Tindakan terbaharu yang dilakukan oleh Jamal Mohd Yunos menimbulkan pelbagai polemik dan persepsi. Namun ia lebih menarik apabila Ketua Polis Selangor turut mengeluarkan komen dan mengingatkan Jamal Mohd Yunos, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu telah melakukan kesalahan kerana melakukan serbuan ke atas premis yang disyaki menjalankan operasi judi haram tanpa sedikit pun menyentuh tentang Kanun Prosedur Jenayah (CPC) 27-1 yang membolehkan orang awam melakukan penangkapan.
Namun gerakannya menyerbu pusat-pusat judi di Sekinchan dan Ampang, membuatkan penulis memujinya. Malah penulis juga sebenarnya kagum dengan keberaniannya walaupun pada masa yang sama, Jamal sebenarnya bukan sahaja melanggar undang-undang kerana menyerbu kawasan persendirian tanpa waran dan lesen sebagaimana kenyataan Ketua Polis Selangor, tetapi juga kerana keberaniannya berhadapan dengan kongsi-kongsi gelap dan kumpulan-kumpulan samseng yang diketahui mengendalikan dan mengoperasikan pusat-pusat judi tersebut.
Sekaligus pada masa yang sama menunjukkan bagaimana pihak berkuasa Selangor, bahkan di negeri-negeri lain hanya menutup mata apabila dia melakukan penyerbuan sendirian, dan mengesahkan bahawa kewujudan pusat-pusat judi haram, sememangnya adalah satu hakikat tetapi kurang diberikan perhatian di sebalik pelbagai kenyataan-kenyataan retorik yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dan Kerajaan Negeri.
Walaupun sukar untuk menuduh pihak berkuasa tidak menjalankan tugas atau memejamkan mata dengan kewujudan pusat-pusat judi serta maksiat tersebut, namun apa yang dilakukan oleh Jamal Mohd Yunos sedikit sebanyak telah mendedahkan kepincangan di dalam pihak berkuasa itu sendiri.
Sepatutnya apa yang dilakukan oleh Jamal itu, sedikit sebanyak memudahkan pihak berkuasa khususnya PBT yang mengeluarkan permit untuk bertindak.
Jamal bertindak membahayakan diri dan keluarganya sendiri di sebuah negeri yang sepatutnya menjadi Utophia. Pakatan yang mengandungi DAP-PKR-PAS telah menjanjikan kepada para pengundi untuk menghapuskan segala kilang arak, judi dan yang berkaitan dengan maksiat dalam kempen pilihanraya mereka. Namun setelah dua penggal memegang kuasa, pusat-pusat yang berkaitan maksiat itu tidak berkurangan, bahkan bertambah berkali-kali ganda di seluruh negeri.
Adakah sebenarnya ini yang diidamkan oleh para penyokong Pakatan sebenarnya bagi memenuhi impian mereka melihat Selangor sebagai sebuah negeri Utophia?
Kacau tempat polis cari makan susah lah
ReplyDeletePKR/DAP/PAS DI SELANGOR ADALAH SEBUAH KERAJAAN MUNAFIKUN....DLM KATA-KATA/TINDAKAN. SETAHU KAMI, SEJAK PAS MENANG DI DUN LEMBAH JAYA, AMPANG, MEREKA HANYA BERJAYA ARAH KEDAI SPORTS TOTO DI TUTUP.YANG LAIN DIA ORANG TUTUP MATA JER. KEDAI RUNCIT KK (Water Front Ampang) TERANG2 JUAL ARAK sedangkan majoriti penduduk adalah Muslim.
ReplyDeleteBN lagi munafik.. tempat2 maksiat ini telah ujut semasa BN kuasi negeri2 ini.
DeletePolis tak buat kerja ke? Dan kat si Jamal dulu kesan tempat judi tu. Pelik jgk rasanya...
ReplyDelete..jamal, leluncon yg bertukar mimpi ngeri. semuga jamal skinchan diberikan kekuatan dan terus mara dan juga aku beharap agar ada sejuta lagi jamal akan lahir di dlm umno.
ReplyDeleteyezza...innsyaAllah.
Deletelah ni sudah ramai lelaki melayu loosers...sanggup tikam bangsa sendiri...
Siapa tu Jamal Yunos????
ReplyDeleteMaksiat itu bermula dari zaman UMNO, sekarang berpura pura jadi pak lebai. Bab itu ada pepatah 'alim alim kucing' sesuai buat org2 Melayu cam Jamal.
ReplyDeletetak salahkan kalau melakukan 'lawatan"..bukan untuk menahan sesiapa pun..walaupun risiko ditanggung sendiri..yang datang berjudi disitu pun datang melawat dan berjudi..ini lagi tak salah ke...di indon pun ustaz datang melawat pusat pelacuran demi untuk menyedarkan mereka..sekurangnya ini mebuka mata rejim mb selangor akan kezaliman mereka terhadap rakyat yang tak menyokong mereka..
ReplyDeleteJamal Yunos pejuang Bangsa Melayu! Respect!!!
ReplyDeletesebenarnya kita tidak perlu kuasa politik untuk menghapuskan maksiat, Dato jamal tlh tunjukan jln.. ayuh bersama-sama dt. jamal,tinggalkan perjuangan yg lebih menjurus kpd kuasa yg pada hakikat sebenarnya hanyalah retorika yg memualkan.
ReplyDeleteHang ni pun satu la jamal, yg p kacau tempat polis dok paw budak budak melayu yg dok main judi tu pasai pa? Pening la kepala ketua polis selangor, malu tahap gaban kot, ada pistol, meriam, kereta kebai, fru, utk dan macam2 lagi tempat judi kat bawah tanggungjawab dia takleh setle, alih alih jamal ngan ketayap putih ja dah dpt hidu semua tempat, aduhai polis selangor....malu beb. Mana nak letak lubamg hidung mu
ReplyDeleteEloklah tu. Sekurangnya takut org umno yg selama ni kaki mesin masuk kedai judi. Semua org tau majority yg pegi pun org umno. Syabas jamal. Aku yakin banyak kengkawan jamal yg kaki mesin marah kat dia ni.
ReplyDeletemana kau tau yg pegi sana org umno. yg perogol2 kanak2 ada tulis d dahi perogol kanak2.
Deletelidah kau akhirat nanti mulut kamukena tuang dgn nanah bercampor api sbb buat fitnah. jaga hahhh. Allah tidak pekak atau buta.
Islam UMNO lebih hebat dari Islam Al Saud Al Jibrail al Munafikun.... Siap dengan Jubah turun padang....... Kalau Najib berasuah tutup mata.
ReplyDelete