakkan juga sekolah-sekolah aliran vokasional dan teknikal yang boleh diisi dengan pelajar-pelajar kurang cemerlang akademik.

Melalak dan bangga dengan sekolah-sekolah vernakular?

Dah tengok keputusan UPSR sekolah-sekolah yang dibanggakan itu?

Kita tunggu puak-puak DAP melalak lepas ni!



17 comments:

  1. mmg bodoh pun kerajaan dengan kementrian..bangga sgt ke dengan penurunan yg drastik mcm tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awal2 lagi hanjing dah menyalak.. Kahkahkah

      Delete
    2. Ko yg banggang!!! X fikir lambakan A setiap tahun yg mudah diperolehi sbenarnya x berkualiti. Spm hingga ke ipta pun kena ada perubahan jugak. Intviewkn calon ada ijazah.. Ha3.. X kreatif, x da inisiatif..

      Delete
  2. Saya amat setuju dengan iltizam untuk melahirkan generasi masa depan yang mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi. Lihat saja pada komen-komen dan pandangan barisan menteri kabinet pada apa saja isu yang diketengahkan. Jelas sekali mereka tidak mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi. Syabas atas initiative untuk mengatasi masalah yang semakin kronik.

    Satu contoh lagi adalah kegagalan pemilik/penulis blog ini untuk membezakan antara sekolah vokasional dan sekolah teknik. Katanya sekolah aliran vokasional dan teknik harus diperbanyakkan untuk murid-murid yang kurang cemerlang tanpa mengetahui apakah kelayakan yang diperlukan untuk memohon memasuki sekolah teknik.

    Nampaknya penulis blog ini pun sudah terkena sindrom 'kurang keupayaan untuk berfikir aras tinggi'. Sindrom ini mudah berjangkit.

    -zahimi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro zahimi ..owner blog ni memang bangang dan bahlol. Dia ni kita harap dibayarlah untuk jadi bangang. Zaman najib ni jadi bodoh is already a business. Tahap UPSR ni takyah nak latih sangat pasal yg penting sekali ialah asas. Dulu takde pun macam ni. Semua pun jadi manusia yg ok. Mungkin tak termasuk jamal pondan yunuslah. Memang ada case yg write off. Blog ni cakap mcm pandai tapi hati kecik. Nak lawan hujah pun pakai anon. Komen yg memuji dia post. Yg betul dan yg bongkar kebodohan dia ..dia buang. Setaraf bodoh macam mahadzir khir. Dulu lingkupkan kedah. Sekarang nak lingkupkan pendidikan

      Delete
    2. Anon 11.19..ni spesis hanjing mane yang menyalak ni..? Oww.. Hanjing bershit rupanye..

      Delete
    3. 6.42 ..hanjing kepala bapak kau

      Delete
  3. Sekolah vokesional sudah mula membina siasah pelajar dengan sistem ini... ternyata sekolah vokesional yg sllu dipandang rendah oleh kebanyakkan ibubapa sudah kehadapan dalam mendepani pelajar kreative berdaya tinggi....syabas vokesional... ternyata berkesan .. tahniah BN sakit itu pahit dan pahit itu ubat yg berkesan untuk penyembuhan...

    ReplyDelete
  4. Hanya 1% pelajar mendapat cemerlang . lebih dari 10% tidak mendapat kelayakan minimum (E/D). 10% tidak dapat menguasai pelajaran .
    Kurikulum apa yang sistem pendidikan Malaysia guna ??
    Apa jadi pada 10% ni ?? Adakah mereka akan diberi SummerCamp ?? Atau mereka tetap teruskan sekolah menengah dalam keadaan TIDAK DAPAT MENGUASAI PELAJARAN ??
    TFK ....mereka ni majoriti Melayu . Tak timbul soal politik atau pembangkang .
    Ini adalah hasil dari penggubal kurikulum yang bodoh sombong dan tidak praktikal .
    Mereka ni terdiri dari pegawai KPM dan cendikiawan Universiti yg rasa mereka jauh lebih hebat dari guru sekolah. Padahal anak mereka pun cikgu yg ajar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menyalak...jangan tak menyalak...
      Kahkahkahkah

      Delete
  5. Idea siapa tu?
    Muhyidin yasin kan....

