Ini kerana Khalid menjangkakan adalah mustahil untuk kerajaan Pusat meluluskan sejumlah pinjaman yang besar untuk membuat pembayaran berkenaan.
"Kalau pembelian bernilai RM2.7 bilion ini berlaku maka kerajaan negeri terpaksa menambahkan peruntukan sebanyak RM2 bilion, siapa yang akan beri wang dan dari mana datangnya wang tersebut untuk membuat pembayaran. Kerajaan Negeri tidak boleh meminjam melainkan kelulusan Kementerian Kewangan.
"Saya tidak tahu samada Menteri Kewangan akan luluskan. Tapi kalaulah dia mengambil jalan untuk membayar RM2 bilion ini melalui Rizab negeri, sekarang ada di tahap RM3.3 bilion maka akan tinggal RM1.3 bilion.
"Wang yang kita kumpul begitu lama sekarang sudah dibayar kepada SPLASH dan rakyat Selangor akan persoalkan perkara ini," katanya ketika mengadakan sidang media di kediaman beliau hari ini.
Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali hari ini di DUN Selangor sekali lagi bertegas bahawa Khalid yang memulakan tawaran RM2.9 bilion kepada SPLASH untuk mengambil alih aset syarikat konsesi air itu.
Azmin juga menyifatkan Khalid sebagai berbohong kepada rakyat apabila terus berkata bahawa beliau hanya menawarkan jumlah pampasan pada SPLASH hanya RM250 juta ketika menjadi menteri besar.
Khalid sudah menghubungi pejabat DUN Selangor untuk menetapkan tarikh bagi menjawab tuduhan yang dilemparkan Azmin terhadapnya. Bagaimanapun, permohonannya ditolak Speaker DUN, Hannah Yeoh.
Menurut ADUN Pelabuhan Klang itu lagi, beliau bersedia untuk berdepan dengan rakyat bagi menjelaskan sekaligus menafikan tuduhan Azmin terhadapnya.
"Saya bersedia berhadapan dengan rakyat Selangor untuk menerangkan saya tidak setuju dengan harga tambahan ekoran tawaran lebih RM2 bilion ini dan dibayar kepada SPLASH demi penyusunan semula industri air.
"Tidak betul (dakwaan Menteri Besar), saya tidak pernah menyatakan bahawa saya akan membeli ekuiti SPLASH dengan harga RM2.7 bilion. Saya hanya menyatakan mengikut kiraan setelah kita buat kajian harga yang kita tawarkan selepas menolak RM700 juta dividen yang dikeluarkan oleh syarikat tersebut.
"Tawaran kita untuk ekuiti ialah RM250 juta, tetapi kita juga membayar semua hutang-hutang dalam syarikat SPLASH itu berjumlah RM1.5 bilion," katanya lagi.
Sebelum ini Khalid menawarkan nilai pengambilalihan SPLASH hanya RM250 juta selepas mengambil kira liabiliti yang ditanggung syarikat itu, namun ditolak syarikat konsesi itu dengan menegaskan nilai syarikatnya berjumlah RM2.5 bilion setakat 31 Disember 2013 dan jika dikira tempoh konsesi 16 tahun yang perlu dilupus, syarikat itu bernilai RM3.9 bilion.
Sebaik sahaja Azmin dilantik menggantikan Khalid, ADUN Bukit Antarabangsa itu dikatakan hampir bersetuju untuk membayar jumlah pampasan yang dituntut SPLASH iaitu RM2.7 bilion, peningkatan sebanyak RM2.45 bilion daripada tawaran asal.
Khalid menyifatkan sebagai satu pembaziran wang rakyat jika kerajaan negeri pimpinan Azmin akur dengan jumlah yang dituntut SPLASH itu.
Untuk rekod, kerajaan Persekutuan memohon kerajaan negeri Selangor menangguh rundingan pengambil alihan aset SPLASH selama enam bulan lagi bagi pihaknya melantik badan penilai bebas antarabangsa ke arah memuktamadkan proses berkenaan.
Siapa yg jahanamkan syabas?
ReplyDeleteSiapa yg jahanamkan air kat selangor?
Khalid Ibrahim jenis baling batu sembunyi tangan.
taik kau ni bersepah.
Masa zaman kau sensara habis org selangor kau kerjakan. Sehari ada air 3 hari tak ada air kat shah alam.
umno dan bn jgn menangguk di air keruh ye.. dulu kaulrg yg bantai khalid pasal air..
sekarang kau nak sebelahkan khalid? Tak matang su gguh berpolitik..
kelada azmin..teruskan dedah apa khalid ibrahim buat..
kelada umno dan bn terutama noh omar..duduk diam diam..kita tengok siapa yg kena..
kalau rakan sendiri yang telah di fired boleh dituding itu dan ini, tidak hairan kalau pihak lawan dijadikan bahan tudingan apabila masalah semasa tidak dapat diselesaikan oleh PH. sistem memudahkan pelaku mengelak kebertanggungjawaban.
ReplyDeleteKhalid ke Azmin ke..dah namanya pembangkang memang tak boleh dipercayai langsung.. Bila pulak Umno menangguk di air keruh...time Bn perintah Selangor .. Banjir dan Krisis air boleh bilang ngan jarilah dalam tempoh 5 tahun...ni sekarang area Taman maju Jaya dan Cheras Indah tak ada air...sampai bila tahu.. Bila buka wbsite kata tiada gangguan habis kita orang ni sapa..duduk mana hutan..biol punya syabas macm tuan dia jugak si azmin..MB kaki songlap dan kaki kebas...DEIG belum selesai.. Cetita pulak pasal wetland..ni terkini splash...ossh songlpa cepat MB nanti takut tak sempat sbb.Pembangkang akan kalah teruk..
ReplyDeleteSbb kami rakyat Selangor sentiasa berdoa agar Allah..jatuhkan pemimpin yang tak amanah....tunggulah