Pages

Sunday, January 29, 2017

BERITA BURUK BUAT PKR, DAP, CAP BUNGA DAN PAN APABILA PAS BERAZAM TAWAN 40 KERUSI PARLIMEN UNTUK PASTIKAN ISLAM TERUS MEMERINTAH MALAYSIA!!!



Pada ketika DAP dan Cap Bunga berusaha menjadikan PAS sebagai abdi mereka, manakala PKR dan PAN pula sangat berharap PAS akan menyertai Pakatan Harapan sekaligus membolehkan mereka memperolehi kerusi mudah menerusi bantuan dan penyerahan tengkuk oleh PAS. 

Namun, di sebalik ugutan Lim Kit Siang untuk menyaman Abdul Hadi Awang, Presiden PAS itu langsung tidak menunjukkan bibit-bibit ketakutan atau mundur. Sebaliknya berazam untuk menawan sekurang-kurangnya 40 kerusi Parlimen dalam usaha untuk memastikan pemerintahan orang Islam di negara ini tidak tergugat.

Dalam laporan yang disiarkan oleh Harakah Daily, Abdul Hadi juga berkata, parti itu akan mempertahankan Kelantan, merampas Terengganu dan Kedah dari Barisan Nasional selain mengemudi pentadbiran Selangor yang sekarang ini dikendalikan oleh PKR. 

Menurut Hadi lagi, dalam konsensus politik terdahulu dengan Pakatan Rakyat yang mengandungi PKR dan DAP, PAS berjaya membantu kedua-dua parti tersebut memperolehi keputusan yang baik untuk pakatan pembangkang tetapi pada masa yang sama, turut menghasilkan ketidakseimbangan politik. 

Daripada 89 kerusi Parlimen pembangkang, hanya 21 milik PAS, manakala 30 lagi dimenangi oleh PKR dan DAP pula menguasai 38 kerusi Parlimen, sekaligus membuatkan DAP berasakan mereka adalah ketua Pakatan Rakyat dan memaksa PAS untuk mengikut telunjuk mereka sahaja.

PAS kini hanya memiliki 14 kerusi Parlimen apabila 6 orang Ahli Parlimen yang menang atas tiket PAS, melompat ke Parti Amanah Negara (PAN), manakala Ahli Parlimen Tumpat, Kamaruddin Jaafar akhirnya menyertai PKR, parti yang sepatutnya dia masuk dari tahun 1999 lagi.

"Adilkah untuk negara ini di mana kerajaannya adalah umat Islam dengan 39 kerusi manakala bukan Islam pula menguasai pemilikan kerusi yang lebih besar? Ini tidak betul," kata Hadi. 

Ahli Parlimen Marang itu merujuk kepada 39 Ahli Parlimen beragama Islam di kalangan 89 kerusi Parlimen yang sekarang ini dimiliki oleh Pembangkang di Dewan Rakyat.

Menurut Hadi lagi, sekiranya Ahli-Ahli Parlimen bukan Islam menguasai lebih 30 kerusi Parlimen lagi pada PRU akan datang, negara ini akan diperintah oleh bukan Islam sepenuhnya. 

Sebarang usul untuk meminda Perlembagaan Persekutuan untuk menguatkuasakan undang-undang Syariah akan gagal memandangkan Ahli-Ahli Parlimen beragama Islam tidak membentuk majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat. 

Hadi menyalahkan bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir kerana membahagikan kawasan Parlimen tanpa mengikut kepentingan agama Islam yang merupakan agama rasmi Persekutuan.

Pakatan Harapan yang terdiri daripada DAP-PKR-Cap Bunga-PAN amat berharap pertembungan satu lawan satu pada PRU akan datang dengan PAS pula diharapkan menjadi balaci seperti yang berlaku pada PRU-12 dan PRU-13. PAS bagaimanapun enggan bekerjasama dengan DAP dan PAN. 

PAS turut menuduh pemimpin utama DAP, Lim Kit Siang sebagai anti-Islam bahkan menolak salam perdamaian Lim Kit Siang bagi menyatupadukan barisan pembangkang.

5 comments:

  1. Bagus ! Juga jgn layan pembangkang islam yg berjuang bukan utk islam. Mereka berjuang hanya nk jatuhkan bangsa yg seagama dgnnya..

    ReplyDelete
  2. Bravo PAS. Seperti yang saya harapkan. Untuk mendapatkan 40 kerusi parlimen PAS kena bertanding disemua kawasan majority muslim.

    ReplyDelete
  3. In shaa Allah PAS boleh menang lebih dari 40 kerusi parlimen pada PRU 14. PRU13 ramai orang islam tak suka PAS kerana ikut telujuk DAP terutamanya dalam isu pengunaan nama Allah dalam Bible berbahasa Melayu.

    ReplyDelete
  4. JANGAN LUPA PENJENAYAH BMF... YANG TERSEMBUNYI SEBAGAI MUSANG BERBULU AYAM... PANDAI TUN M BUAT KERJA SEPERTI TARIK RAMBUT DALAM TEPUNG, RAMBUT DITARIK TIDAK PUTUS, TEPUNG TIDAK BERSELERAK... WALAUPUN SUDAH BERPULUH TAHUN CERITA DISIMPAN NAMUN ALLAH SWT JUA MAHA BERKUASA, MAHA ADIL DAN MAHA BIJAKSANA. MAKA TAHUN BARU CINA TAHUN AYAM, AIB TUN M DISEBAR DI MUKA BUMI CIPTAAN ALLAH SWT. AKU SEBAGAI HAMBA ALLAH DAN RAKYAT DI MUKA BUMI INI TIDAK MENUDUH TUN M TAPI AKU BERSERAH SAJA KEPADANYA TUHAN MAHA PENCIPTA SEKELIAN ALAM. AAMIIN...

    ReplyDelete
  5. Ph dan Bersatu belum ada kekuatan sebenar utk memerintah. Pemimpinnya plk bnyak yg terpalit dgn pelbagai salah laku sama ada politik mahupun akhlak.

    ReplyDelete