    Bukan ke kau jgk yg melalak pasal muhyidin..

    ReplyDelete
  6. bagusla mcm ni....kalu tak bangga dgn result UPSR yg x kemana... sampai SPM hancur....sekurang2nya ada kesedaran utk perbaiki diri agar yg lebih mencabar bila dewasa kelak lebih bersedia...

    ReplyDelete
  7. selagi jibby dan croox meneraju malaysia..semua tak kemana...semuanya di politikkan dan dirogol habis habisan. semak semua paper pun drp 10 engget jadi 50 engget. kepala hotak kementerian berjambul... apa subsidi semak paper dah dimansuhkan ka?..ayuh kita palam jibby and the croox.. buat penulis..syabas... anda telah menjalankan amanah anda dgn baik... teruskan dgn penulisan yg berkualiti.. standard format tu dah betui dah..kang kalau lari format tak berbayar..miss sorru... salam hotmat TFK. wassalam

    ReplyDelete
  8. Ini info dr Pn Siti Mazlin
    Timb Pengarah MBKM

    Makluman utk saudara saudari

    Tahun 2010 cadangan perubahan format UPSR dicadangkan.
    Perbincangan dgn semua pihak termasuk kesatuan guru, PIBG, NGO diadakan dgn KPM

    Tahun 2011 dimulakan pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) kepada murid Tahun 1.

    Tahun 2016 peperiksaan UPSR (kohort pertama PBS) dilaksanakan menggunakan format baharu sejajar.dgn KSSR dan kbat

    Menteri baharu tidak mengubah apa apa dasar hanya meneruskan apa yg telah diputuskan yg terdahulu.

    Murid dari Tahun Satu (2011 hingga 2016) mempelajari dlm PdP kemahiran berbahasa.

    Kesimpulannya murid yg ambil UPSR 2016 telah didedahkan dgn semua kemahiran, pengetahuan dan nilai yg dipelajari sejak 2011, ditaksir menggunakan format baharu.

    terima kasih
    -----------------------

    Jumlah MRSM dan Sekolah Berasrama Penuh dan SMKA di Malaysia..

    MRSM = 51
    SBP = 69
    SMKA = 55
    Jumlah = 175 buah sekolah

    Katakan jika setiap sekolah purata pengambilan murid straight A adalah seramai 120 org setiap sekolah..
    Maka sekolah2 ni memerlukan lebih kurang 21000 murid untuk mengisi sekolah berkenaan.. akan tetapi oleh kerana calon straight A di Malaysia cuma 4896 sahaja..
    bermakna terdapat lagi 16104 kekosongan yang perlu diisi...

    Jadi..janganlah risau tk dpt straight A pun..😁

    -----------------------

    A - 90-100
    B - 75-89
    C - 60-74
    D - 40-59
    E - 0-39

    *Gred upsr 2016*

    _Pn Siti Mazlin yg mohon sebarkan dn beri pencerahan kpd ibu bapa yg keliru_

    ReplyDelete

  9. Jangan samakan budak darjah 6 dengan tingkatan 6...

    ReplyDelete
  10. Tanya Deen Yassin @ Nike

    ReplyDelete
  11. Tahniah kepada Lembaga Peperiksaan kerana membuka pekung di dada Kementerian Pendidikan.

    Saya cadangkan, selepas tiga tahun usaha murni ini dijalankan, sekiranya keputusan penarafan antarabangsa PISA tidak boleh mengatasi negara dunia ketiga Vietnam yang amat tinggi kualiti pendidikannya, kesemua perancang-perancang dan pemikir-pemikir di Lembaga Peperiksaan dan Kementerian Pendidikan Malaysia agar letak jawatan, dan biar orang baru ambil alih agar dapat memberikan aspirasi baru dan nafas baru kepada Sistem Pendidikan Negara.

    We have enough of bullshit of ever-shifting half-baked ideas since the year of Tan Sri Muhyiddin, but these ideas are never backed-up by the result.

    Que sera sera. Semoga anak-anak tuan-tuan dan puan-puan cemerlang dunia dan akhirat/

    ReplyDelete