Pages

Saturday, February 11, 2017

4 JAM ADAM ROSLY BAGI KETERANGAN KEPADA SPRM, AZMIN ALI TERPAKSA CIPTA POLEMIK UNTUK ALIH PERHATIAN!!!



Angin tak ada, ribut pun tak ada... tidak ada sesiapa pun yang memberikan bayangan, bahkan orang yang dikatakan paling banyak tahu hal ehwal Kabinet yang sering menceritakan di dalam FB pun, terpinga-pinga.

Semua orang pakat tertanya-tanya sesama sendiri.

Puncanya apabila Azmin Ali menjadi SUARA TUNGGAL yang menyatakan, ada Menteri Kabinet yang akan meletak jawatan kerana tidak tahan lagi dengan kemelut 1MDB.

Jangankan orang UMNO-BN, pemimpin PKR dan DAP pun pakat tertanya-tanya. Wan Azizah pun tidak tahu apa-apa. Kecuali Afif Bahardin, Exco Pulau Pinang yang paling kuat menjilat Azmin dan Lim Guan Eng yang kelihatan sedikit menyokong Azmin tetapi tetap tidak tahu siapa yang dimaksudkan oleh Azmin.

Sejurus tidak lama selepas Azmin Ali membuat kenyataan di Twitter itu, muncullah satu kenyataan di dalam WhatsApp, entah milik siapa, menggunakan nombor telefon negara jiran yang menyebut nama seorang Menteri sebagai orang yang akan meletak jawatan.

Taktik blackops menggunakan nombor telefon 'hantu' sebegitu, sudah tidak digunakan lagi tetapi dalam kes ini, ia masih digunapakai bagi membangkitkan sentimen dan mendapatkan kepercayaan.

Dan apabila Najib Abdul Razak memberikan respons, Azmin Ali kelam-kabut dan cuba menutup kekantoiannya dengan menuduh Najib panik, walhal memang sangat jelas, dia yang panik apabila dia baru tersedar, dia bersendirian.

KESIANNN....


Hakikatnya, kenyataan yang dibuat oleh Azmin Ali itu sebenarnya mempunyai kaitan rapat dengan Ketua AMK Ampang, Adam Rosly yang pada sebelah paginya telah memberikan keterangan kepada SPRM selama 4 jam berhubung pemilikan harta luar biasa mewahnya walaupun baru sepenggal berada di dalam PKR.

Adam Rosly, pemilik rumah agam gaya Disneyland mendapat perhatian luar biasa pada November tahun lepas apabila dia tidak dapat menjawab dari mana datangnya kekayaan luar biasanya walaupun Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin cuba membelanya dengan mengatakan kekayaan Adam Rosly berasal daripada keluarganya yang kaya.

Bagaimanapun, mereka yang mengenali Adam Rosly menafikan pembelaan Zuraida Kamaruddin, bahkan bertanya secara sinis, adakah kekayaan itu muncul daripada jualan nasi lemak selepas dia menduduki peperiksaan SPM sepertimana yang pernah dikatakan oleh Adam Rosly sendiri.

Adam Rosly seringkali dikaitkan dengan Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin. Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin pula kerapkali dikaitkan dengan pelbagai penyapuan projek-projek MPAJ menerusi proksi walaupun dinafikan oleh kedua-duanya serta penyokong mereka.

4 jam bersoal jawab dengan SPRM, sudah tentu banyak maklumat yang disalurkan. Dan sudah pastilah, ada yang panas dengan keterangan tersebut sehingga perlu memikirkan kaedah mengalihkan tumpuan.... lebih-lebih lagi dalam usaha mempertahankan kerusi Parlimen Ampang dan DUN Bukit Antarabangsa serta Parlimen Gombak.

Mujur PAS Selangor takut hilang jawatan dalam Kerajaan Negeri Selangor. Kalau di Pulau Pinang, awal-awal lagi pelbagai pendedahan dibuat oleh PAS!


No comments:

Post a Comment