Apabila Anwar Ibrahim menerusi orang-orangnya yang menguasai TV3, Utusan dan Berita Harian meletakkan berita tentang Anwar Ibrahim pada berita utama muka hadapan, manakala berita-berita tentang Mahathir hanyalah sisipan pada berita dan muka surat seterusnya, Mahathir semakin jelas dilihat hilang genggaman.
Tetapi Mahathir masih lagi cuba menggambarkan tiada masalah antara dia dengan Anwar Ibrahim. UMNO katanya masih lagi utuh dan kukuh.
Begitu juga pada Perhimpunan Agung UMNO yang terakhir 1997 yang dihadiri oleh Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO, pasti kita akan teringatkan pantun Anwar Ibrahim memuji-muja dan mengampu Mahathir sampai ke langit kesembilan. Bahkan Mahathir sendiri mengulangi kenyataan Anwar dan menafikan wujud pertentangan antara dia dan Anwar Ibrahim.
Namun Mahathir tidak dapat menyembunyikan ketakutannya kehilangan kuasa kepada Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim telah menggunakan beberapa tahun untuk mengatur orang-orangnya di setiap sudut dan pelusuk terutama sekali di GLC dan media.
Akhirnya Anwar Ibrahim dilucutkan jawatan dalam satu kenyataan tiga perenggan oleh Mahathir. Alasannya, salah laku dan rasuah.
Tetapi beberapa hari sebelum itu, cerita tentang Anwar dan rombongannya yang telah mengumpulkan sokongan untuk menghadap DYMM Yang Di-Pertuan Agong bagi menyembahkan usul undi tidak percaya kepada Mahathir ekoran keadaan ekonomi dan kewangan negara yang sangat teruk selain pendedahan tentang bermaharajalelanya Mahathir menggunakan wang negara dari PETRONAS, Tabung Haji, KWSP, KWAP, Bank Pembangunan dan sebagainya untuk kroni dan anak-anaknya, menyebabkan pemodal-pemodal asing mula menarik diri beramai-ramai, bukan lagi rahsia.
Gagal menggulingkan Mahathir, Anwar pula yang kehilangan jawatan dan kemudian dimasukkan ke penjara.
Itu cerita tahun 96-99 dahulu.
Hari ini, Mahathir menafikan wujudnya dua kem dalam partinya, Cap Bunga. Mahathir menafikan tentang keinginannya untuk menjadi Perdana Menteri. Malah yang paling menarik apabila diberitahu tentang persaraan awal oleh pegawai SPRM, Bahri Mohd Zin, Mahathir dengan nada sinis bertanya, "Siapa Bahri?" (RUJUK SINI)
Itulah taktik yang digunakannya pada tahun 97 dahulu sebelum dia memecat Anwar Ibrahim. Itulah taktiknya untuk dia menyelamatkan kroni dan anak-anaknya dengan menggunakan wang negara. Dan nampaknya, Mahathir yang sudah lupa atau beranggapan semua orang sudah lupa, menggunakan taktik yang sama pada ketika semakin kuat cerita tentang wujudnya dua kem dalam Cap Bunga - Kem Mahathir dan Kem Muhyiddin.
Secara tidak langsung, apabila Mahathir mula bersuara dan membuat penafian, pemahaman berdasarkan sejarah perlu dibuat iaitu, TIDAK bagi Mahathir bermaksud YA!
Mungkin budak-budak yang baru kenal Mahathir pada tahun 2000, akan menjungkir bibir masing-masing kerana tidak percaya. Tetapi arkib yang terdapat dalam Internet mudah diakses dan cerita-cerita yang sama membabitkan penafian Mahathir, boleh dicari dengan mudah.
Apa yg kau cuba beritau ni dedakman...
ReplyDeleteaku jawablah bagi pihak blogger ni. maksudnya mahathir sedang kecut kerana cerita hal berantakan dalaman parti cap bunga sedang dihidu oleh rakyat. rakyat dalam parti cap bunga kononnya tak tahu, tapi ini bukan zaman yang sama ketika umno pimpinan mahathir dulu sedang berkrisis melawan kem anwar ibrahim. ketika itu media dikawal oleh mahathir, namun kini media bukan bawah kawalan mahathir lagi. saja je orang buat2 tak tahu, malah ahli2 parti cap bunga juga pura2 tak tahu ada krisis. kembali menyingkap sejarah, bila mahathir kata TIDAK tu maksudnya YA. manjawab soalan atau tidak?
ReplyDeletelantaklah..yg penting apa yg berlaku sekarang ..tokoh pimpinan yg sekarang..cerita lama buat apa nk ungkit..rakyat semakin bijak..bukan boleh sewenang wenang sumbat gula gula..tolonglah admin jgn jadi badut..
ReplyDelete