Sudah beberapa kali pemimpin-pemimpin UMNO mengambil tindakan undang-undang ke atas Malaysiakini dan mereka berjaya. Tetapi Malaysiakini berjaya melepaskan diri dengan PERMOHONAN MAAF, AKUJANJI TIDAK AKAN MENGULANGI PERBUATAN SERUPA dan sebagainya. Daripada fitnah yang perlu dibayar pampasan ratusan juta ringgit, akhirnya Malaysiakini 'dibebaskan' begitu sahaja. Dan Malaysiakini pun kembali mengulangi perbuatan mereka, walaupun mungkin pada pemimpin yang sama tetapi taktik serupa untuk pemimpin UMNO-BN yang lain.
Nampak gayanya Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Abdul Rahman Dahlan juga sedang mengulangi perkara yang sama untuk Malaysiakini apabila proses mediasi antaranya dengan Malaysiakini dan wartawan Geraldine Tong ditetapkan pada 28 November nanti.
Pada 13 Januari 2016, Rahman yang ketika itu adalah menteri kesejahteraan bandar, perumahan dan kerajaan tempatan memfailkan saman fitnah terhadap Malaysiakini berhubung artikel dan video yang diterbitkan di laman portal itu.
Rahman yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno dan ahli Parlimen Kota Belud mendakwa artikel serta video yang diterbitkan tanpa kebenarannya itu tidak mencerminkan intipati asal sebaliknya ia disunting seolah-olah plaintif mengarahkan masyarakat di bandar pulang ke kampung.
Dalam pernyataan tuntutannya, dia mendakwa pada 6 November 2015, defendan secara semborono dan dengan niat jahat menerbitkan atau menyebabkan kenyataan fitnah dan palsu yang merujuk kepadanya, di laman web www.malaysiakini.com yang bertajuk “Minister’s ‘go back to kampung’ notion draws contempt”.
Abdul Rahman mendakwa kenyataan fitnah itu antara lain membawa maksud dirinya tidak mempedulikan kesusahan yang dialami masyarakat berikutan kenaikan kos sara hidup, tidak menggalakkan masyarakat untuk mencari pendapatan di bandar dan tidak sensitif terhadap isu semasa yang memberi kesan kepada masyarakat awam.
Plaintif menuntut ganti rugi am, teruk, teladan, kos, faedah serta relif yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Perlu tindakan lebih tegas trhadap penyebar fitnah.
ReplyDeleteRahman tak sepatutnya memaafkan begitu sahaja wartawan ini. Malaysia kini memang terkenal dengan spinnya. Rakyat juga akan melihat kelemahan di pihak Rahman jika dilepaskan hanya dengan ucapan maaf. Ini juga tidak akan memberi kesan pada wartawan tersebut.
ReplyDeletePengajaran..maaf hanya diterima dengan keinsafan tidak mengulangi kesalahan yg sama..tapi.malaysiakini??????
ReplyDeleteinilah masalah pemimpin umno...kote tak cukup keras...macam mana nak bela rakyat
ReplyDelete