Pages

Saturday, February 18, 2017

CELAKALAH DAP! CELAKALAH PKR! CELAKALAH CAP BUNGA!!! LAUTAN UNGU MEMENUHI PADANG MERBOK!!!



Dari serata arah, pusat bandar Kuala Lumpur 'diserbu'. Semakin ramai yang datang untuk berhimpun di Padang Merbok. Laluan penting dan popular, Jalan Tuanku Abdul Rahman juga sudah dipenuhi lautan manusia berbaju ungu.

Sebahagian besar bas-bas persiaran yang disewa untuk mengangkut hadirin pula, terpaksa dilencongkan ke tempat meletak kenderaan di R&R Sungai Buloh, manakala para peserta pula diarahkan menaiki MRT bagi mengelakkan kesesakan lebih besar di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur.

300,000 orang semakin mendekati sasaran!


Pencacai dan penyokong BERSIH pula, semakin sakit hati dan cuba  melipatgandakan usaha untuk menggagalkan Himpunan RUU355 yang turut disertai oleh orang UMNO dan beberapa NGO yang selama ini tidak berpihak kepada mana-mana parti politik.

DAP turut tutup mulut. Bahkan portal-portal pro mereka juga cuba untuk tidak memberikan liputan pada Himpunan RUU355 yang dilihat jauh lebih berjaya berbanding Himpunan BERSIH yang mereka bangga-banggakan.


Kemuncak acara akan bermula pada jam 9 malam dimulakan dengan ucapan oleh Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man dan diakhiri dengan pidato oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada jam 10 malam.

Semalam, Pengarah H355, Nasrudin Hassan mengingatkan peserta supaya tidak melakukan sebarang provokasi dan respons kepada provokasi yang dicetuskan oleh mana-mana pihak.

Dia berkata, peserta diharapkan hadir dalam keadaan tenang, banyakkan zikir dan berselawat.

Pihak penganjur turut menempatkan kira-kira 2,500 petugas Amal dan 1,500 pasukan Sukarelawan H355.

Orang ramai boleh terus berhubung dengan pihak urus setia di khemah di lot parkir di Padang Merbok.

Sebelum ini, RUU 355 telah dibawa oleh Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Parlimen pada 24 November lepas bertujuan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355, bagi memperkasa mahkamah syariah dalam melaksanakan hukuman jenayah.


3 comments:

  1. Tahniah!! Teruskan usaha. Pedulikan anjing2 yg menyalak !

    ReplyDelete
  2. Semoga Islam terus dimartabatkan walaupun ada yg menentang..itu fitrah dlm usaha mendaulatkan agama Yang Maha Agung.

    ReplyDelete
  3. RUU 355 adalah utk penjilat2 Al Saud. Pemerintah tak kena hanya rakyat biasa dizalimi.

    ReplyDelete