Seorang pemuda, Muhammad Ramadhan Alias, 20, telah didiagnos menghidap leukimia tujuh bulan lalu. Leukimianya sudah di peringkat ketiga dan doktor hanya memberikan masa selama empat bulan sahaja lagi untuknya.
Dan sudah tentulah, sesiapa sahaja yang menerima berita tersebut, akan berhadapan dengan masalah tekanan jiwa yang sangat teruk. Yang paling terjejas sudah tentulah ibunya.
"Ketika itu, saya berasa sangat lemah dan sangat sedih. Doktor menyatakan, tiada apa-apa yang dapat mengubati saya lagi. Saya hanya diberikan tempoh selama empat bulan dan memerlukan rawatan kimoterapi untuk kekal sihat," kata Muhammad Ramadhan Alias ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Mahmud.
Menghadapi hari-hari terakhirnya, keinginannya untuk melakukan ibadah ziarah ke Tanah Suci mengembur-ngembur. Namun untuk ke Tanah Suci memerlukan kos. Keinginannya itu disuarakan kepada Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman.
Ternyata Allah Taala memudahkan dan mengabulkan hajatnya menerusi Ahmad Razif dan Perdana Menteri Malaysia, Najib Abdul Razak. Muhammad Ramadhan Alias bersama-sama ibunya, Saidah Yaacob, 58 telah ditaja oleh Perdana Menteri menerusi 1MDB dan Kerajaan Negeri Terengganu dan agensi pelancongan Rayhars Travel and Tours untuk melakukan ibadah Umrah.
Kedua-dua beranak tersebut dijadualkan bertolak dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Madina pada jam 1:00 tengah hari esok dan akan kembali semula ke Malaysia pada 29 Januari.
Ramadhan berkata, dia berterima kasih kepada Perdana Menteri dan Menteri Besar yang telah merealisasikan mimpinya menjadi kenyataan. Menurutnya dia tidak pernah terfikir, Razif akan memberikan perhatian kepada permintaannya menunaikan umrah bersama-sama ibunya.
"Ia seperti mimpi menjadi kenyataan dan tidak pernah terlintas di fikiran saya, saya akan mampu menjejakkan kaki ke Makkah. Namun Allah Taala telah menjawab doa saya dan saya berjanji akan mengabdikan seluruh jiwa saya kepada Allah apabila saya sampai di sana. Saya akan memohon doa agar Allah menyembuhkan saya dan memberikan rahmat-Nya kepada saya. Saya rasa sangat bersemangat untuk pergi ke sana. MB juga telah hadir di lapangan terbang dan memberikan sokongan moral serta nasihat kepada saya."
Pakai duit samun apa salahnya. Mufti semua pun dah sokong. Niat dah menghalalkan cara. Pesakit tak salah. Yg bagi duitlah jawab nanti.
ReplyDelete1MDB diserang hanya kerana ianya milik Kerajaan yang dipimpin oleh kerajaan Islam. 1MDB diserang kerana barua2 ini faham apabila kebanyakan projek kerajaan akan diserahkan kepada 1MDB maka akan banyak lah bantuan yang boleh kerajaan BN salurkan kepada RAKYAT MALAYSIA YANG BERAGAMA ISLAM cth : Tajaan HAJI dan UMRAH bagi golengan yang tidak berkemampuan.
ReplyDeleteKAlau nak ditunggukan simpanan sendiri ramai yang tak merasa jadi usaha murni ini cuba disekat oleh PEMBANGGANG dengan melakukan FITNAH dan berbagai tuduhan walaupun tidak dapat dibuktikan dan hanya bersandarkan 'hearsay'.
Ramai yang termakan hasutan ini hanya kerana ianya datang daripada Mantan Perdana Menteri. Tapi mereka lupa jika TUN sendiri tidak dapat membuktikan apa yang dituduh kepada PM maka orang yang turut membincangkan nya turut sama bermain dengan FITNAH.
Cuba SEMUA rakyat MALAYSIA fikirkan bukan senang nak menjadi pemerintah apatahkan lagi di negara seperi Malaysia yang berbagai agama dan bangsa.
INGAT 1 MDB bukan diserang kerana rasuah atau skandal tapi diserang untuk melumpuhkan ekonomi orang Islam yang cuba dibangunkan oleh PM Kita.
Akhir kata dari saya selamat menunaikan ibadah Umrah kepada AdikMuhammad Ramadhan bersama Ibu tersayang semoga dihindarkan dari sebarang kesulitan. Jangan lupa doakan kesejahteraan Malaysia agar dilindungi Allah (S.W.T) dari sebarang campur tangan manusia durjana dan doakan agar Malaysia kekal di perintah oleh kerajaan yang sedia ada dengan dukungan ISLAM sebagai negara ISLAM dan doakan juga agar semua pemfitnah dan pengkhianat Yang memerangi Islam dimalaysia hancur binasa.
ReplyDeleteAammin ....... Aammin Ya Rabball Alamin ...
dengan taja org pergi umrah, agak2 boleh berkurang tak hutang 1mdb tu?
ReplyDeleteSoalan dari orang yg rosak hati...
ReplyDeleteSoalan dari orang yang rosak hati.
ReplyDeleteduit rakyat adalah duit kita makanya kalau duit kita digunakan oleh pemerintah ke jalan kebaikan makanya kita jua yang akan dapat pahalanya. cumanya bagaimana kalau duit awam digunakan untuk bailout syarikat swasta atau syarikat milik keluarga sendiri? apakah kita dikira bersubahat kalau tutup mulut? apa pandangan moptee?
ReplyDelete1MDB duit berbillion2..bisnes besar..modal 1 juta je..hutang kena bayar bunga setahun pun dah 1billion..tun m mana ada duit banyak tu..itu pun nak spin...harap2 duit tu dari sumber yang bersih..kalau tak kesian org tu...
ReplyDeletecencaluk...
ReplyDeleteapa yang saudara cakap satu pun tak betul..bukan sebab 1MDB dimiliki oleh kerajaan dan dipimpin oleh org islam..
Isu utama, 1MDB telah beri kemudaratan kepada negara melalui hutang yang dipinjam. pada masa yang sama, duit hilang..itu isu yang org perkatakan..duit hilang satu hal..duit yang hilang tu pulak didapati masuk akaun si MO1..cencaluk mesti tak percaya punya..sbb bukti cencaluk 1 surat dan penafian dari MO1..kan????
Dalam jawapan yang bercanggah pun saudara masih menyayangi MO1 kan..mula2 cakap derma putera raja arab, kemudian derma raja arab, lepas tu menteri2 pulak cakap yang penderma bukan seorang, ramai..guano ni boh..jgn tertipu..yang makin senang, MO1 dan menteri2. Kita ni sebagai rakyat dapat pe? BRIM ke?
Nak naik haji atau utk melawat mahligai Al Saud. Melayu mana tahu perbezaan di antara Al Saud Dan Allah.Kalau pakai duit curi sudah tentu dilaknati Allah.
ReplyDelete