Pages

Wednesday, January 11, 2017

TONY PUA KATA, MALAYSIA DAH MATI TAHUN 2009, TAHUN 2017 MALAYSIA TAK MATI, TONY PUA BUAT-BUAT LUPA DENGAN TEORI BANGANGNYA!!!



Pada pertengahan 2010, Tony Pua cuba mengambil kesempatan daripada kejatuhan pelaburan ekoran Kemelesetan Ekonomi Global untuk mendakwa angka bagi 2009 menunjukkan Malaysia sudah ‘mati’ bagi Pelaburan Terus Asing (FDI) dan menyalahkan menteri Barisan Nasional sebagai kerajaan tidak berguna.

DAP kemudian mendakwa kejatuhan ini adalah satu ‘skandal’ dan ‘bukti’ kepada betapa kerajaan tidak boleh diharap.


Tony Pua turut menulis panjang lebar mengenainya dan menunjukkan beberapa carta (termasuk paling teratas) dan ia menjadi satu isu” (RUJUK SINI)

Bagaimanapun, apa yang dibuktikan sejarah, pada tahun sama Tony Pua membuat tuduhan itu, FDI ke Malaysia mencatatkan rekod paling baik (rujuk carta di bawah).

Dan tidak, FDI ke Malaysia tidak bercambah kerana Tony Pua tetapi berikutan rangsangan dan pengurusan baik ekonomi oleh kerajaan Barisan Nasional pada masa itu.

Malangnya, Tony Pua tidak pernah lagi bercakap mengenai ‘isu besar’ yang didakwanya pada 2010 atau mengakui dia salah atau memuji kerajaan kerana berjaya mencatatkan rekod FDI terbaik.

Ini hanya menunjukkan betapa tidak bergunanya puak pembangkang dan akan mengambil kesempatan terhadap apa jua isu untuk menyerang kerajaan, biarpun apa yang diutarakan tidak adil atau tidak benar.

Mengapa mereka menyalahkan kerajaan akibat daripada kemelesetan ekonomi global?

LIM SIAN SEE

4 comments:

  1. Pembangkang hanya pandai tipu olang. Baik itu tony puaka terjun longkang....org Sarawak kata Paloiiii punya MP

    ReplyDelete
  2. Perjalanan sesebuah negara ekonomi adalah sama seperti dalam perumpamaan ini: "crouching tiger, hidden dragon" namun bila negara kuasa tiger hilang denruman dan ngaumannya, ia tidak ada kaitan dengan cerita "Crouching Tiger, Hidden Dragon". Apapun mana mungkin Chau Vinist mengaku tentang siapa dirinya itu yang sebenar.

    ReplyDelete
  3. Kat ICU tunggu giliran.

    ReplyDelete
  4. Bila kais pagi makan pagi, sepotong kek yang dibeli akan dianggap mahal harganya dan kalau dibeli lebih dari sepotong kek maka akan terasa mahal dan membazir.

    Bila duit banyak contohnya selepas kena ekor apa yang hendak dibeli tak terasa harganya waima kalau membeli kek dua tingkat pun tak terasa yang ianya satu pembaziran.

    Dalam isu pembelian syarikat air berkali ganda lebih mahal dari harga pasaran, anda sebenarnya dikaburi dengan kenyataan awal yang mengatakan negeri Antah Berantah memiliki banyak wang lebihan dalam akaun yakni anda adalah seorang yang kaya!

    Apabila terasa kaya, apa yang anda belanjakan tak terasa bebannya dan tidak terasa akan pembazirannya. Makanya apabila anda belanjakan wang anda ke atas syarikat air pada harga yang tidak munasabah, anda tidak terasa yang ianya mahal kerana sangkaan anda ialah anda memiliki wang yang banyak.

    Anda sebenarnya dibohongi oleh persepsi. Persepsi yang membuatkan anda berasa kaya telah menghalang anda dari melihat realiti sebenar. Realitinya ialah anda telah membazir, rugi dan diklepet.

    ReplyDelete