Pages

Saturday, December 17, 2016

MAHATHIR BUAT LRT, BAGI KAT KRONI KEMUDIAN BANKRAP DAN BAIL-OUT GUNA DUIT RAKYAT... NAJIB BUAT MRT, RAFIZI RAMLI SIBUK BIKIN CERITA FANTASI DIA SENDIRI!!!



Bermula semalam, satu lagi fasa pengangkutan awam negara diperkenalkan bagi tujuan menyuraikan kesesakan lalu lintas di Lembah Kelang yang sering menjadi bahan bualan, bahkan topik politik yang cukup seronok disembangkan.

MRT yang jaraknya lebih panjang, lebih efisien dan lebih teratur telah diperkenalkan oleh pentadbiran Najib, sekaligus menambahkan satu lagi 'koleksi' buat penduduk Lembah Kelang. Fasa pertama MRT telah pun siap dan sekarang ini, PERCUMA selama sebulan untuk penumpang.

Di sebalik pelbagai perkhidmatan yang digembar-gemburkan, termasuklah bas-bas awam, MRT dilihat lebih sesuai memandangkan pertambahan jumlah kenderaan persendirian di semua jalanraya di seluruh Lembah Kelang, terutama pada waktu puncak. Apatah lagi dengan perkembangan kawasan-kawasan kediaman di luar pusat bandaraya, menjadikan jalanraya bukan lagi laluan yang lebih efisien.


MRT bolehlah dikatakan PROJEK PERTAMA Najib sebaik-baik sahaja dia mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia. Projek yang dibuat serentak adalah Lebuhraya Pan Borneo yang tidak bertol yang jaraknya sekali ganda berbanding PLUS di Semenanjung yang bertol dan dibina pada zaman Mahathir.

Ada pihak yang cuba membuat perbandingan dan memperlekehkan usaha-usaha penambahbaikan perkhidmatan pengangkutan awam oleh pentadbiran Najib dengan hujah-hujah yang amat 'menarik' seperti yang dilakukan oleh Rafizi Ramli.

Rafizi Ramli sebelum ini, dalam usahanya menggagalkan projek MRT menuduh, projek tersebut yang dianggarkan menelan kos RM27 bilion telah dinaikkan menjadi RM100 bilion. Rafizi sengaja menimbulkan persepsi kononnya kos tersebut dinaikkan untuk menampung hutang negara dan untuk disonglap.


Namun, apa yang dilakukan oleh Rafizi Ramli, bukanlah sesuatu yang menghairankan memandangkan kegemarannya bukan sahaja membuat fitnah, bahkan membodoh-bodohkan para pengikutnya sendiri. Dan apabila dia diheret ke mahkamah, akhirnya dia akan berkata, 'SAYA CUMA BERGURAU'.

Ada sesuatu yang lebih menarik untuk kita tengok dan renung.


 Tidak dinafikan jasa pentadbiran Mahathir dalam menyediakan fasa perkhidmatan pengangkutan awam yang jauh lebih baik berbanding sebelumnya. Pada zaman Mahathirlah, penduduk Kuala Lumpur diperkenalkan dengan bas Intrakota menggantikan bas-bas mini yang kebanyakan permitnya adalah Bumiputera selain menghapuskan Bas Srijaya yang seratus peratus milik Melayu-Bumiputera. Zaman Mahathir jugalah diperkenalkan dengan LRT Putra dan LRT Star bagi dua jajaran dengan jarak yang lebih pendek tetapi diberikan kepada konsesi.

Pentadbiran Najib pula telah menambah baik dengan meniadakan kronisme dan tidak BAIL-OUT syarikat-syarikat prasarana yang kununnya bankrap seperti pada zaman Mahathir.

Kalau dahulu, kita diajar seronok dengar ada perkhidmatan baru yang diperkenalkan kepada rakyat dengan bayaran bagi menanggung 'pelaburan' syarikat-syarikat kroni menerusi favouritism yang diamalkan oleh pentadbiran dahulu, mengapa pula sekarang kita tidak boleh berbangga untuk sesuatu yang lebih baik.

Sekurang-kurangnya, tidak muncullah cerita kononnya syarikat konsensi yang mengendalikan perkhidmatan pengangkutan awam tersebut bankrap dan kemudian kena BAIL-OUT menggunakan wang rakyat yang berjumlah berbilion ringgit seperti yang dilakukan oleh Mahathir.


5 comments:

  1. Replies
    1. Bahlol ..terbaik kepala tok kau. Kau ingat najib bagi free je ke ..

      Delete
  2. Brt sunway pun murah.
    Tambang pun sgt murah.

    ReplyDelete
  3. Dosa fitnah sotong terlalu banyak. Harap dia rujuk kat ulama bagaimana nak cucikan dosanya.

    ReplyDelete