Pages

Wednesday, January 4, 2017

KSU KEMENTERIAN BERGELAR DATUK DITANGKAP SPRM, SUARA SUMBANG MARAH DAN TANYA KENAPA SPRM FOKUS KAKITANGAN AWAM BUKAN ORANG POLITIK!!!



Berita penangkapan seorang Ketua Setiausaha (KSU) sebuah Kementerian oleh SPRM kerana disyaki melakukan rasuah, mula viral di media-media sosial. Walaupun sumber berita tidak menyebut tentang di Kementerian manakah KSU bergelar Datuk itu, namun ramai yang membuat andaian bahawa Datuk berkenaan adalah KSU KKLW.

Difahamkan sepasukan anggota SPRM menahan ketua setiausaha sebuah kementerian itu kira-kira pukul 8 pagi Rabu.

Suspek yang berusia 59 tahun, ditahan di rumahnya di USJ Subang Jaya di sini.

Suspek disyaki menyalahguna kuasa dan kedudukan sejak 2010 untuk menerima rasuah. (RUJUK SINI)

Siasatan awal mendapati suspek menggunakan kuasanya untuk melantik kontraktor, pembekal dan penjual dengan memperolehi keuntungan sendiri.
Tidak lama sebelum ini, dua orang pegawai tinggi Jabatan Air Sabah ditahan dan didakwa kerana rasuah. Hasil penemuan di pejabat dan rumah kedua-dua individu tersebut amat memeranjatkan apabila wang tunai sahaja dianggarkan bernilai lebih RM50 juta tidak termasuk barangankemas dan emas, permata serta jam-jam tangan mewah.

SPRM kebelakangan ini mensasarkan pegawai-pegawai tinggi kerajaan sekaligus menjadikan beberapa pihak mula resah. Malah tidak bersetuju dengan fokus SPRM ke atas pegawai-pegawai kanan kerajaan.

Ramon Navaratnam, bekas hakim dan Pengerusi Asli Centre for Public Policy Studies berkata, SPRM tidak sepatutnya memberikan tumpuan dan menangkap pegawai-pegawai tinggi kerajaan yang merupakan kelompok pelaksana sebaliknya terhadap ahli-ahli politik yang menurutnya melakukan lebih banyak rasuah. (RUJUK SINI)

Dan seperti biasa, alasan yang diberikan oleh Ramon Navaratnam adalah alasan-alasan klise yang hanya bersandarkan kepada sentimen tanpa sebarang bukti. Penangkapan dan pendakwaan pengamall rasuah di mahkamah memerlukan bukti bukannya sekadar persepsi, melainkan untuk dipolitikkan.


10 comments:

  1. Tak kira la pegawai atau politicians. .. apa ade hal... mme ramai pn pegawai kjaan salah guna kuasa.. teruskan sbb lifestlye mereka mcm orang businessman. ...

    ReplyDelete
  2. Betul cakap Ramon, SPRM diperkudakan utk survival UMNO. Contohnya kalau MB UMNO target nya sekurang kurangnya 1 billion RM. Kalau menteri kabinet sampai RM 5 b. Kalau PM atau President UMNO kenalah songlap RM50b.Sebenarnya inilah dasar yg diilhamkan oleh ketuq perompak yg bernama Razak Hussain. Inilah yg dikatakan DEB itu yg bakalmenjahanamkan negara. Awal2 lagi Noah meninggalkan beratus juta sebab berkawan dgn taukeh2 haram. Boleh dilihat di sini anak 2 lebih teruk dari Bapa sampai boleh jual negara kpd PRC.

    ReplyDelete
  3. Mula mula pegawai kerajaan dah habis semua baru lah bukan jerung lagi tapi dinosaur.. Maksudnya pak pak menteri ke...bekas atau masih..kan

    ReplyDelete
  4. Pelik...dengan semangat yg berkobar..cuba meluarkan kedukaan apabila sprm bertindak cemerlamg..konon fokus pada penjawst awam..saolah tidak adil..apa ni!...nampak suatu yg tak kena... bak kata ..sekilas di air dahnampak mana jantan ..betinanya...dalam masyarakat hanya ada 3 jenis manusia..1..penguatkuada (sprm)..2 mereka yg bersih dari rasuah..3..mereka pengamal rasuah..jgn ada yg ke 4 pulak..pbela rasuah cara terhormat..publik cukup meluat pada pembela ni..Syabas SPRM..new era yg cukup memberi publik yg bersih rasuah harapan dan pelindung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. KSU yg menentang UMNO yg terkena.SPRM pandai memilih bulu setelah mendapat pendidikan BTN. Hikayat Keris 7 Lok berbunyi: Pandai2 lahkamu mencari kekayaan menerusi perompakan, rasuah dsbnya. Itulah pengangan kuat org2 melayu skrg sampai boleh jual negara.

      Delete
  5. Sebab kalau ambil tindakkan kaatas ornang pulertik sudah tentu orang yg Pertama kena tangkap ialah SI LANUN BUGIS PENYAMUN ANTARABANGSA 1MDB !!!

    ReplyDelete
  6. Jangan lupa tangkap PEMBERI RASUAH sekali. Bagi la diskaun setahun dua pada penjawat awam yang menamakan pengamal rasuah dari sektor swasta. Nationalize their assets supaya boleh bagi Br1m lebih tinggi.

    ReplyDelete
  7. Pemimpin umno semua malaikat. Mana pernah buat salah. Wahai kakitangan kerajaan. Masih nak sokong najib ke ..kalau yg ada pun makan2 sikit. Najib dan barua2 ni berbillion samun. Sabar jelah dan tunggu pilihanraya. Memang tak banyak mana kakitangan kerajaan yg tersalah langkah tapi pemimpin umno terang2 samun. Takkan nak biar je ...

    ReplyDelete
  8. Aku rasa kau pun suka kalu diberi rasuah

    ReplyDelete
  9. Dapat tangkap ekor..kepala nak lari mana..

    ReplyDelete