Bukan hanya malu kerana hujah-hujahnya dipatahkan dengan mudah oleh pasukan Komunikasi Strategi BN tentang MRT, tetapi juga malu apabila fitnah yang cuba dibuatnya ke atas FELDA dipatahkan dengan mudah.
Namun Rafizi Ramli bertepatan dengan gelaran 'SOTONG', tidak pernah putus asa untuk terus mencuba melakukan fitnah. Dia mencari jalan bagaimana hendak memanipulasi sesuatu isu, sekaligus membuatkan khalayak terlupa tentang KESIPUAN yang dialaminya kerana dia telah dibuktikan baghal!
Begitulah dalam isu terbaru serangannya ke atas FELDA.
Untuk menambahkan sensasi bagi membuktikan kebenarannya, Rafizi Ramli telah membuat laporan polis atas segala tuduhan yang dibuatnya ke atas FELDA.
(1) FELDA telah mengalami kerugian bernilai berbilion ringgit pada tahun 2913 dan 2014. 'Kerugian' ini adalah terhasil daripada program-program kebajikan untuk para peneroka dan juga kos besar untuk penanaman semula yang telah meningkat dan untuk aset bagi masa hadapan.
Rafizi bagaimanapun, tidak pula membuat laporan polis mengapa FELDA membuat untung RM5.7 bilion pada tahun 2012!
(2) Kerugian FELDA bernilai RM193 juta untuk program perumahan.
Katanya, “Saya akan serah laporan kewangan, laporan audit dan juga jawapan Parlimen mengenai Felda yang ada pada saya.”
“Dalam laporan kewangan tahun berakhir 2014, audit menghapus kira RM193 juta daripada projek perumahan Felda.
“Pasti ada penggelapan dana. Saya mahu pihak berkuasa siasat pegawai Felda, pemilik dan mereka yang menyerahkan tender projek.”
Macam dah tak tahu nak buat apa-apa tetapi Rafizi perlu menunjukkan dia seorang yang bijak dan bermata tajam. Dia memilih satu baris di dalam seksyen perbelanjaan dalam akaun dan kemudian membuat kesimpulan, program perumahan FELDA adalah RM193 juta.
Baginya ini adalah satu perbuatan SONGLAP!
Sedangkan yang dikatakannya SONGLAP itu, bagi orang yang faham prinsip perakaunan, ia adalah subsidi yang diberikan oleh FELDA bagi program perumahan untuk peneroka.
Menurut laporan terkini, sebanyak 8,570 unit telah pun dibina dan diserahkan sekaligus menunjukkan S&P dengan peneroka FELDA telah pun ditandatangani.
Kos sebenar setiap unit rumah tersebut adalah RM125,000 tetapi telah dijual pada harga RM90 ribu, sekaligus mewujudkan perbezaan kerugian sebanyak RM35,000.
Kos tersebut tidak sahaja untuk rumah tetapi juga fasiliti-fasiliti lain di kawasan tersebut seperti padang permainan, surau, kawasan perbandaran, jalan, saliran, kumbahan, lampu dan sebagainya.
Ditanya siapakah yang akan menanggung kos prasarana rumah Perumahan Generasi Baru Felda (PGBF) sedangkan RM90,000 itu adalah harga kos, Razali Ibrahim, Timbalan Menteri yang diberikan tugas berkenaan FELDA berkata pihak kerajaan dan Felda akan menanggungnya.
“Kerajaan yang (akan) tanggung… banyak yang kerajaan tanggung dalam bab-bab ini.
“Selama ini pun banyak perkara tetapi sebab pengiktirafan kepada sokongan mereka, tak salah untuk Felda tanggung prasarananya sekali,” kata beliau lagi.
Ini bermaksud, sebaik-baik sahaja kontrak untuk perumahan tersebut telah dibuat dan harga jualan telah dikenalpasti, FELDA perlu memperuntukkan kerugian yang akan mereka hadapi. Jadi RM193 juta untuk tahun 2014 dan jumlah tersebut meningkat pada tahun 2015 adalah munasabah.
Hanya SOTONG TERLEBIH TEPUNG seperti Rafizi sahaja yang akan menganggap bantuan dan subsidi untuk perumahan bagi peneroka FELDA sebagai satu kerugian yang terhasil daripada SONGLAP dan kemudian membuat laporan polis.
Pondan dan fitnah.....berpisah tiada.
ReplyDeleteRafizi memang sotong. Rumah Felda gen 2 adalah banglo (rumah sebuah) yg bagus.
ReplyDeleteJgn layan apa yg Fizi kata. Cari maklumat lain yg lebih sahih.
ReplyDeleteMalaysia ada Felda je ke???? Yang lain dah matike???? Semua kat Felda. Itulah politik undi....yg menjahanamkan negara.
ReplyDeleteLebih baik menyusu kera kat hutan berbanding dgn org hutan Felda yg nak tongkat sampai mati.
ReplyDeleteJangan membuat perbandingan antara otak first class Rafizi dgn org hutan felda yg hanya tahu buka mulut utk disuap duit rakyat.
ReplyDelete