Kalau dahulunya, merekalah yang paling lantang mendabik diri kononnya mereka sangat UMNO dan tidak mahu mana-mana pihak yang bukan UMNO membantu UMNO, tetapi sekarang merekalah yang beria-ia menghentam UMNO walaupun sebahagian daripada mereka masih lagi ahli UMNO.
Kalau dahulunya, merekalah yang paling kuat menghentam DAP dan apa-apa sahaja yang berkaitan dengan DAP, termasuklah terhadap Kartunis Zunar, sekarang, merekalah juga yang begitu kuat membela dan mengatakan kartun tidak akan memberikan sebarang impak kerana ia hanyalah lelucon semata-mata.
Apa yang tidak dibuat oleh Mahathir dan para pengikut serta pentaksubnya demi menjaga dan mengambil hati Lim Kit Siang dan keseluruhan gerombolan DAP?
Hampir kesemua yang ditentangnya dahulu, kini dibuat oleh Mahathir. Begitu jugalah dengan para pentaksubnya.
Penentangan ke atas RUU355 amat memalukan memandangkan hampir kesemua mereka faham bahawa rang undang-undang tersebut hanya melibatkan masyarakat Islam di negara ini. Hujah DAP bahawa Malaysia tidak memerlukan dua sistem undang-undang, kini telah mereka hadam sepenuhnya hanya semata-mata kerana mahu mengambil hati Lim Guan Eng dan DAP.
Menariknya, ketika hampir semua perhatian tertumpu kepada penindasan dan kekejaman yang berlaku di Myanmar melibatkan masyarakat etnik Rohingya, RUU Penternakan Babi 2016 Pulau Pinang telah diluluskan 'sebulat suara' di Pulau Pinang.
Ternyata, DAP tidak tertarik langsung dengan apa-apa sahaja usaha yang dilakukan oleh Mahathir. Mahathir yang ketika di dalam UMNO dan Kerajaan begitu disanjung tinggi, malahan ada yang melihat Mahathir sebagai penyelamat bangsa Melayu terhebat dan pelindung negara paling absah yang pernah dilahirkan dalam sejarah Malaysia moden, hari ini menjadi MACAI PALING HINA buat DAP.
Mahathir bukan sahaja menjadi kutu jalanan demi menyelamatkan 'anak-anak DAP' seperti Maria Chin, bahkan turut mempertahankan cubaan menjajah oleh George Soros yang tidak sahaja meminta 'Malay Ruling' dhapuskan, tetapi juga memastikan Melayu secara keseluruhannya menjadi hamba abadi DAP.
Secara mudahnya, DAP menggunakan Melayu untuk menunjukkan betapa hebat dan berkuasanya mereka.
Mahathir tidak dipelawa untuk hadir dalam Konferens Kebangsaan DAP. Alasan yang diberikan adalah Mahathir dan Cap Bunga belum lagi menyertai Pakatan Harapan.
Agak aneh alasan yang diberikan oleh DAP, memandangkan sebelum ini, PAS yang tidak menyertai Pakatan Harapan, telah dipelawa berkali-kali oleh DAP untuk hadir tanpa sedikit pun rasa malu.
Selepas apa yang dilakukan oleh Mahathir dan Cap Bunga, nampaknya DAP tetap enggan mengambil risiko. Para pemimpin DAP enggan dimarahi atau menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan akar umbi DAP yang masih tidak dapat melupakan perbuatan Mahathir.
Dan kini, Mahathir dan Cap Bunga mempunyai SATU LAGI PELUANG BESAR untuk mengambil hati DAP apabila anak didik dan upahan terkenal DAP, Kartunis Zunar sedang ditahan oleh polis, malah besar kemungkinan tuduhan ke atasnya nanti tidak sahaja membabitkan Akta Hasutan tetapi juga SOSMA.
Lks jauh lebih popular dalam Dap tapi TM lebih popular dalam beersih. Mana mungkin Supremo akan ambil risiko menjemput individu yang bakal jadi pesaing populariti terunggul dalam Dap. Usaha selama puluhan tahun tidak boleh di risikokan dalam apa jua situasi.
ReplyDeleteHaru biru politikus di tanah air ini demi secebis kuasa dan kekayaan di dunia. Tiada lgi nilai kejujuran jauh sekali nilai ketuhanan.
ReplyDeleteMelayu2 babi peliharaan dapigs laknatullah termasuk duadua beranak gila babi.
ReplyDeleteSi tua kutuk haramjadah sanggup buat apa sj demi si boboi.
Si kartunis babi dan adun babi hidup dgn memakan hasil upahan duit babi dapigslaknatullah.
Murahnya maruah manusia2 babi ini.