Mohd Faiz Subri melakar sejarah bolasepak negara apabila dia menjadi rakyat Malaysia pertama yang menggondol anugerah berprestij Puskas FIFA apabila jaringannya diiktiraf sebagai Jaringan Terbaik 2015 Anugerah Bolasepak FIFA di Zurich malam tadi
Pemain bolasepak berusia 29 tahun itu berjaya mengalahkan dua orang calon lain, Marlone dari Brazil dan Daniuska Rodriguez dari Venezuela untuk anugerah tersebut.
Kemenangan tersebut juga menjadikan Faiz sebagai pemain Asia pertama yang mendapat Anugerah Puskas dalam sejarah lapan tahun kewujudannya. Dia kini sebaris dengan legenda seperti Christiano Ronaldo, Neymar dan Zlatan Ibrahimovic yang turut memenangi anugerah berkenaan sebelum ini.
Faiz telah menerima trofi berkenaan daripada legenda bolasepak Brazil, Ronaldo.
Faiz telah menerima trofi berkenaan daripada legenda bolasepak Brazil, Ronaldo.
Faiz yang mengenakan sut tuksedo, mengambil sedikit masa di atas podium sambil memerhatikan telefon tangannya sebelum memberikan ucapan. Bercakap dalam Bahasa Inggeris, dia mengucapkan syukur kepada Tuhan dan berterima kasih kepada keluarga, Persatuan Bolasepak Pulau Pinang dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Saat gemilang Faiz bermula setelah dia membuat jaringan menakjubkan bagi membantu kemenangan Pulau Pinang ke atas Pahang pada 16 Februari tahun lepas. Jaringan yang dikenali sebagai 'menentang fizik' itu, melencong pelik ke dalam jaring Pahang dari jarak jauh sekaligus membawa kemasyhuran dunia kepada dirinya dan dia kemudiannya menerima pencalonan Puskas.
Video jaringan Faiz telah ditonton sebanyak 2.3 juta di saluran YouTube FIFATV.
Para pemerhati menyifatkan jaringan yang dibuatnya menyamai jaringan pemain pertahanan Brazil, Roberto Carlos menerusi satu sepakan percuma menentang Perancis di Tournoi de France pada tahun 1997.
Faiz telah ke Zurich dengan ditemani oleh isteri dan dua orang anaknya. Turut menemati adalah Timbalan Presiden FAM, Datuk Seri Afandi Hamzah.
pada era lalu, ada usaha untuk cipta rekod itu dan ini tetapi semuanya jenis yang kurang kelas dan mutu. sekarang ini berbeza banyak kemenangan dan kemasyhuran kebelakangan ini benar-benar tulen dan bertaraf dunia. menarik untuk dijadikan kajian
ReplyDelete