Pages

Monday, January 2, 2017

PERTUNJUKAN BUNGA API PAKATAN TIDAK ADA PERMIT, SALAH SIAPA? POLIS JUGA?



Pertunjukan bunga api di Kelang, telah berakhir dengan tragedi membabitkan kecederaan orang ramai. Bagaimanapun, memandangkan insiden ini berlaku di Selangor, dan Selangor pula berada di bawah pentadbiran Pakatan yang diketuai oleh Azmin Ali, maka kecohnya tidaklah besar. Bahkan beritanya pula sekadar berita, tidak viral dan meluas. Malah sepi setelah dua hari berlalu. 

Bayangkanlah seandainya insiden pertunjukan bunga api itu melibatkan negeri-negeri di bawah Barisan Nasional kalau tidak pun melibatkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. 

Sudah pasti, gegak gempita seluruh negara dan timeline tidak akan berhenti-henti dengan pelbagai serangan, tohmahan, fitnah malah pelbagai teori oleh 'pakar-pakar tidak bertauliah'. 

Tetapi insiden tersebut berlaku di Kelang. 

Majlis Perbandaran Kelang (MPK) berada di bawah Kerajaan PKR Selangor dilaporkan tidak mempunyai permit untuk pertunjukan bunga api yang telah mencederakan seramai 14 orang pada malam Tahun Baru. MPK juga telah melantik operator bunga api yang tidak berlesen. 

Namun di sebalik berfungsi sebagai sebuah entiti berkuasa yang sepatutnya menguatkuasakan undang-undang, lesen dan permit di wilayah mereka sendiri, MPK sepatutnya memohon permit dari polis dan tidak melantik pihak yang tidak berlesen untuk mengendalikan projek mereka sendiri. 

Bagaimanapun MPK tetap tidak bertanggungjawab, tetap juga menganjurkan acara tersebut dan mengajak orang ramai datang walaupun mereka sedar bahaya dan risiko yang akan berlaku. 

Hasilnya ialah, pertunjukan bunga api tersebut gagal. Bahkan pertunjukan tersebut telah mencederakan 14 orang yang hadir termasuklah kanak-kanak. 

Bukan sahaja tidak bertanggungjawab tetapi juga melanggar undang-undang. 

Kalaulah MPK itu adalah DBKL, sekurang-kurangnya tiga orang pemimpin utama Pakatan sama ada Teresa Kok, Lim Lip Eng atau Rafizi Ramli, bahkan Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang akan mendesak agar Datuk Bandar Kuala Lumpur meletak jawatan. 

Ironinya, ketika semua perhatian diberikan kepada kadar kenaikan harga minyak yang menimbulkan pelbagai teori, tiada satu kemarahan pun dihamburkan kepada MPK yang mengenepikan kepentingan awam walaupun telah berlaku kecederaan di kalangan orang ramai. 

Dilaporkan sekurang-kurangnya 15,000 orang telah hadir di acara tersebut. Bunga api yang gagal diselia itu boleh mencetuskan tragedi besar-besaran dengan jumlah kematian yang tinggi. 

Untunglah kerana ianya berlaku di Negeri Selangor, negeri yang ditadbir oleh Pakatan PKR-DAP-PAS dan diketuai pula oleh Azmin Ali!


1 comment: