Pages

Wednesday, February 15, 2017

EKSYENNYA... PKR SELANGOR DAN AZMIN ALI NAK HALAU PAS SEBAB KONFIDEN DENGAN CAP BUNGA DAN PAN!!!



Adakah benar seperti yang dikatakan, PKR sudah sedia menarik handbrake di Selangor? Adakah benar, PKR sudah bersedia untuk memecahkan kerjasama dengan PAS, sekaligus menyingkirkan PAS daripada Pakatan seperti yang dimahukan oleh DAP di Selangor? Adakah PKR sudah bersedia untuk berhadapan dengan kemungkinan hilang banyak kerusi DUN dan Parlimen di Selangor, termasuklah kerusi panas Menteri Besar Selangor apabila PAS sudah tidak membantu parti itu lagi?

Sama ada diperakui atau sebaliknya PKR sudah dua penggal di Selangor dengan bergantung harap kepada kekuatan PAS semata-mata. PKR tidak mempunyai kekuatan sendiri walaupun seringkali mendabik dada, mereka mampu berdiri di atas kaki sendiri.

Dengan hanya 14 kerusi yang dimiliki oleh PKR pada PRU lalu, kedudukan PKR sebenarnya lebih 'rendah' berbanding PAS. Tanpa PAS, gabungan PKR-DAP tidak boleh menjadi kerajaan negeri dan Azmin Ali tidak boleh menjadi Menteri Besar Selangor.

Kekuatan manakah yang menjadi keyakinan PKR sekarang, terutama sekali Azmin Ali selaku pengemudi kepimpinan negeri?

Adakah kerana Cap Bunga dan DAP telah memberikan jaminan bahawa PKR akan berjaya tanpa PAS?

Atau adakah kerana kehadiran PAN yang diharapkan dapat menggantikan PAS di Selangor terutama apabila beberapa orang pemimpin kanan PAS suatu ketika dahulu, beramai-ramai berhijrah ke PAN seperti Dr. Mariah dan Khalid Samad?

Walaupun mungkin dinafikan, tetapi berdasarkan matematik mudah, Selangor hanya dikuasai oleh PAS, UMNO, PKR dan DAP. Berbanding DAP dan UMNO, PKR amat mengharapkan PAS bagi sokongan di kerusi-kerusi Melayu seperti Gombak, Ampang, Bukit Antarabangsa dan sebagainya.

Manakala PAN dan Cap Bunga pula masih tidak terbukti keberkesanan mereka di Selangor.

Cap Bunga adalah serpihan UMNO. UMNO pada dua penggal PRU menghadapi kegagalan teruk. Pengaruh UMNO dikatakan semakin menurun. Perpecahan UMNO kepada Cap Bunga, tidak menambah kekuatan Cap Bunga, sebaliknya Cap Bunga hanyalah sebuah parti serpihan yang kelihatan terlalu asing di Selangor. Manakala PAN pula bukan sahaja tidak mampu bersaing dengan PAS bahkan teruk terpinggir.

Penghakisan sokongan dan undi Melayu kepada PKR bakal menyaksikan parti itu tertungging dalam PRU akan datang. Para penyokong PAS seperti yang diketahui, amat tegar dan tidak akan beralih sokongan, sebaliknya akan patuh kepada apa-apa sahaja permintaan pucuk pimpinan. Manakala para pengundi UMNO Selangor pula yang terdiri daripada orang Melayu, di sebalik sakit hati kepada pucuk pentadbiran UMNO Selangor, paling teruk pun akan mengambil sikap 'berkecuali' atau memindahkan undi mereka kepada PAS yang diharapkan akan bergabung dengan UMNO untuk mentadbir Selangor.

Cap Bunga?

Mereka hanya boleh menelan asap!

Manakala DAP, masih kekal dengan momentum sokongan pengundi-pengundi Cina apatah lagi kerusi-kerusi bandar dan pinggir bandar seperti di Selangor sememangnya dikuasai oleh mereka.

PKR?

Azmin Ali sudah sepatutnya belajar bagaimana mahu melarikan diri seperti Lim Guan Eng sebelum kembali mengangkat dirinya sebagai pemimpin agung!


No comments:

Post a Comment