Program pertama diadakan dari jam 4:55 petang sehingga 6:45 petang di Dewan Seri Anggerik, Hotel Seri Malaysia, Jalan Persiaran Wawasan, Kangar. Manakala program kedua pula diadakan di Cafe Hotel Seri Malaysia yang hanya melibatkan Amer Hasan dan Muhyiddin Yassin serta Kumpulan Bikers Loqlaq Perlis.
Turut hadir dalam program berkenaan adalah Chan Ming Kai, ADUN Indera Kayangan dari PKR.
Seperti biasa, Muhyiddin Yassin masih lagi gila talak dengan UMNO. Masih lagi bercerita tentang dia di dalam UMNO dan masih lagi terkilan kerana dia dipecat dari UMNO serta disingkirkan daripada jawatan. Dan seperti orang lain yang tiba-tiba kehilangan jawatan dan kedudukan, Muhyiddin Yassin terus dilanda penyakit meroyan dengan menyalahkan bekas ketua dan ahli majlis yang telah memecatnya.
Muhyiddin Yassin mengulang kembali alasan 'standard' orang yang kehilangan jawatan secara tiba-tiba, iaitu dia dipecat kerana dia memperjuangkan kebenaran dan pemecatannya dibuat kerana ada skandal dan penipuan yang cuba disorokkan oleh ketuanya.
Muhyiddin dalam kedua-dua program tersebut, turut menceritakan kononnya dia sebagai TPM, telah menegur Najib abdul Razak, malah etlah berjumpa dengan Gabenor Bank Negara selain mempersoalkan kelulusan wang oleh Bank Negara untuk keluar negara telah diselewengkan demi 1MDB. Muhyiddin juga berasa kesal dengan siasatan Bank Negara, PDRM, SPRM dan Ketua Hakim Negara yang katanya telah menolak kes demi melindungi Najib Abdul Razak.
Sesuatu yang amat menarik ialah dalam keseronokan Muhyiddin menghiburkan para penyokong dan pemercayanya, Muhyiddin terlupa tentang protokol apabila sebagai Timbalan Perdana Menteri, dia tidak boleh sewenang-wenangnya bertemu dengan Gabenor Bank Negara seperti yang diceritakannya. Sekaligus Muhyiddin telah menimbulkan kembali cerita KONSPIRASI yang telah cuba dinafikannya beberapa kali walaupun dalam cerita terbaharunya, Muhyiddin menceritakan tentang pertemuan sulit dengan Gabenor Bank Negara.
Kedua-dua program berkenaan sebenarnya adalah sebagai persediaan kepada Konvensyen Cap Bunga yang pertama yang akan diadakan di Stadium Melawati, Kuala Lumpur pada 17 Disember 2016. Walaupun jumlah kehadiran di Perlis agak baik, namun sambutan hangat yang diharapkan, tidak menjadi.
Sesuatu yang amat pasti ialah, Cap Bunga terpaksa menumpang PKR untuk memperlihatkan sokongan kepada parti tersebut meluap-luap, ekoran kehadiran lebih ramai ahli-ahli PKR berbanding Cap Bunga seperti yang berlaku di Perlis, mahupun yang turut melibatkan Mukhriz Mahathir yang melakukan jelajah seluruh Kedah.
Parti situa2 celaka
ReplyDelete