Para peminat Siti Norhaliza yang sebelum ini tidak pernah peduli dengan politik negara pun, mula bercakap tentang undi yang akan berpindah kepada parti lain pada PRU nanti gara-gara idola mereka dihentam teruk oleh para penyokong Jamal Mohd Yunos.
Dan Siti Norhaliza sebenarnya telah menempah situasi ini semenjak awal lagi, bukan dalam isu Jamal Mohd Yunos bertuala di hadapan pintu pagar bangunan SUK yang menjadi simbolik kepada masalah pembekalan air akibat kegagalan Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Azmin Ali. Siti Norhaliza sudah mula berjinak-jinak dengan politik apabila Mahathir mula menyatakan tidak puas hati kepada Najib apabila Najib enggan memanjangkan lagi penganugerahan wang negara kepada suku-sakatnya, termasuklah kroni-kroni utamanya terutama dalam isu IPP yang berakhir dengan Mahathir menyerang dan menfitnah 1MDB menggunakan portal berita asing yang sebelum ini dianggapnya sebagai JALANG kerana banyak mendedahkan penjarahannya sepanjang bergelar Perdana Menteri dan Presiden UMNO.
Walaupun tidak menyatakannya secara terang-terangan, Siti Norhaliza sebenarnya telah menunjukkan siapa sebenarnya yang dia sebelahkan.
Alasan terbaik yang mampu diberikan oleh Siti Norhaliza dalam isu terbaharunya adalah alasan klise yang biasanya diberikan oleh mereka yang terkantoi. Walaupun mungkin suaminya yang dikenali sebagai Dato K yang telah 'menggodam' telefonnya, hakikatnya mesej tersebut masih kekal dan Siti Norhaliza sendiri tidak meminta maaf pun, bahkan mengeluarkan kenyataan angkuh tentang hal berkenaan.
Tidak salah untuk sesiapa sahaja di Malaysia ini menyuarakan pendapat masing-masing. Ini negara demokrasi. Ini negara yang mengamalkan suara terbanyak menerusi jumlah kerusi DUN dan Parlimen untuk memilih kerajaan dan kepimpinan.
Apabila Siti Norhaliza menyuarakan isi hatinya, pandangannya mahupun idealismenya, ianya bukanlah sesuatu yang bersalahan dengan undang-undang. Malahan tuduhan atau perlabelannya sebagai SUBVERSIF juga adalah sesuatu yang sangat tidak wajar.
Namun, Siti Norhaliza juga seharusnya tahu tentang natijah yang ditempahnya. Sentuhannya tentang dunia politik, telah menjadikan dia sebagai salah satu sasaran golongan yang menentang pendapatnya. Apatah lagi individu yang disentuh oleh Siti Norhaliza itu juga mempunyai pengikut dan pemercaya.
Jadi, para pengikut Siti Norhaliza yang sedang mengecam sesiapa sahaja yang mengecam Siti Norhaliza seharusnya sedar, apabila sudah mula terbabit dalam politik, maka bersedialah untuk berhadapan dengan segala natijah, termasuklah dikecam, diumpat keji, bahkan difitnah.
Namun yang paling ketara, segala-galanya dibogelkan termasuklah hal-hal peribadi yang tidak sepatutnya terbuka.
Itulah natijahnya apabila menempah masalah dengan mencuit isu-isu politik!
Flying Kick , kau pun tak ubah macam Jamal Samseng .
ReplyDeleteThe POWER of BIJAN
Jamal ok .. apa. . .
DeleteYg guan eng komunis tu.... x pe plk
limkomunis dok cucok hati korang jadi komunis tak pe pulak yer...melayu dah jadi loosersss..
DeleteKlau buat statement dan tindakkan yg terlalu bodoh maka jgnlah pula sangka orang lain akan ikut atau sokon tindakkan bangang tersebut. Aku pun ahli Umno tapi elsk jadi shli bangang.
DeleteMakna umno x boleh di tegur..mcm presiden dia jgk..
ReplyDeleteIni cerita bukan x boleh ditegur. Tpi cerita ct bodoh!! Buto hati x meliha mesej yg nk disampaikn. Ct bonggok x tahu nilai moral satu2 cerita.. X pyhlh ct nk berlagak nk bpolitik. Mmg x do bakat pun..
DeleteAku rasa kau yang tak boleh kena tegur
ReplyDeleteoh pleaseee....dont ever ever associate jamal with umno dan kerajaan.....please lah...jamal ni mmg memalukan umno saja....
ReplyDeleteSumbangan Siti memang unik berbanding Jamal yg mencuri duit Rakyat.
ReplyDeletesiti curi laki org. masa dia kenal dtk k dia blm bercerai dgn isterinya. sori tak minat pd dia. nampak sj mcm innoson. she better stick to her singing career
DeletePendek cerita disini..
ReplyDeleteKalau awak kacau org.. takper..
Jgn nnt org kacau awak.. tak bole..
Baqral pun lagi pandai drp penulis ni. Sia sia hantar dia sekolah, satu sen pun tak berguna
ReplyDeleteCt.tu sapa..yer..cuma penyanyi jer lepasan Spm. Dah tu kahwin dgn duda kaya..rezeki dia.. Tapi..ct kena ingat..dia top meletop sbb makcik pakcik yang risau yang sedih sbb tak ada air...terpaksa beratur..angkut air..duduk kat flat pprt tingkat 9 ke atas...so orang yang sokong ct tu.mungkin tak duduk kat Selangor.. So tak tahu penderitaan orang Selangor.. Mcm ct..air tak ada..tak pe rumah laki dia bnyak kolam...jgn berlagak ct...kau hidup mewah..tapi kau hina orang mcm jamal yang faham kesusahan kami rakyat biasa yang ditindas dan dizalimi oleh Kerajaan Selangor
ReplyDeleteSiti dok diam2. Jgn jwb apa apa pasal kes ni. Soal politik ni akn berpanjangan. Siti nyanyi jer. Peminat pun takkan berpecah krn politik siti.
ReplyDeletePenulis semacam orang yang tiada iman.Mungkin juga dia ni setan yang bakal menghuni neraka jahanam.Hey mat, jangan ko sembah manusia . . .jatuh syirik nanti
ReplyDelete..harap ada sejuta lagi jamal dlm umno yg menggempur pusat2 judi haram, Long Live Jamal
ReplyDeleteHidup JAMAL!!!!!!I LIKE YOUR STYLE.
ReplyDeleteRamai plak yg bongok dlm ni. Tak ker bangang nk sampaikan mesej dgn bertindak membuka aurat konon nk tunjuk hero. Cukuplah dng solekkan muka berkilat dgn tersengih tunjuk gigi kuning. Tak habis² dgn bangang.
ReplyDelete