Selepas mengecam semua parti politik di Malaysia sebagai 'lapar kuasa' dan 'hanya mementingkan tembolok sendiri', selain menekankan kononnya PERKASA hanya bermusuh dengan DAP, malah berasa hairan kerana ramai orang Melayu dewasa ini yang menyokong DAP, (RUJUK SINI) akhirnya Ibrahim Ali menyatakan, PERKASA akan meletakkan calonnya sendiri pada PRU akan datang.
Bagaimanapun, calon-calon PERKASA yang akan bertanding atas tiket BEBAS, hanya akan diletakkan di kerusi-kerusi bermajoriti Melayu. Dan untuk menyedapkan hati, Ibrahim Ali menyatakan calon-calon PERKASA akan bertanding di kawasan PAS dan Pakatan. (RUJUK SINI)
Sebenarnya, sudah lama PERKASA diminta agar meletakkan calon-calonnya dalam PRU selepas berulang-ulang kali nama Melayu digunakan tetapi PERKASA dan Ibrahim Ali sendiri menunjukkan kecenderungan kepada Tun Dr. Mahathir.
Kata Ibrahim Ali, 'campurtangan' PERKASA di kerusi-kerusi bermajoriti Melayu yang ditandingi oleh PAS dan Pakatan tidak akan memecahbelahkan Melayu.
Agak aneh jugalah, kata nak lawan DAP tetapi bila tang Pilihanraya, nak lawan di kawasan bermajoriti Melayu.
PERKASA yang seringkali digambarkan sebagai sebuah NGO Melayu-Bumiputera yang hebat, sepatutnya bertanding di kawasan-kawasan bermajoritikan Cina bagi membenarkan kenyataan mereka adalah NGO Melayu-Bumiputera yang mahu mempertahankan hak-hak Melayu-Bumiputera yang terdapat dalam Perlembagaan Malaysia.
sudahlah, perkasa pun kne main oleh TUN.. habis dah tinggal sejarah je..
ReplyDeletePerkasa bubar jerlah...ganti kumpulan baju merah..tu baru ngo utk pertahankan bangsa Melayu..si brahim ni...asih berangan nak jadi YB
ReplyDeleteJangan layan org macam ni...juara lompat parti.
ReplyDeleteTak usah layan lah orang macam Ibrahim Ali ni.Cukup2 lah Abang Ibrahim.Berehatlah.Pening kewe tengok awok.
ReplyDelete