Pages

Saturday, November 5, 2016

PELAKSANAAN PERKHIDMATAN PESAKIT BAYAR PENUH ATAU FULL PAYING PATIENT MEMUNCULKAN MITOS, SUBSIDI PERUBATAN TELAH DIMANSUHKAN KERAJAAN!!!




(Amaran: Ini post panjang kerana jantung sedang berdegup kencang & jari2 bergerak sendiri menaip keypad dengan flight of ideas)
Bergegar seluruh kumpulan whatsapp saya & rakan2 dalam Medical Mythbusters Malaysia (M3) & MedTweetMy (MTM) apabila pekeliling mengenai Pelaksanaan Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh (PPBP)/ Full Paying Patient (FPP) ini tersebar di media sosial semalam.

Penyebaran ini dibuat oleh pihak tidak bertanggungjawab & ingin menimbulkan kegusaran di kalangan rakyat, apatah lagi Bajet 2017 bakal dibentangkan hari ini (Jumaat-21/10/2017) oleh Perdana Menteri.

Kesilapan di sini adalah terma Full Paying Patient atau Pesakit Bayar Penuh itu sendiri. Adakah ia bermakna SEMUA pesakit yang datang ke hospital kerajaan selepas ini perlu membayar sepenuhnya kos rawatan??? Tiada lagi bayaran RM1 yang begitu didambakan rakyat selama ini? TIDAK!!

Full-Paying-Patient (FPP) adalah satu "noun" merujuk kepada pesakit2 yang memilih perkhidmatan ini. Pesakit2 FPP akan membayar bayaran rawatan/pembedahan seperti sektor swasta di hospital awam. Pesakit2 lain iaitu Pesakit RM1 masih kekal seperti biasa, RAWATAN BUAT ANDA TIDAK BERUBAH!

FPP ini bukan perkara baharu. Ia telah ada sejak tahun 2007 lagi & bukannya baru nak dibuat. Rawatan RM1 tidak pernah terhapus pun sejak FPP diperkenalkan. Anda masih dapat rawatan RM1 sekarang bukan? Kelebihan FPP telah disenaraikan oleh sahabat saya Dr. Abdul Rahman Kadir dalam post beliau semalam.

Rakyat tidak tahu hakikat yang sebenarnya. Hakikat sebenarnya ialah ini adalah antara langkah bijak kementerian & kerajaan bagi memastikan kecukupan pakar di hospital2 awam. Rakyat juga yang selalu komplen rawatan lambat & doktor tidak cukup di hospital awam bukan? Antara penyebab utama, selain daripada pesakit yang melimpah ruah akibat bayaran yang ridiculously cheap (RM1) adalah kerana ketidakcukupan doktor & doktor pakar kerana ramai doktor & pakar berhijrah ke sektor swasta.

Now, jangan salahkan doktor kononnya tidak patriotik & mementingkan diri sendiri. Kerana jika anda di tempat kami, kami juga pasti anda melakukan perkara yang sama, iaitu keluar ke sektor swasta apabila mendapat tawaran. Anda tahu kenapa? Saya akan bagitahu perkara yang tidak ramai doktor akan suarakan kepada orang awam. Mari saya senaraikan antara sebabnya:

1. Beban kerja di hospital awam adalah tinggi. Selain tugas merawat anda, doktor2 pakar (Gred UD52/54/JUSA C/B/A) ini terpaksa melakukan tugas2 Pentadbiran juga termasuk mesyuarat, tugas meningkatkan kualiti & melakukan kajian/research/audit bagi menambahbaik perkhidmatan kepada anda & mengharumkan nama hospital, kementerian & negara. Ini belum lagi saya sebut mengenai mengetuai pelbagai jawatankuasa & tugasan menjaga Houseman di hospital awam.

2. Ini belum sebut beban komplen yang dibuat oleh rakyat yang tidak bersyukur. Suka sangat komplen. Hampir setiap minggu saya & rakan2 pakar menerima pelbagai surat komplen dari anda. Anda tahu bagaimana rasanya bila dapat komplen? Komplen secara rasmi, telefon hatta sepatah ayat di media sosial pun tetap kami kena jawab. Apatah lagi bila komplen ini kebanyakkannya TIDAK BERASAS? Malah ada yang DIBUAT-BUAT. Walaupun tidak berasas kami tetap kena jawab. Nak jawab kena mesyuarat, di panggil pihak atasan, mendapat amaran, kena tulis surat dan sebagainya. Jadi, STOP COMPLAINING, ANDA BUAT KAMI STRESSS TAU!

