Dong Zhong kita tahu bekerja untuk siapa dan apa objektif sebenar kewujudan mereka. Dari awal penubuhannya lagi, Dong Zhong yang mengelolakan sekolah-sekolah persendirian aliran Cina, lebih Cina dari China, bahkan tidak mahu menerima hakikat, mereka bukan lagi di Tanah Besar China tetapi sudah berada di Dunia Melayu, jauh dari negara leluhur, bahkan jauh daripada budaya asal.
Hanya toleransi Dunia Melayu yang adakalanya lebih suka menyusukan beruk di hutan daripada anak sendiri, membolehkan imigran daripada tanah leluhur yang letaknya di dunia asing, mampu hidup dan menghidupkan budaya serta resam mereka tanpa sebarang gangguan.
Untungnya Dong Zhong di Malaysia ialah mereka tidak sahaja dibenarkan wujud, bahkan suara mereka juga mendapat tempat dalam media, bahkan menjadi modal sebagai umpan pilihanraya.
Dong Zhong selain mengelolakan sekolah-sekolah vernakular Cina, turut mengelolakan peperiksaan UEC yang menurut mereka lebih tinggi nilainya daripada peperiksaan yang dikendalikan oleh Kerajaan Malaysia.
Dalam perkembangan terbaharu, Dong Zhong menuntut agar Kerajaan Malaysia mengiktiraf UEC dan mendesak agar para penuntut UEC hanya diwajibkan mengambil mata pelajaran Bahasa Melayu dan 6 matapelajaran wajib lain, adalah menerusi sukatan UEC.
Dengan kata lain, mereka tidak mahu mata pelajaran Matematik, Bahasa Inggeris, Sejarah, Pendidikan Moral / Agama Islam dan Sains. Sebaliknya kelima-lima matapelajaran tersebut digantikan dengan matapelajaran yang terdapat dalam sukatan UEC. (RUJUK SINI)
Alasannya, UEC diiktiraf oleh beberapa buah universiti dunia termasuklah Oxford. Jadi, UEC perlu diterima pakai.
Yang Dong Zhong tidak dapat terima pula ialah, SPM bukan sahaja diterimapakai oleh IPT di Malaysia bahkan di seluruh dunia. Kenapa pula mereka tidak bersungguh-sungguh untuk menjadikan SPM sebagai teras utama UEC kalau benar mereka mahukan UEC diiktiraf?
Sudah tentu kerana ego dan kesombongan mereka, selain sikap suka memandang rendah pihak lain selain daripada kelompok mereka!
Pastinya, akan ada pemimpin-pemimpin dari kalangan UMNO yang akan menjadi mata dan mulut bagi kelompok UEC ini dengan alasan undi-undi Cina yang sangat penting untuk kemenangan pada PRU akan datang.
Tidak mustahil juga, akan ada kelompok Melayu dan rakyat Malaysia sendiri yang cukup kuat menyokong desakan UEC kerana kononnya tidak mahu malu dengan beberapa universiti asing yang mengiktiraf UEC dan kononnya agar Malaysia tidak ketinggalan, sedangkan pada masa yang sama mereka tidak melihat kepentingan pendidikan nasional yang mendapat pengiktirafan sebulat suara daripada dunia luar!
Pemimpin-pemimpin terdahulu telah MELAKUKAN BANYAK KESILAPAN BESAR dalam usaha mereka untuk mengekalkan kuasa dengan mempertaruhkan pelbagai teras utama negara ini sehingga akhirnya menjadi kacau bilau seperti hari ini.
Ketiadaan ketegasan oleh generasi terdahulu dan kesannya seperti yang dipertontonkan kepada generasi masakini, jelas menunjukkan SISTEM DI NEGARA INI MUDAH DIPERKOTAK-KATIKKAN DAN DIPERMAIN-MAINKAN!!!
Najib juga dulu yg buat palat mengoktiraf sekolah cina... Last 2 kena kencing beradab atas kepala
ReplyDeletekalau BN skrg..YA
ReplyDeleteNampak gayanya, akan tergadai lagi maruah bangsa demi undi..
ReplyDeleteNtuk matluman , govt akan menang atas undian org melayu pada pru14. Ini krana, cina dan india confirm x akan undi umno. Tinggal melayu2 yg duduk dikg sahaja selain beberapa penyokong umno dibndar serta sgelintir atas pagar(sprti saya). Nak tarik undi bukan dgan bercerita sebliknya dgn melaksana. Brim dan prima ramai yg tdak layak dpt akhirnya glongan tersasar terlepas. Cuba phak admin tinjau prima , tanya brapa ramai penyewa(sdagkan x bleh sewa). Cuba perhati glongan yg dpt brim(petani yg pakai merc) . Keadaan dburuk pula dgn sesetgah kaki tgn kerajaan yg ambik rasuah(tersebar di media). Saya sbg pengundi muda pun x tahu untk undi siapa selepas ini, tetapi mjoriti kawan2 saya undi pr.
ReplyDeleteSekian,
Ikhlas menulis.
Nak ke tengok DAP pegang kuasa?? Apa jd dgn melayu islam kat penang??? Seyetuk teruk bn nadib melayu trtjs
ReplyDeleteSuruh kawan2 hang tengok apa jd kat penang dan selangor.penang rumah kos rendah kerajaan dap pr kebanggaan kw hg sengaja tak mahu buat. Selangor kuota 25 petatus diskaun rumah bumiputera di hapuskan.baru dua negeri bro. Ada melayu pembangkang pun jd barua cina.tiada pilihan melainkan umno dm bn