Zuraidah Kamaruddin yang dikaitkan sebagai 'taukeh sebenarnya' berkata, Adam Rosli mewarisi kekayaan daripada keluarganya. Bagaimanapun, tiada sebarang bukti yang diberikan untuk menyokong pendapat ADHOC Zuraidah Kamaruddin itu. Malah, kenyataan awal saksi yang mengesahkan Adam Rosli adalah bekas penghuni setinggan dan rumah PPRT sebelum bekerja sepenuh masa dengan PKR, langsung tidak dicabar, baik oleh Zuraidah mahupun oleh Adam Rosli sendiri.
15 November tahun lalu, Jamal Mohd Yunos, yang baru meletakkan jawatan sebagai Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar menyewa sebuah helikopter dan meninjau rumah agam Adam Rosli. Turut didedahkan adalah beberapa pemilikan rumah mewah lain oleh Adam Rosli termasuklah di Putrajaya. Selain itu, Adam juga didakwa memiliki pelbagai jenis kenderaan mewah walaupun baru sepenggal memegang jawatan dalam PKR.
Adam tiba di pejabat SPRM pada kira-kira jam 8:15 pagi tadi, dan menghabiskan masa selama 4 jam memberikan keterangan termasuklah maklumat mengenai sumber pendapatannya. Menurutnya, dia telah memberikan semua keterangan yagn diperlukan. Bagaimanapun, menurutnya lagi, dia bersedia untuk dipanggil buat kali kedua bagi membantu siasatan SPRM jikalau perlu.
Sebelum ini, Adam Rosli menafikan dia mendapat sebarang peruntukan mahupun projek daripada kerajaan negeri selaku Ketua Pemuda PKR Ampang. Malahan dia juga menafikan dia adalah proksi Azmin Ali mahupun Zuraidah Kamaruddin.
22 tahun jadi Pm pun tak dak can duduk rumah ala disneyland. Apakah ini ada kaitan politik baru - jadi milener menerusi pendekatan baru? Muahaha.
ReplyDeleteTakkan adam je. Panggillah semua ketua bahagian umno jugak. Pemuda umno sekali kalau sprm ada masa. Org umno lagi mengila kaya raya. Kalau panggil menteri ada kemungkinan sprm tak balik rumah. Jabatan penjara pun kena mintak budget perbesar sungai buluh. Bayangkan kalau BN melingkup. Penuh sungai buloh tu ..
ReplyDelete