Dan seperti biasa, DAP cuba menafikan berita tersebut sambil cuba mendabik dada kononnya mereka adalah sebuah parti yang ideal dan penuh idea, bukannya pencari kuasa dan kedudukan.
Walhal apa yang berlaku pada tahun 2008 di Perak dan sehingga kini di Pulau Pinang serta Selangor adalah sebaliknya. Bahkan di Sarawak di mana DAP hanyalah sebuah parti pembangkang, lagak mereka seolah-olah mereka adalah penguasa terbesar. Bahkan gerak kerja mereka yang mencetuskan pelbagai polemik dan kontroversi termasuklah mempertikaikan kedudukan agama Islam, Raja-Raja Melayu, bahkan Bahasa Melayu dan hak keistimewaan Melayu-Bumiputera, selain begitu bersungguh-sungguh mempertahankan, bahkan mahu sekolah-sekolah vernakular, khususnya aliran Cina, menunjukkan kegilaan mereka yang sebenarnya.
Menariknya, sebuah parti yang dipenuhi dengan golongan hipokrit yang cuba tunjuk baik mendakwa, mereka sebenarnya tidak pernah berhajatkan sebarang jawatan termasuklah jawatan Timbalan Perdana Menteri seperti yang dicanangkan.
Liew Chin Tong yang merupakan Pengarah Pendidikan Kebangsaan DAP berkata, laporan yang menyatakan Mahathir memecahkan tembelang keinginan DAP untuk jawatan Timbalan Perdana Menteri itu telah DISALAHLAPOR dan DIPUTARBELIT oleh media.
Sebaliknya, Liew Chin Tong menyalahkan MCA yang meminta jawatan Timbalan Perdana Menteri pada April 2009 ketika Najib Abdul Razak dilantik sebagai Perdana Menteri.
Agak menggelikan hati apabila Chin Tong berkata, DAP tidak berminat dengan jawatan padahal, di Pulau Pinang dan di Selangor, selagi ada jawatan yang berduit dan boleh buat duit, semuanya disapu bersih. Malahan ketika Pakatan berkuasa selama 11 bulan di Perak pada tahun 2008 sehingga Februari 2009, DAP dan para pemimpinnya menjadi PENYEDUT HAMPAGAS sehingga muncul isu terbesar iaitu 999 tahun untuk pajakan tanah kampung-kampung baru selain tanah-tanah balak, kuari dan bekas-bekas lombong yang disapu licin.
Contoh terbaik ialah bagaimana Nga Kor Ming dan Ngeh Kor Ham melalui syarikat mereka boleh menguasai tanah balak berkeluasan lebih 10 ribu hektar di Hulu Kelantan yang menjadi salah satu punca banjir lumpur dan balak besar pada penghujung 2014 kalau benar sepertimana yang didakwa oleh Liew Chin Tong.
Bahkan jawapan mengapa DAP sangat cenderung untuk MEMERANGI Perlembagaan Persekutuan, tidak pernah dijawab sehingga ke hari ini.
Liew Chin Tong tidak payah berlakon. DAP memang mengejar kuasa. Dan DAP juga sangat mengejar jawatan. Sepertimana yang ditunjukkan oleh Setiausaha Agung DAP sendiri yang kalau orang lain, sudah lama meletak jawatan sementara kes rasuahnya sedang dalam kes mahkamah. Bukan terus memegang kuasa dan membuat pelbagai onar untuk menutup cerita rasuah dan salahguna kuasanya.
tak ada yang percuma melainkan udara yang dihidu. kalau 'komisyen' untuk 1 tahun adalah $$$ makanya untuk 999tahun akan jadi $$$x999. itu untuk satu lot. kalau untuk xxx lot makanya keseluruhan komisyen adalah $$$x999xxx = yyyyyyyyyyyy yakni sampai hujung generasi makan tak habis.
ReplyDeleteBetul tu bro. Aku pun nak muntah pasal najib tak berenti lagi walau dah ditangkap curi duit berbillion. Dahlah tak malu kena tangkap, hari2 menipu lak lagi
ReplyDeleteDAPig tak payah susah-susah nak minta kerusi TPM dengan madey, pkr atau parti kuali. Dah ade sekor makhluk ni akan beri jawatan TPM tu dengan sukarela kepada DAPig.
ReplyDeleteItu sebab DAPig begitu beria-ria nak jadikan makhluk ni sebagai PM di Malaysia jika fuckatan menang dalam pru kelak. Tak kisah la makhluk tu seekor penjenayah ke, peliwat ke, penzina ke, pembohong ke,kaki putar alam ke... yang penting ia dah jadi satu janji yang wajib ditunaikan. Tidak boleh berkata tidak....
http://sejarahmelayu.blogspot.my/2010/05/anwar-sudah-janji-jika-pakatan.html?m=1
melayu loosers ni akan meloncat keseronokan jika anak lks duduk d putrajaya sbb nya mmg pemalas dan tak mau buat kerja sanggup la beri kuasa kpd komunis lahanat2 ...tu la bangsa aku yg sendiri lacurkan bangsa dan agama sendiri.
ReplyDelete