Maka melalak melolonglah para pentaksub Mahathir seolah-olah Task Force tersebut ditubuhkan semata-mata untuk MEMADAMKAN BATERI JANTUNG Mahathir. Malah, ada yang tongong sudah mula bertanya, mengapa Task Force yang ditubuhkan, mengapa tidak RCI. Mengapa Najib terlalu takut untuk menubuhkan RCI sebaliknya hanya Task Force yang tidak mempunyai kuasa menyiasat dan membentangkan hasil siasatan kepada awam atau pun kepada Parlimen?
Yang tidak mereka sebutkan atau barangkali langsung tidak tahu, RCI tidak boleh ditubuhkan begitu-begitu sahaja. Sebaliknya, beberapa proses perlu dilalui terlebih dahulu, termasuklah penubuhan sebuah pasukan khas yang akan mengumpulkan segala maklumat sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa seperti PDRM dan SPRM bagi proses siasatan selanjutnya. Atau serahan kepada PAC sebelum satu lagi siasatan dijalankan untuk proses seterusnya bagi membolehkan RCI ditubuhkan dengan perkenan DYMM Yang Di-Pertuan Agong.
Sepatutnya para pentaksub Mahathir tidak perlu melatah kalau benar mereka sangat yakin, tiada sebarang salahlaku atau penyelewengan melibatkan wang negara berjumlah lebih RM100 bilion sepanjang 22 tahun pentadbiran Mahathir. Atau mereka tidak perlu gusar apabila sebarang pasukan khas ditubuhkan untuk mengumpulkan pelbagai maklumat termasuklah bagaimana keluarga Mahathir dan Siti Hasmah memperolehi kekayaan luar biasa termasuklah projek-projek mewah kerajaan yang hasilnya boleh mengenyangkan 15 keturunan.
Cuma, alangkah bagusnya kalau semua skandal-skandal kewangan tersebut diselesaikan pada 22 tahun pentadbiran Mahathir dahulu tanpa perlu disorok di bawah karpet tebal pejabatnya. Tidaklah masalah tersebut muncul pada hari ini dan Mahathir sendiri tidak mampu menjawab apatah lagi mnerangkan bagaimana negara boleh hilang duit yang begitu banyak.
Pengalihan dengan menyerang RM2.6 bilion dan 1MDB yang telah melalui fasa siasatan PAC, PDRM, SPRM dan sebagainya, tidak mampu menutup skandal-skandal kewangan besar negara seperti BMF, FOREX BNM, MAS, PERWAJA, PKFZ, MAMINCO dan seribu satu projek penswastaan yang lain!
Assalam Saudara,tak elok mendoakan orang cepat mati.Bermuhasabahlah kita.Mari kita sama-sama cari kebenaran tentang BMF,FOREX dan 1MDB.Ini bukan melibatkan politik sahaja tetapi negara.Selepas dapat jawapannya barulah kita tahu siapa yang benar dan siapa yang salah...
ReplyDeleteSemua salah urus perlu disiasat tanpa pilih kasih.
ReplyDelete1 mdb dah clear lah saudara..pac. Sprm dan peguam negara dah ckp kes ditutup dgn rasmi..faham bahasa k tak..wsj dn Sr pun dah malu..ada mereka menyalak lg pasal 1 mdb tak kan..
ReplyDelete1mdb dah clear masih tak faham ada masalah ke
ReplyDeleteStatement What The Fuck dari Anon 6;55 pm yg BONGOK LAGI BAHLOL!!!!
ReplyDeleteSemasa berlalunya skandal2 zaman Mahathir, Najib jadi ahli PASke????
ReplyDelete