3. Pesakit terlalu ramai setiap hari akibat masalah kesihatan & gaya hidup tidak sihat hari ini. Bayaran semurah RM1 menyebakan ramai yang mengambil mudah & memandang rendah doktor2 di hospital awam. Sedangkan harga rawatan sebenar adalah mahal & murahnya itu adalah akibat tanggungan subsidi oleh kerajaan kita (lebih 95 peratus). (Jangan cakap pasal cukai pendapatan yang anda bayar, kerana kami juga bayar cukai & mungkin kami bayar cukai lebih tinggi dari anda).

4. Ramai doktor & pakar hospital awam berhijrah ke sektor swasta kerana tawaran pendapatan yang lebih lumayan (3-5 kali ganda). Gaji pokok Pakar di sektor awam adalah lebihkurang antara RM8-10 ribu & kami boleh dapat RM30 ribu sebulan di sektor swasta. Anda tidak mahu RM30 ribu dengan beban kerja merawat yang sama tetapi kurang beban kerja Pentadbiran & komplen2 daripada pesakit RM1 yang tidak bersyukur?? Jika anda waras & ada pilihan ini, anda sendiri pun akan menyertai hospital swasta.

FPP ini mengizinkan kami, pakar di hospital awam mendapatkan sedikit pendapat extra seperti rakan2 di sektor swasta. Kami juga ada keluarga, isteri/suami & anak2 seperti pesakit RM1 yang kami perlu tanggung. Kami juga manusia.

Rumusan & Kesimpulan saya mengenai FPP:
****************************************

1. Kos hospital awam adalah TIDAK BERUBAH & seperti biasa iaitu RM1 (ridiculously & insanely cheap)

2. STOP COMPLAINING. Setiap komplen tidak berasas akan mempercepatkan doktor2 keluar ke sektor swasta

3. FPP membenarkan anda memilih doktor pakar yang akan merawat anda

4. Masa rawatan pesakit lain TIDAK TERGANGGU kerana doktor pakar akan menggunakan masa di luar waktu bekerja biasa (lepas pukul 5ptg) bagi melakukan pembedahan/rawatan ke atas pesakit FPP)

5. Pesakit FPP mempunyai senarai pembedahan berbeza & tidak mengganggu rawatan pesakit RM1

6. FPP ini membenarkan doktor pakar kerajaan mendapat extra income & menggalakkan mereka untuk terus bekerja di sektor awam

7. Lebih ramai doktor & pakar di hospital awam bermakna rawatan bagi pesakit RM1 lebih cepat & lebih baik

8. FPP memberi peluang kepada anda yang berkemampuan di bandar2 kecil yang tiada hospital swasta bagi mendapatkan perkhidmatan hospital swasta di hospital awam yang berdekatan dengan tempat tinggal anda. Contohnya pesakit2 di Temerloh, anda boleh ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) apabila perkhidmatan ini ditawarkan kelak (InsyaAllah mulai 2017) & tidak perlu lagi ke Kuala Lumpur atau Kuantan.

9. FPP adalah antara langkah terbaik pihak kerajaan & kementerian bagi memastikan kecukupan pakar di hospital awam.

PS Post ini tiada kaitan dengan dasar2 atau polisi Kementerian Kesihatan Malaysia atau kerajaan Malaysia. Boleh baca kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia untuk kenyataan rasmi KKM.

#DrMahyuddin
Pakar Ortopedik Hospital Awam
#MedicalMythbustersMalaysia
#MedTweetMY


2 comments:

  1. Dalam keadaan sekarang bagi rakyat semuanya mungkin. Penafian oleh kerajaan seakan- akan tiada nilainya lagi selepas beberapa insiden penafian oleh PM yg kemudian diakui oleh beliau selepas didedahkan bukti. Ini termasuklah kes wang masuk keakaun peribadi. ..siakap senohong gelama ikan duri..

    ReplyDelete
  2. Kerajaan tak ada duit. Bidang perubatan adalah tempat menabur bakti bukan buat duit. Jangan merosakkan minda doktor2 kita dihospital kerajaan.

    ReplyDelete