Pages

Friday, December 16, 2016

TUTUP LAKONAN SEBAGAI ADIWIRA SEJAGAT, BUAT LAPORAN POLIS KONONNYA LIM GUAN ENG DIFITNAH BENCI ROHINGYA!!!!




Masa Zunar menghina Perdana Menteri dan isterinya menerusi lukisan kartun, Lim Guan Eng bukan main lagi gelak besar. Tidak timbul langsung, penghinaan dan fitnah yang dibuat oleh Zunar menerusi kartun itu sebagai sesuatu yang bersifat menghasut, mengganggugugat keselamatan negara, mengancam kestabilan dan sebagainya. Sebaliknya dia pula yang mempertahankan kononnya itu hanyalah satira semata-mata dan tidak sepatutnya seorang pemimpin besar seperti Najib Abdul Razak berasa terancam dengan kartun.

Itu kalau kena kat orang lain, terutama sekali Najib Abdul Razak dan Rosmah Mansor.

Tapi bila kena kat dia, segala ikrar KEBEBASAN BERSUARA, KEBEBASAN BERMAKLUMAT, KEBEBASAN GELAK TAWA dan segala macam kebebasan yang lain, hilang lenyap.

Sebaliknya, Lim Guan Eng sentap dan para pegawainya segera mengipas Lim Guan Eng yang kepanasan dengan kaedah membuat laporan polis, selain meminta polis bertindak ke atas orang yang menggiat-giatkan Lim Guan Eng.


Alasan yang kerap kali diberikan oleh Lim Guan Eng dan juak-juaknya adalah, FITNAH dan CUBAAN MENIMBULKAN PERMUSUHAN KAUM.

Hari ini, satu laporan polis kerana sekeping gambar yang didakwa menfitnah Lim Guan Eng dalam isu Rohingya, telah dibuat oleh Zaidi Ahmad, pelakon dakwat kekal yang kini menjadi Ketua Penerangan Ketua Menteri. Laporan polis dibuat di Balai Polis Jalan Pattani.

Kapsyen di dalam gambar tersebut, "Tindakan Aung San Suu Kyi terhadap kaum Rohingya adalah tepat. Malaysia tiada hak untuk campur tangan dan dianggap mencabul urusan negara Myanmar." diletakkan di bawah nama Lim Guan Eng.

Menurut Zaidi, Lim Guan Eng tidak pernah mengeluarkan kenyataan sebegitu.

"Jelas, ianya adalah satu fitnah," katanya lagi.

Gambar tersebut dikatakan, telah diterima oleh Zaidi menerusi WhatsApp pada hari Rabu.


"Kenyataan sebegitu hanya akan mengganggu keharmonian kaum dan agama di kalangan rakyat Malaysia. Lim telah diperlihatkan seolah-olah dia menyokong tindakan rejim Myanmar ke atas masyarakat Rohingya, sedangkan rakyat Malaysia termasuklah Ketua Menteri sendiri menyuarakan bantahan kepada Kerajaan Myanmar," kata Zaidi.

Menurut Zaidi, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah meluluskan usul dalam DUN untuk mengecam kekejaman yang dilakukan ke atas masyarakat Rohingya.

Pada Mei tahun lepas, Kerajaan Negeri Pulau Pinang TIDAK MEMBENARKAN kem-kem pelarian Rohingya ditempatkan di Pulau Pinang, sebaliknya mencadangkan agar kem-kem pelarian tersebut dibina di tanah-tanah milik Kerajaan Persekutuan. (RUJUK SINI)

Sikap double standard dan berpura-pura Kerajaan Negeri Pulau Pinang itu kemudiannya ditempelak oleh Timbalan Perdana Menteri, Zahid Hamidi (RUJUK SINI)

Sekarang, Lim Guan Eng dan DAP mahu berlakon dengan MACAI-MACAI MELAYU mereka kononnya mereka sangat prihatin dan ada hati perut?

LAWAK!!!


3 comments:

  1. Memang lawak...guan end..tu muka talam...sapa tak kenal.. Orang lain kena biarkan..tapi kalau dia yang kena..wah.menyalak...

    ReplyDelete
  2. Jgn komen pasal lge tu nanti Pan marah

    ReplyDelete
  3. Janganlah percaya dan terpedaya dengan cina Dap ni....depan Melayu Islam pijak semut pun tidak mati. Didalam hati mahu di ganyang ganyang sampai lumat. Sampai bila bila pun mereka tidak akan berpuas hati selagi hak kesamarataan dan pemerintahan negara di terajui oleh orang Melayu Islam.

    ReplyDelete