Pages

Thursday, December 15, 2016

KESIAN MUHYIDDIN... TERPAKSA MENGECEK DAP DAN PKR SEBAB TAKUT MALU!!!



Kesian...

Diberitahu kononnya CAP BUNGA sedang mendapat sambutan yang sangat luar biasa daripada rakyat Malaysia, termasuklah dari kalangan ahli-ahli UMNO. Bukan itu sahaja, diberitahu juga, dengan Dr. Mahathir sebagai Pengerusi CAP BUNGA, maka sokongan akan meluap-luap.

Pendek kata, belum bertanding pun, dah menanglah!

Hakikatnya, CAP BUNGA tidaklah seperti yang cuba digambarkan oleh pemimpin dan juak-juak mereka. Sebaliknya, kebimbangan tentang kulit muka yang semakin tipis, membuatkan Presidennya, Muhyiddin Yassin terpaksa mengemis simpati daripada DAP dan PKR.

Di dalam gabungan Pakatan Harapan DAP-PKR-PAN-CAP BUNGA, Cap Bunga dan PAN merupakan parti yang paling cikai kerana mereka hanyalah buangan daripada parti asal iaitu UMNO dan PAS. Walaupun mereka mempunyai beberapa kerusi Parlimen, tetapi pemilikan tersebut bukannya mutlak memandangkan mereka menang atas tiket parti yang mereka sedang musuhi kini.

Antara perkara utama yang menjadi perkara utama dalam Pakatan Harapan adalah pembahagian kerusi. DAP sudah berkeras untuk terus menjadi parti dominan dengan bertanding jumlah kerusi majoriti. Manakala PKR pula, terpaksa bersilat lidah dengan PAS bagi mengelakkan PAS menarik kembali sokongan sekaligus menyebabkan mereka kehilangan lebih banyak kerusi Parlimen pada PRU akan datang memandangkan kerusi-kerusi yang mereka menangi sekarang asalnya adalah kerusi-kerusi tradisi PAS.

PAS telah berikrar untuk kembali bertanding di kerusi-kerusi tradisinya, termasuklah yang kini disandang oleh PAN dan PKR.

CAP BUNGA pula melihat kerusi-kerusi UMNO sebagai kerusi-kerusi yang akan ditandinginya pada PRU akan datang. Pun begitu, sebarang pertandingan tiga penjuru menyebabkan CAP BUNGA dan kepimpinannya yang taksub Mahathir sekadar menelan air liur.

Justeru tidak hairanlah mengapa CAP BUNGA dan DAP amat resah dengan sebarang 'kerjasama' yang mungkin wujud antara UMNO dan PAS. Pelbagai gula-gula ditabur agar PAS dan UMNO tidak bekerjasama, sekaligus memberikan ruang kepada CAP BUNGA dan PAN menang beberapa kerusi lagi bagi membantu Lim Guan Eng menjadi Perdana Menteri atau pun sebagai tokey besar yang menjadi tok dalang.

Mungkin kerana itulah, Muhyiddin terpaksa MENEBALKAN MUKA dan MENGECEK DAP serta PKR.

Katanya, tiada guna muafakat kalau CAP BUNGA tidak diberika kerusi untuk ditandingi.

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berharap ketika-ketiga parti dalam Pakatan Harapan akan bekerjasama memberikan kerusi pada PRU nanti.
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, muafakat kerjasama antara Bersatu dan Pakatan Harapan tidak akan berhasil sekiranya kerusi tidak diberi kepada Bersatu.
"Sebagai parti baru, kami ingatkan yang kami belum ada kerusi lagi, jadi kami mahu minta kawan-kawan (DAP, PKR dan Amanah) untuk menyumbangkan kerusi.
"Tidak ke mana muafakat di sini kalau rakan-rakan kita hanya membantu dari segi moral," katanya dalam sidang media, di sini, semalam. (RUJUK SINI)

1 comment:

  1. Pkr jgn lupa bro... Parti buangan jugak... Hahahahahaha

    ReplyDelete