Kempen kononnya DAP bukanlah sebuah parti anti-Islam dan anti-orang Melayu semakin giat dijalankan. Rasional kepada hujah tersebut ialah, seandainya DAP benar-benar sebuah parti politik yang bersifat subversif kepada Islam di negara ini, sudah tentulah Pendaftar Pertubuhan telah lama mengambil tindakan dengan mengharamkannya.
Ia samalah seperti para peguam DAP mempertikaikan tindakan pihak polis menahan individu tertentu sehingga menimbulkan tanggapan bahawa polis bermaharajalela di negara ini dan menyalahgunakan kuasa. Tiada juga tindakan ke atas mereka, sebaliknya peguam-peguam DAP itu terus besar kepala dan sentiasa memprovokasi pelbagai isu terutama yang berkaitan dengan Islam dan umat Islam di negara ini.
Dari segi manakah DAP yang dikatakan membela dan berjihad untuk Islam?
Atau dari segi bantahan pembinaan sebuah masjid seperti yang dilakukan oleh Ahli Parlimen DAP Kota Kinabalu, Jimmy Wong dengan alasan kewujudan sebuah masjid akan menyebabkan kesesakan dan mengganggu ketenteraman kerana azan waktu subuh?
Atau bagaimana Ahli Parlimen DAP Jelutong, Jeff Oii yang memperolok-olokkan kematian Allahyarham Tuan Guru Prof. Dr. Datuk Haron Din Al-Hafiz pada September tahun lalu yang kemudian diikuti oleh Melayu-Melayu beragama Islam di media-media sosial?
Atau menerusi campurtangan hal-ehwal bahagian tertinggi urusan fiqh umat apabila Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang perlu mendapat kebenaran daripada Lim Guan Eng terlebih dahulu sepertimana yang didedahkan oleh ahli-ahli Jawatankuasa Fatwa beberapa hari lepas?
Atau yang terbaharu menerusi campurtangan dalam urusan zakat negeri Pulau Pinang yang cuba dijadikan sebagai salah satu pendapatan negeri seperti yang didedahkan oleh bekas ahli DAP sendiri?
Tidakkah semua itu secara jelas menunjukkan bahawa DAP dan kedua-dua beranak Lim sebenarnya hanya mahu umat Islam mengikut telunjuk mereka sahaja, bahkan agama Islam dan hal-ehwal penganut Islam di Pulau Pinang perlu sentiasa selari dengan kehendak Lim anak beranak?
Itukah yang dikatakan jihad?
Maka tidak hairanlah apabila Lim Guan Eng yang merupakan orang buangan dan kemudian kelam-kabut melantik dirinya sendiri sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, menghina Melayu Kelantan yang dikatakannya mundur dan terpaksa datang ke Pulau Pinang untuk mencari kerja, tanpa dia melihat dirinya sendiri.
https://akarimomar.wordpress.com/2017/02/12/menolak-fahaman-liberalisme-dan-pluralisme-agama/
ReplyDeleteLink atas bahana dari liberalism dan pluralisma